Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya
August 26, 2011
Assalamulaikum dan salam 1Dunia, semangat Aidil Fitri kian membara dihati semua umat Islam walaupun puasa Ramadhan masih ada beberapa hari lagi. Ramai yang sudah membuat persediaan untuk pulang ke kampung menyambut Aidil Fitri bersama keluarga tersayang. Kalau di Indoensia lebih dikenali sebagai Mudik Lebaran yang menjadi fenomena satu Indonesia setiap kali menyambut lebaran Aidil Fitri.
Setiap tahun ada sahaja berita sedih kisah kemalangan maut ketika pulang ke kampung. Ramai keluarga yang kehilangan yang tersayang akibat terkorban di jalan raya. Majoriti kemalangan jalan raya dapat dielakkan seandainya persiapan yang rapi dibuat sebelum pulang ke kampung.
Aku nak berkongsikan Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya dalam keghairahan untuk pulang ke kampung :
1. Servis kenderaan dan periksa tayar kereta. Jangan lokek mengeluarkan sedikit budget untuk memastikan kenderaan dalam kondisi terbaik demi keselamatan keluarga. Apa lah sangat nilai wang ringgit jika dibandingkan nyawa isteri dan anak-anak. Jangan servis kenderaan last minute sebab takut-takut pusat servis dah tutup.
2. Pemandu mesti bersiap sedia minda dua hari sebelum memandu pulang ke kampung. Pastikan tidur yang cukup supaya badan segar ketika memandu. Majoriti kemalangan berlaku akibat pemandu terlelap ketika memandu.
3. Rancang waktu untuk pulang ke kampung jangan buat keputusan pulang ke kampung secara tergesa-gesa. Perancangan yang baik akan memastikan isteri dapat mengemas barang keperluan dengan lebih teratur dan tidak akan ada barang yang tertinggal.
4. Solat malam dan berdoa semuga ALLAH SWT pelihara perjalanan pergi balik kita. Sebaiknya solat sunat musafir sebelum nak bergerak keluar pulang ke kampung. Pastikan membaca doa naik kenderaan sebaik sahaja kita mula bergerak pulang ke kampung.
5. Bersabar ketika memandu dan ikut peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Ramai Rakyat Malaysia yang baik budi perkerti tetapi menjadi ganas apabila mula memegang stereng kenderaan. Ingat kita masih lagi berpuasa jangan ikut perasaan bukan sahaja hilang pahala puasa tetapi juga boleh mengundang kemalangan maut. Ingat bukan kita sahaja nak pulang awal pemandu yang lain begitu juga. Seandainya kita potong barisan dan memandu melulu pasti ini akan menyumbang kesesakan jalan raya.
6. Jika mengantuk teramat sangat ketika memandu cari tempat yang selamat untuk berhenti dan berehat. Jangan paksa diri untuk cepat sampai tetapi akhirnya sampai ke hospital atau ke alam kubur.
Ini lah antara Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan raya ketika pulang ke kampung dan mungkin Rakan Blogger boleh tambah mana-mana yang tertinggal. Sayangi diri anda dan ingat ada keluarga yang tersayang sedang menunggu di kampung. Jangan biarkan mereka menerima berita sedih ketika orang lain sedang bergembira menyambut Aidil Fitri.
Kita berusaha ALLAH SWT menentukan segalanya. Selamat pulang ke kampung dan berhati-hati ketika memandu.
Balik nanti jangan lupa semakan saman @ Semak saman secara online dan SMS.
-Dipetik dari blog Denai Hati...
2 comments:
Selamat hari raya...semoga selamat tibe di kg
Selamat Hari Raya jugak, Sarah...Insyaallah...
Post a Comment