Pages

My Fan Club...jomla join...

Jom Klik

Monday, January 25, 2016

BAGAIMANA MEMBINA 1 TEAM YANG HEBAT

Assalamualaikum semua, sekarang tepat jam 11.30 malam, 25 Jan 2016. Alhamdulillah diberikan ilham olehNya utk membuat sedikit coretan malam ini bagi mengisi ruang-ruang yang telah lama kosong di blog ini sambil-sambil menunggu anakanda terchenta menyiapkan kerja sekolah.

Ok ramai yang bertanya bagaimana dalam masa 4 tahun ini kami berjaya membina satu empayar yang kukuh di Tupperware Brands di mana sehingga kini, group kami telah mencecah angka 12,000 orang konsultan! Dengan Director seramai 402 orang yang terdiri dari Exec Level seramai 12 orang, ia satu angka yang amat mengagumkan!

Bagaimana kami bergerak dan membina empayar sekaligus melahirkan satu group yg besar dalam masa yang singkat ini? Tentulah dengan melatih Director yang seramai 402 orang tadi menjadi leader yang terbaik.. apa CIRI-CIRI LEADER YANG BAIK?

Bagi kami leader yang baik adalah mereka yang sentiasa memberi tunjuk ajar kpd anak2 (downline) msg2 tanpa mengenal erti jemu, penat lelah serta sentiasa bersedia membantu dalam apa jua keadaan, dan yang paling penting tidak ada UP & DOWN @ ON/OFF. 

Alhamdulillah, ramai di kalangan leader kami memiliki ciri2 ini walaupun ada juga segelintir yang tidak.. so, kita abaikan yang negatif, kita FOKUS kpd yang POSITIF....Insyaallah pasti akan beroleh kejayaan yang tidak disangka2.

Leader yang baik juga adalah leader yang sentiasa menghargai anak2 masing2. Tidak lokek memberi 'reward' apabila group mencapai target kerana kami berpegang kepada 'MORE U GIVE, MORE U GET BACK'... Alhamdulillah, sudah lama kami praktiskan cara ini, yang jelas, ia memang mendatangkan hasil yang sangat berbaloi2.. kami juga selaku leader tertinggi sentiasa diberi reward oleh upline kami, sudah tentu kami mahu ia juga dirasai oleh downline kami juga.. MANISNYA KEJAYAAN BILA IA DAPAT  DIKONGSI BERSAMA...

Tips ketiga adalah anggaplah group besar anda ini sebagai keluarga besar anda...anggap anak2 anda dalam bisnes sebagai keluarga sendiri, pastinya akan timbul perasaan ikhlas ingin membantu dan melihat lebih ramai yg berjaya! Seperti kami, semua anak2 dalam Tupperware memanggil kami MAMA & PAPA termasuklah staf. Dengan panggilan itu, mereka akan lebih menghormati kami dan menganggap kami seperti keluarga mereka sendiri. Mereka tidak akan membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kami terlebih dahulu. Itulah besarnya kuasa panggilan MAMA & PAPA. Kami anggap semua anak2 dalam bisnes ini sebagai keluarga kami sendiri dan kami ikhlas ingin membantu mereka untuk melihat LEBIH RAMAI YANG BERJAYA SEPERTI KAMI, Insyaallah.

Kesimpulannya, bila kita melakukan sesuatu yang kita minat dan suka, pasti kita akan lakukan dengan bersungguh-sungguh dan anda boleh lihat sekarang, INILAH HASILNYA. KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN telah kami capai dalam masa beberapa tahun ini dan yang terkini, kami akan mewakili Tupperware Malaysia/Singapore/Brunei ke Persidangan Tupperware peringkat Dunia di BARCELONA Mei ini. Doakan segalanya dipermudahkan...Aminn..

Sekian dulu coretan malam ini. kita berjumpa di lain masa. Semoga ianya bermanfaat. Sharing is caring...

www.tips-fb.com

Thursday, January 14, 2016

THROWBACK IMPIAN 2015

Assalamualaikum semua...

Lamanya tak hapdet blog ni kan... kali ni mama nk throwback impian 2015.. dah tertunaikah semuanya? Alhamdulillah.. dari 5 impian, 3 impian sudah tertunai..apakah 3 impian yang dah tertunai itu? Cer teka cer teka...hehe...


Yang Pertama : RANK UP TO PRESIDENTIAL DIRECTOR



Alhamdulillah, pada 1 Jan 2016, kami telah melangkah setapak lagi ke rank tertinggi dalam Tupperware, PRESIDENTIAL DIRECTOR dan kami adalah PD ke 16 pada tahun 2016!!! Dan kami adalah PD TERMUDA dan TERPANTAS iaitu dalam masa 4 tahun telah rank up ke peringkat ini! Alhamdulillah, kami dapat MENCIPTA REKOD BARU.... So, kesimpulannya tiada yg mustahil untuk berjaya dalam bisnes ini, KAMI DAH BUKTIKANNYA! SEKARANG GILIRAN ANDA PULA!!!




Yang Kedua : ORGANIZATION TARGET 500 DIRECTORS

Impian kedua ini, masih belum tercapai lagi tapi kami percaya dalam masa 2 bulan lagi ia pasti akan tercapai kerana sekarang kita sudah mempunyai 402 Directors! Satu pencapaian yg agak membanggakan dalam masa 4 tahun ini.. bermaksud setahun kami berjaya melahirkan seramai 100 orang Director!


Yang Ketiga : ORGANIZATION SALES 2 MILLIONS

Impian ketiga ini, juga sudah hampir tercapai dan kami positif ia akan tercapai dalam masa 2-3 bulan ini. Pencapaian tertinggi kami setakat ini adalah sebanyak RM1.672 juta... doakan kami agar tidak lama lagi akan tercapai impian yg satu ini..




Yang Keempat : 'ISTANBUL TUNGGU KAMI DATANG'

Impian keempat ini sudah tertunai Alhamdulillah pada bulan September 2015 yg lalu, sebagaimana sharing Ninie sebelum ni, kami telah ke Istanbul dan Cappadocia naik belon panas..wow! satu pengalaman yg sangat mengujakan! Jom layan dulu foto-foto kami sepanjang di bumi Turki ya..







Indahnya bumi Cappadocia..



Yang Kelima : INCOME 50K/PER MONTH

Alhamdulillah, untuk impian kelima ni kami dah capai pada bulan September 2015, syukur sangat, tak pernah termimpi untuk dapat income sebegini...dulu, dapat extra 5K pun dah rasa cukup banyak dah...apatah lagi 50K!!! Memang jadi impian semua orang untuk hidup dalam KEBEBASAN KEWANGAN! Insyaallah dgn income ini, kami akan cuba membantu lebih ramai orang untuk berjaya spt kami... doa-doakan semoga usaha ini diberkati... Aminn...

So, kesimpulannya, semua orang MESTI ADA IMPIAN... DARI IMPIAN AKAN JADI KENYATAAN.. TULISKAN BESAR2, CANTIK2 IMPIAN ANDA, TAMPALKAN DI BILIK TIDUR AGAR ANAK2 ANDA PUN SAMA2 BOLEH LIHAT IMPIAN ANDA BERDUA.. INSYAALLAH, IA PASTI AKAN TERCAPAI JIKA DIIRINGI DENGAN USAHA, DOA DAN TAWAKKAL... YG PENTING JGN LUPA DAPATKAN RESTU IBU BAPA SELAGI MEREKA MASIH ADA...

So, apa pula IMPIAN 2016? Tunggu dalam next entry ye...


www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...