Pages

My Fan Club...jomla join...

Jom Klik

Monday, October 22, 2012

Hari Gemilang Taska Anak Bestari 2012

Salam 1 Malaysia kepada semua ibubapa di luar sana...lebih-lebih lagi untuk yang ada anak sebaya saya, 8, 6 & 4 tahun... hari ni, just saya nak share pasal 'Graduation Day' di Taska Anak Bestari yang baru je lepas, Sabtu 20hb Oktober tempohari.

Graduation Day ni yang dinamakan 'Hari Gemilang Taska Anak Bestari' memang telah diatur dan dirancang dengan sangat teliti sekali oleh pengurusan dan tenaga pengajarnya menjadikan hari tersebut betul-betul istimewa untuk semua anak-anak yang belajar di situ juga untuk parent yang menghantar anak di situ.

Ini kerana, dalam masa 2 bulan sebelum majlis, kami parent dah nampak effort cikgu-cikgu kat situ untuk menjayakan hari gemilang tersebut. Anak-anak kami mula diberi teks syarahan untuk dihafal (6 tahun) gaya seperti kita dalam darjah 3-4 dahulu. Yang 4 tahun mula diberi latihan nasyid, menyanyi dan berlakon sketsa yang bukan senang untuk melatih mereka yang berumur seawal 4 tahun.

Kami parent mula merasa keseronokan anak-anak yang akan membuat persembahan kerana hari demi hari mereka bukan balik dengan tangan kosong. Ada sahaja perkara baru dipelajari setiap hari.

2-3 hari menjelang tarikh sebenar, kami diminta membawa baju kasual anak-anak ke taska agar senang teacher menyusun baju mereka agar tidak tertukar dengan baju anak-anak lain. Songkok juga dihias indah.


Tanggal 20 Oktober tepat jam 2 petang, maka bermulalah acara gilang-gemilang di dewan utama Hotel Holiday Villa, Subang (bukan calang-calang tempatnya). Dengan acara paluan kompang dimulakan oleh anak-anak berumur 6 tahun. Terharu mama melihat Luqman (Abang Ngah) yang merupakan salah seorang dari anak-anak yang memalu kompang tersebut. Dengan penuh bersemangat dan tanpa rasa malu, tangan kecilnya tangkas memalu kompang masuk ke dewan mengiringi Pengetua yang naik ke pentas untuk memberikan ucapan.

Hiasan pentas utama...

Hiasan meja VIP...

Suasana dalam dewan...

 
Buku Program

Kandungan dalam buku program...



Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan Pengetua Taska, dan seterusnya ucapan dari wakil pelajar. Seterusnya acara diteruskan dengan persembahan nasyid dari anak-anak berumur 4-6 tahun. So dua2 anak mama pun terlibat buat persembahan ni.

Masuk ke pentas...

Aasha dua dari kanan... kecik ajer...hehe 

Luqman first dr kiri kt barisan belakang...

Pastu disusuli dengan beberapa persembahan lain dari toddler (anak-anak umur 2-3 tahun), pastu pertandingan syarahan, then Aasha buat persembahan pantomen The Hungry Caterpillar, Fly the Butterfly..of courselah dia jadik butterfly...

Prop pantomen...

Butterfly tengah menyorok, bersedia nak keluar...

Caterpillar yang kelaparan...

Butterfly dah keluar...

Fly...fly..fly the butterfly...


Persembahan tamat...

Then persembahan akhir adalah Coral Speaking Bangau Oh Bangau... di mana Abang Ngah salah sorang pesertanya...

Masuk ke pentas, dua dari kiri...

Semuanya segak bergaya...

Wah, Luqman memaparkan aksinya.. sampai senget2 badan...hehe



Dah habis..tengoklah tertunduk2 sampai ke lantai pun ado...hehe...

Dan akhirnya.... sesi penyampaian hadiah.... Graduation Day... 


Peace mama....


Dah grad dah anak mama...


Tahniah Luqman...


Siap ada paparan skrin & music konvo sekali...


Luqman yang hujung sekali...



Cenderahati yang diterima...


Aasha yang mekap bagai...




Sweet tak?


Hermmm.... speechless.....hehe...

Ok, Sekian dulu citer Hari Gemilang Anak Bestari ni. Yang pastinya semua enjoy melihat anak-anak buat persembahan yang begitu mengujakan...

TQVM to all the teachers of Anak Bestari. You all have done your good job...

Babai....

    








www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...