Pages

My Fan Club...jomla join...

Jom Klik

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger yang sudi singgah di blog picisan neh...Kenapa ucap kat rakan-rakan blogger je? Sebab kat rakan-rakan ofis dah ucap kat dalam emel. Rakan-rakan fb pulak dah ucap dalam fb...so, dalam blog ni untuk rakan-rakan blogger jelah....hehehe...

Saya ingin memohon ampun dan maaf jika sepanjang saya menceburi arena berblogging ni saya ada mengguris hati sesiapa dalam penulisan saya, sama ada secara sedar ataupun tidak sedar, ampun dan maaf saya pinta, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Maklumlah, tiada manusia yang sempurna dan tidak lari dari melakukan kesilapan....0-0 ye...

Terimalah 2 rangkap pantun dari saya :

Makan Ketupat Banyak Sekali
Sedapnya Rendang Tidak Terperi
Hari Lebaran Menjelma Lagi
Salah dan Silap Mohon Dimaafi


Main Mercun di Malam Raya
Sambil Bakar Ketupat dan Lemang
Berhati-hati Di Jalan Raya
Ingatlah Orang Yang Tersayang


Salam Aidilfitri, Minal Aidil Walfaizin...



www.tips-fb.com

Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya


Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

August 26, 2011
Assalamulaikum dan salam 1Dunia, semangat Aidil Fitri kian membara dihati semua umat Islam walaupun puasa Ramadhan masih ada beberapa hari lagi. Ramai yang sudah membuat persediaan untuk pulang ke kampung menyambut Aidil Fitri bersama keluarga tersayang. Kalau di Indoensia lebih dikenali sebagai Mudik Lebaran yang menjadi fenomena satu Indonesia setiap kali menyambut lebaran Aidil Fitri.
Setiap tahun ada sahaja berita sedih kisah kemalangan maut ketika pulang ke kampung. Ramai keluarga yang kehilangan yang tersayang akibat terkorban di jalan raya. Majoriti kemalangan jalan raya dapat dielakkan seandainya persiapan yang rapi dibuat sebelum pulang ke kampung.
Aku nak berkongsikan Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya dalam keghairahan untuk pulang ke kampung :
1. Servis kenderaan dan periksa tayar kereta. Jangan lokek mengeluarkan sedikit budget untuk memastikan kenderaan dalam kondisi terbaik demi keselamatan keluarga. Apa lah sangat nilai wang ringgit jika dibandingkan nyawa isteri dan anak-anak. Jangan servis kenderaan last minute sebab takut-takut pusat servis dah tutup.
2. Pemandu mesti bersiap sedia minda dua hari sebelum memandu pulang ke kampung. Pastikan tidur yang cukup supaya badan segar ketika memandu. Majoriti kemalangan berlaku akibat pemandu terlelap ketika memandu.
3. Rancang waktu untuk pulang ke kampung jangan buat keputusan pulang ke kampung secara tergesa-gesa. Perancangan yang baik akan memastikan isteri dapat mengemas barang keperluan dengan lebih teratur dan tidak akan ada barang yang tertinggal.
4. Solat malam dan berdoa semuga ALLAH SWT pelihara perjalanan pergi balik kita. Sebaiknya solat sunat musafir sebelum nak bergerak keluar pulang ke kampung. Pastikan membaca doa naik kenderaan sebaik sahaja kita mula bergerak pulang ke kampung.
doa naik kenderaan Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya
5. Bersabar ketika memandu dan ikut peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Ramai Rakyat Malaysia yang baik budi perkerti tetapi menjadi ganas apabila mula memegang stereng kenderaan. Ingat kita masih lagi berpuasa jangan ikut perasaan bukan sahaja hilang pahala puasa tetapi juga boleh mengundang kemalangan maut. Ingat bukan kita sahaja nak pulang awal pemandu yang lain begitu juga. Seandainya kita potong barisan dan memandu melulu pasti ini akan menyumbang kesesakan jalan raya.
6. Jika mengantuk teramat sangat ketika memandu cari tempat yang selamat untuk berhenti dan berehat. Jangan paksa diri untuk cepat sampai tetapi akhirnya sampai ke hospital atau ke alam kubur.
Ini lah antara Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan raya ketika pulang ke kampung dan mungkin  Rakan Blogger boleh tambah mana-mana yang tertinggal. Sayangi diri anda dan ingat ada keluarga yang tersayang sedang menunggu di kampung. Jangan biarkan mereka menerima berita sedih ketika orang lain sedang bergembira menyambut Aidil Fitri.
Kita berusaha ALLAH SWT menentukan segalanya. Selamat pulang ke kampung dan berhati-hati ketika memandu.
Balik nanti jangan lupa semakan saman @ Semak saman secara online dan SMS.
-Dipetik dari blog Denai Hati...

www.tips-fb.com

Tuesday, August 23, 2011

Menu Berbuka Weekend Lepas....

Masa last day keja minggu lepas, iaitu hari Jumaat, aku dok sibuk pikir nak masak ape untuk berbuka weekend tu....So, ape lagi, bukakla google, cari resepi2 yang menarik...tiba2...'ting'....dapat idea...aku nak masak Sup Tulang sebab memang faveret hubby aku, Ikan Siakap Tiga Rasa, memang faveret kami sekeluarga dan Kerabu Sotong ( faveret aku)....

So, aku printla resepinya dan listkan bahan2 yang nak dimasak. Hari Sabtu tu, kerahla En Suami pegi pasar beli semua bahan2 yang aku listkan tadi...So, inila yang terhasil....TADAA.....


Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Ninie...

Sup Tulang Special...special ker? hehe...

Kerabu Sotong

Daging Goreng Kunyit

Sedia dihidang...

Inilah semuanya menu yang dimasak...

Sekian, itu sahaja untuk hari ini...korang masak ape weekend lepas?

www.tips-fb.com

Monday, August 22, 2011

FREE DOWNLOAD KOLEKSI LAGU RAYA

Raya dah tak lama, tup tap seminggu je lagi kita nak raya. Jom layan lagu2 raya....
Boleh download link kat bawah ni :


1. Saloma - Selamat Hari Raya
2. P.Ramlee - Dendang Perantau
3. Sudirman - Balik Kampung
4. Sharifah Aini - Suasana hari Raya
5. Uji Rashid - Doa Di Hari Mulia
6. M. Nasir - Suatu Hari Di Hari Raya
7. Rafeah Buang - Bila Takbir Begema
8. Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya
9. Noor Kumalasari - Pulang Di hari Raya
10. Ahmad Jais - Selamat Hari Raya
11. Eddy Nur Ali - Manusia Miskin Kaya
12. Junaidah M. Amin - Suasana Riang Di Hari Raya
13. Sudirman - Selamat Hari Raya
14. Hail Amir & Uji Rashid - Seloka Hari Raya
15. Jay Jay - Hari Raya Bahagia
16. Krisya - Satu Hari Di Hari Raya
17. Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda
18. Othman Hamzah - Gembira Bersama DI Hari Raya
19. Refeah Buang - Bila Takbir Bergema
20. Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya
21. Raihan * Now See Heart - Hari Raya Untuk Semua
22. Raihan & Now See Heart - Satu Pagi Di Hari Raya
23. Raihan feat. Man Bai - Harapan Ramadhan
24. Saloma - Selamat Hari Raya
25. Sanisah Nuri - Bersabarlah Sayang
26. M. Nasir - Satu Hari Di Hari Raya
27. Ahmad Jais - Selamat Hari Raya
28. Sharifah Aini - Suasana Hari Raya
29. Siti Nurhaliza - Air Mata Syawal
30. Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri
31. Siti Nurhaliza - Bila Raya Menjelma
32. Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran
33. Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran
34. Siti Nurhaliza - Suara Takbir
35. Sudirman - Balik Kampung
36. Sudirman - Selamat Hari Raya
37. Uji Rashid * Hail Amir - Seloka Hari Raya
38. Takbir Raya.

Download kat sini : Koleksi Lagu-lagu Raya 1

1. Takbir Hari Raya
2. Cahaya Aidilfitri – Black Dog Bone
3. Suasana Hari Raya – Sharifah Aini
4. Kepulangan Yang Dinanti – Aman Shah
5. Selamat Hari Raya – Saloma
6. Balik Kampung – Sudirman
7. Seloka Hari Raya – Uji Rashid & Hail Amir
8. Dari Jauh Ku Pohon Maaf – Sudirman
9. Selamat Hari Raya – Ahmad Jais
10. Anak Dagang – Sudirman
11. Suasana Riang di Hari Raya – Junainah M. Amir
12. Aidilfitri – Sanisah Huri
13. Pulang di Hari Raya – Noorkumalasari
14. Menjelang Hari Raya – DJ Dave
15. Apa Khabar Orang Kampung – Sudirman
16. Selamat Hari Raya – Fazidah Joned
17. Di Pagi Aidilfitri – Rosemaria
18. Dendang Perantau – P.Ramlee
19. Ayah dan Ibu – Sudirman
20. Bersabarlah Sayang – Sanisah Huri
21. Bila Takbir Bergema – Rafeah Buang


Download kat sini : Koleksi Lagu-lagu Raya 2


Selamat men'download' & semoga terhibur....

Jom tambah income kat SINI dan SINI... 
www.tips-fb.com

Friday, August 19, 2011

Buffet at Kafe D' Manggis...

Salam semua...haaa......ni satu lagi tempat berbuka yang aku nak kenalkan kat korang....penah dengar tak nama kafe ni? KAFE D' MANGGIS... Kalo orang2 kt Shah Alam mesti tak berapa nak familiar, kan? Actually kafe ni terletak dekat Daerah Kuang, di Sungai Buloh. Entah mimpi ape hubby aku bawak kami gi bukak pose kat situ arini....cadangnya nak makan masakan hidang aje...tapi tengok makanan buffet dia macam menarik jugak. Harga pun tak mahal, RM30 aje 1 kepala....kanak-kanak pulak RM15 aje 1 kepala...

Ni gambar signboard dia...


Ni lak pandangan dari depan kedai...

nampak macam ade kenduri, kan? hehe...

Ni plak antara makanan untuk buffet....

kt sini ada nasi ayam....

kt blkg tu sikit ade nasi beriani/nasi tomato

ni lak kaunter kuih/muih, buah, rojak....

ni lak untuk makanan berkuah macam bihun/kuew teow/mee sup & laksa... 

ni lak kaunter nasi & lauk pauk...macam2 lauk ade, udang, sotong, telur, ikan, tomyam pun ade...

ni lak meja ulam-ulaman & segala jenis sambal....cencaluk, tempoyak, sambal belacan, budu pun ade...

So, korang rasa berbaloi tak bayar RM30 untuk semua makanan nih? 
Aku rasa sangat berbaloi....walaupun jauh sikit nak pi...kan...

ni la meja kami yang dah selesai makan...tersangatla kenyang smpai dah tak larat nak makan...


ni lak khemah untuk nasi & lauk-pauk tadi, pandangan dari meja makan...

Diorang juga ada sediakan persembahan...tapi tadi tkdela...mb menghormati bulan puasa....

dan...inila bil kami...RM75 sahaja....aku belanja....

So, itulah sahaja cerita Jalan2 Cari Makan aku hari ni...sorryla..gambar banyak malap2 sikit sebab lampu kat situ lampu romantik...semua kaler oren....pastu plak terpaksa guna kamera dari Samsung Corby sbb kamera kt Samsung Galaxy Ace aku dah jem...ape kena entah....ade sape2 pandai baiki? 
Nk bawak g kedai tak sempat lagi....

p/s: cadang esok nak masak sup tulang, ikan siakap 3 rasa & kerabu sotong.....nak rasa? 
maila berbuka umah aku esok...hehehe....

Iklan sikit....ni gambar masa lps habis shooting Pa n Ma tempohari....


sukenye budak2 ni....tp mula2 Aasha nangis bila tengok muka mama dia ni lain lepas mekap....hahaha...

www.tips-fb.com

Wednesday, August 17, 2011

Bukak Puasa kt Thai Fusion Steamboat...

Salam semua....korang pernah dengar tak nama Restoran ni? Tau tak kt mana? Orang Shah Alam mesti tau kan. Atau mungkin pernah tengok tapi kat mana ye? Hehe...meh aku tunjuk gambar depan kedai dia dulu....


Haa, cam tk tk mana? ni la Thai Fusion Steambot kt Plaza Alam Sentral, Shah Alam...

Alaa....kedai kt tepi tu...

Al kisahnye semalam kami pegila berbuka kt situ...aritu kan tk dpt nk makan Johnny's kt Jusco, so, gantila makan steambot kt sini jek...( tu pun sbb nk shopping jeans raya untuk anak2 kt The Store..hehehe)

So, ini pilihan memu steambot dia...

 banyak kan?

 Aku ambik set yg paling besar kt sebelah kanan sekali tu...harganya cuma RM22.90 sahaja....

macam2 ade...Kepah, Lala, Telur Jepun, Sayur 3-4 jenis, telur, ayam, bihun, mee dll...

Ni dia....



Tapi, kami still nak tambah lagi bahan yang nak dimasak...


ni hah...tambah maggi ngan ketam roll...ke ape name benda ni ye?

So, kami pun masakla semua bahan2 tu tadi....


kasi rendam semua itu lauk2 & mee....

and akhirnya kami pun tersandar kekenyangan....hahaha....


pastu, dah kenyang tu, kami keluarla nak balik, kan...pastu terjamu mata la plak tengok baju2 kt situ...cantik2nye...macam baju nk tunang....tapi tkdela aku beli....semalam shopping untuk anak2 jew...
mama punye bajet dah habis....

Ok, habis citer saya hr ni....babai....

Nk tmbh duit raya? Jom klik SINI dan SINI... 






www.tips-fb.com

Tuesday, August 16, 2011

Hati-Hati Dengan Orang Seberang...

Hari ni aku mcm tkde mood nk wat keja...Lgpn keja dh hbs kot...sejak penstrukturan baru diisytiharkan ni, aku dh tkde keja baru, siapkan yg mana ade jek. So, terdetikla nk share ngan korang pengalaman aku dgn org dr seberang ni...dr mana lagik? 'IxxxN' la....aku tknk highlight sgt kt sini...tkt nt jd isu plak...So, sape yg tau tu, taulah ye...

So, gini citernye... ms kt ofis lama aku dulu (7 thn kt sana) aku adela baik dgn sorang cleaner ni. Dia pandai ngurut. Aku ni hantu ngurut. Selang 2 minggu, aku ngurut ngan dia...macam dh gian plak...Pastu aku rjn panggil dia dtg cuci rumah. Memang tkde cleaner lainlah aku panggil...so, banyakla 'job' dia dpt dr aku. Kalo ade baju2/barang2 lama yg aku dh tknk pkai, semuanya aku simpan dan bagi dia...Punyala aku baik dgn dia....

Tulah...org ckp buat baik berpada2....kan...tk sangka kebaikan aku dibalas dgn kejahatan. Mesti korang tertanya2 kan apa yg dia buat kt aku....

Alkisahnya....3 tahun lepas, aku ingat lg, bulan April thn 2008, rumah aku kena masuk dengan penyamun. Malam tu, kami semua tidur kt ruang tamu. Sliding door umah aku tu rosak, mmg tkleh kunci pun. So, hanya org2 tertentu ajela yg tau. Kul 4 pagi, hubby aku bangun nk buatkan susu utk Luqman. Bila dia masuk bilik, tgk kotak brg kemas aku dok terbukak kt atas katil bersama handbag yg tidak dizip. So, dia pn kejutkan aku tanya ade bukak handbag & kotak brg kemas ke? Aku pn heran, buat ape nk bukak brg2 tu mlm2 ni...Lepas tu aku terus bangun tengok...Rupa2nya barang2 kemas aku dh lesap!!! Yg sayangnya rantai, loket & gelang yg hilang tu semua brg hantaran kahwin!!!So, aku dh tkde kenangan perkahwinan!!!huhuhu...kejam sungguh si Pencuri itu...1 pn dia tk tinggal....bila check kt luar...3 hp kami semua dh tkde....bila hubby check beg duit dia, RM200 dh lesap....apala nasib.....

Yg peliknya...rumah aku tak bersepah pn. Lepas ambk brg, elok je dia letak balik. Kiranya dia masuk tu dh tau arah tujuan, nk ambk brg kt mana...mcm org yg dh biasa2, kan....Aku pn call guard report apa yg berlaku....Diorg pn tk sangka ade yg berani masuk wpun  rumah aku ada pagar di dalam pagar!!! Mesti org yg dh biasa dgn UiTM ni kan...dh tau selok belok mana jln nk masuk...

Esoknya aku gi wat report polis. Bila dah siang tu...nampakla jelas kesan tapak kasut yg berselut sbb mlmnya hujan. Aku pn tk dpt nk wat ape2. Aku adela tanyakan seorang yg arif dalam dunia mistik ni....jiran aku kt kg. Dia pndai dalam bab2 dunia perbomohan ni. Dia tanya,  kau ade upah cleaner tk cuci rumah? Aku jawabla ade...Dia kata ade kena mengena dgn cleaner tu ........Korang bayangkan apa perasaan aku masa tu? Orang yg kita buat baik, buat taik kt kita!!!Aku pn tklehla nk percaya 100 % ckp bomoh tu kan...tp bila difikir2kan balik, ade logiknye jugak...sbb dia je yg tau selok-belok rumah aku sbb dh selalu dtg cuci rumah!!!

Sliding door tu pn dia ade cuci seminggu sblum kejadian. Lgpn dia ade suami kt sini...mb bukan dia yg buat sndiri, tp.....'sxxxi' diala....dia tukang bg maklumat je la kan. Apa susah!!! Pastu plak dia keturunan Madura....org sana mmg bnyk ilmu....dia masuk mlm tu pn dia pukau kami sekeluarga sbb tkde sape yg sedar... tp yg plg kelakarnya dia terambk beg public mutual hubby aku...dlm tu penuh dgn pamplet...mesti dia ingat laptop...nsb baik laptop ofis aku dia tk ambk. Kalo tk, hbsla aku nk jwb dgn Boss plak!!!

So, anggaran kerugian aku ms tu dalam RM8k jugaklah...Nk wat camne, brg kemas tu dh berapa, hphone 3 bijik, nasib baik duit cash tk bnyk!!!

Since aku dh tau dan dh blh agak sape yg buat keja tu, aku tk cerita kt sapa2 kecuali kwn2 rapat. Sbbnya aku tkt dia tau dan buat sesuatu yg lebih buruk plak kt family aku. Maklumla diorang ni kan banyak ilmu. Biarla nk rugi drpd kami sakit kena buatan orang...So, kesimpulannya, dia masih selamat sampai skrg sbb aku pn tkde bukti nak tuduh dia....dan dia masih lg ade kt sekitar UiTM ni....masih bekerja di sini....masih mengurut staf2 di ofis aku....nasihat aku, BERHATI-HATILAH....jgn dh terhantuk baru nak tengadah....mcm aku...ms buat baik tak ingat....kan org dh bls jahat....baru nk beringat....

Lepas kejadian tu, aku dh tk 'deal' la langsung dgn dia...kalo selisih pn aku ckp bnda yg pnting aje...dh tk pggl dia ngurut, dh tk panggil dia cuci rumah....sampai dia sndiri tanye kt kwn aku....nape aku dh tk panggil dia...terasa kot sbb ms baik ngan aku, income dia lebat, selalu ade job...skrg...ambk ko...aku dh mls nk layan orang  'IxxxxN' macam dia nih... Sebab tu smpai skrg aku tk ambk maid....kalo yg dtg sesekali pn blh buat jahat kt kita, inikan pula yg memang dok ngan kita hari2...Allahuaalam....

So, kepada kwn2 yg tau citer ni, berhati2lah....org seberang ni kita tkleh wat baik sgt, nti dia pijak kepala kita. Korang ade tk pengalaman mcm aku ni? Share2 la...


www.tips-fb.com

Sunday, August 14, 2011

Masak2 di Bulan Puasa....

Salam semua, hr ni saya nk cerita tentang masak2 di bulan Ramadhan nih....u all rjn masak tk? mesti rajin kan? Sy ni bukan malas (ayat nk cover...hahaha), tp kalo hr biase tu tk sempat, sbb blk dh lmbt, sibuk nk lyn anak2 lagi...pastu dh penat...so, bungkus jela jwbnya....so, jarang2 la saya masak....kalo masak pn, hujung minggu jek...so, bulan puase ni pun camtulah...hr keja bungkus je lauk kt kafe bwh ni sbb dh tau cmne rasa masakan diorang...lgpn dijamin bersih compare dgn beli lauk kt pasar Ramadhan...betul tk? Tp,  kalo sy masak, mesti usaha nk buat sesuatu yg special khas untuk suami ngan anak2 trsayang...cheewah...

So, spnjang bulan puasa ni adela beberpa menu yg dh berjaya saya buat....tu pn tgk resepi kt intenet...hehehe...dunia kan di hujung jari anda.....

Ni lah antara menu2 yg dh saya masak...antaranya :

Daging masak black pepper

Tomyam Putih...masih dlm periuk..
Sotong Masak Sambal Petai
 
Tomyam Putih...sedia untuk dihidang...

Udang Masak Sambal Petai...

Daging + Sotong Goreng Paprik
Ade satu lagi, Rebung Masak Lemak Cili Api +Udang with tempoyak...tp sy lupa nk tangkap gmbr waktu dh hidang...sbb dh tk sabar2 nk mkn...ade gmbr yg dlm periuk je...so, tk nmpk sgtla rebung ngan udang dia...


Oo...ade 1 lg...serawa durian....aritu adik saya beli durian smpai 30 bj, tp kecik2 ajela...kami pn perisila masukkan dlm peti ais...pastu makan smpai dh muak, ade bnyk lg isinya ni...tkkn nk buang...so, sy trfikir utk buat serawa...so, jadila macam ni....

tk nmpak sgt isinya sbb dh bercampur dgn santan..hehe


telur masin pn ade....

ni lak antara air bancuhan saya...bandung special...

ni lak air pisang...


So, itu ajela menu yg smpat sy sediakan sepnjang bulan puasa yg dh masuk 15 hr ni. 
Anda bagaimana pula? ( Skema lak ayat sy arini...hehehe)
Kalo ade wat entry psl masak2 di bulan Puasa ni...share2la link kt sini ye...
www.tips-fb.com

Friday, August 12, 2011

"Abang, tunggu mak di syurga ya"

Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"
Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....


Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.
13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)


-tamat-
sumber: fwd email yg dicedok dr mastika www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...