Pages

My Fan Club...jomla join...

Jom Klik

Thursday, December 21, 2017

MAMA DAN BARANG KEMAS

Ok, settle citer pasal handbag, sekarang mama nak citer pasal barang kemas pulak. Ok kalau handbag yang harga ratus-ratus pun mama tak mampu beli masa keja dulu, apatah lagi barang kemas yang harga ribu-riban. Yang ada pun yang papa bagi masa hantaran kawin, tu pun sempat pakai dalam 5 tahun je sebab kena curi, huhu...sedih kalo nak ingat balik. Barang kemas bernilai lebih kurang RM8k hilang sekelip mata selepas rumah dimasuki pencuri. Yang tinggal satu gelang yang memang yang ada kat tangan je. Rantai, loket, cincin semua ghaib...memang takde rezeki...

Ok, dulu kalo nak pakai barang kemas baru, mama suka gi trade in yang lama so dapatlah beli yang baru dengan topup sedikit duit. Kalau tak memang tak merasa. Orang cakap rugi buat macam tu, sebab bila trade in, harga emas kita tu dia ambik murah, then dia jual emas baru kat kita dengan harga yang mahal. Tu memang betul. Tapi nak buat camne, dah tak mampu nak beli baru tanpa trade in yang lama. Gitula citer dia dulu-dulu.

Sekarang Alhamdulillah, emas dah jadi satu invenstment pada kami. Ramai yang tanya, mama dapat income banyak-banyak setiap bulan buat apa? Emaslah jawapannya. Hampir setiap bulan kami buat saving dengan cara beli emas. Tak kisahlah gelang ke, rantai ke, cincin ke janji emas. So, yang mama rasa berkenan nak pakai, mama pakai. Kalau rasa tak berkenan, simpan aje. Nanti sesak-sesak esok, bolehlah gunakan emas ni untuk dapatkan CASH semula.

Yang tukang cari barang kemas ni bukan mama tau, tapi papa. Dia pulak yang minat lebih-lebih. Pantang ada design baru, mesti dia tunjuk kat mama. Kalau memang ada saiz mama dan mama berkenan, so dia akan deal dengan seller tu dan kami pegi COD. Sebab tu kalau anda nampak mama sentiasa bertukar barang kemas sekarang sebab papa rajin cari seller yang jual design baru yang up to date.

Ok sekarang, bukan setakat mama dapat merasa pakai barang kemas, tapi anak-anak Tupperware mama juga dapat merasa. Dalam setahun, adala sekali atau 2 kali kami open challenge barang kemas ni sama ada gelang, cincin, loket dan sebagainya. Cuma satu je, mama tak minat gold bar sebab tak boleh pakai. So better beli barang yang boleh pakai. So kalau bagi reward kat downline pun, diorang akan sentiasa ingat kita masa pakai hadiah yang kita bagi tu dan mereka akan rasa sangat dihargai.

Begitulah indahnya dunia Tupperware ni. Reward kami bukan setakat Tupperware Oversea, Handbag, Tudung, Baju, Brooch, Jam tangan, Perfume malah barang kemas juga. So jika anak-anak buat sale untuk mencapai impian masing-masing, dalam masa yang sama mereka akan dapat reward bertingkek-tingkek dari upline masing-masing dan dari HQ juga. Hampir setiap bulan ada challenge dari HQ.

Sekian dulu cerita hari ni, jika anda berminat untuk menyertai keluarga besar kami, just PM Mama di 0123007313. Jom kita sembang-sembang pasal bisnes yang mungkin boleh ubah kehidupan anda 360 darjah! www.tips-fb.com

MAMA DAN HANDBAG

Morning semua, hari ni mama rasa nak berkongsi sesuatu tentang perubahan lifestyle sejak join Tupperware Brands nih. Jom kita flashback 7 tahun yg lepas. Masa tu mama masih keja gomen. Taulah kan gaji keja gomen lepas tolak itu ini berapa je yg tinggal. Memang tak mampula nak beli handbag mahal waima walaupun yang berharga RM100 ke atas... kira mahal dah masa tu.. beg mama paling mahal pun RM70-80 je tu pun maybe setahun sekali atau 2 kali baru beli. Tu pun beli kat Uptown dan sewaktu dgnnya.. sedih kan... kalo gi shopping complex, memang tak masukla butik-butik Carlo Rino dsb sebab tahu beg kat sana kurang2 RM150 ke atas... memang tak mampu den😅...

Lepas buat Tupperware dalam tahun kedua iaitu 2013, mama dah mula rasa ada duit lebih untuk reward diri sendiri. Masa tu ada kawan satu ofis jual handbag Coach. Terus terang itulah kali pertama mama tengok dan pegang handbag Coach original. Sebelum tu memang tak pernah berangan pun nak pakai beg macam ni sebab memang tahu, tak mampu pun. So fikiran mama masa tu, tak payahla nak berangan, hihi. Ok berbalik pada cerita tadi, masa kawan mama bawak beg tu kebetulan sedara dia baru balik dari oversea, semua orang teruja bila tengok beg tu. Tapi bila tahu harga semua orang mengundurkan diri. Harga dia masa tu dalm RM400 lebih. Memang agak mahal bagi kami yang gaji bersih dalam 1-2k je sebulan. Tapi Alhamdulillah, nasib baik ada gaji extra bersama Tupperware, mama mampu beli walaupun bayar ansuran 2x..hihihi.

Masa 1st time pakai handbag mahal (masa tu), memang terasa satu kepuasan yg tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Rasa jakun pun ada. Maklumlah kita ni orang biasa-biasa je. Beg hantaran pun harga RM100 lebih je. Tu pun bayar pakai kad kredit. Ops! Masa tu, ramai kawan2 yg pesan, pakai beg jenama ni kena hati2, nanti boleh jadi perhatian orang jahat sebab mesti dia ingat org yang mampu pakai beg mahal ni, mesti ada duit banyak, dan macam-macam lagilah...memang lucu bila terkenangkan balik kenangan masa tu.

Tapi Alhamdulillah, selepas 3 tahun bersama Tupperware, mama dah mampu beli CASH handbag original jenama COACH, MICHAEL KORS, KATE SPADE, LONGCHAMP dsb. Dah mula belajar kenal brand-brand beg berjenama terutamanya GUCCI, LV, HERMES, PRADA dan banyak lagi... Tapi belum sampai tahap nak beli beg-beg tu sebab harganya MIN RM5K ke atas. Walaupun sekarang mama dah mampu, tapi rasanya belum sampai tahap nak keluarkan duit MIN RM5K untuk sebiji HANDBAG! Baik mama beli barang kemas, hihi... Tapi lepas-lepas ni tak taula kan..sekarang ni belum lagi. Setiap kali pegi trip ke negara-negara Eropah macam pegi PARIS, BARCELONA, GREECE, memang wajib kami masuk ke butik-butik handbag jenama mewah ni. Tapi setakat pegang, angkat, try dan akhirnya letak semula. Cukupla untuk dapat aura...hihi...

Ok, sekarang apa yang mama nak cerita, bukan keseronokan pakai handbag yg dulunya mama rasa sangat mahal, tapi keseronokan MEMBERI HANDBAG MAHAL KEPADA ANAK-ANAK TUPPERWARE! Sekarang, hampir setiap bulan kami mampu open challenge handbag berjenama CARLO RINO, SEMBONIA, LONGCHAMP dan juga COACH sebagai reward kepada anak-anak yang berusaha mencapai target/goal masing-masing. Seronok bila kita dapat berkongsi  rezeki dgn anak-anak yang sebelum ni macam kita dulu, hanya mampu tengok untuk pakai handbag mahal, tapi sekarang mereka mampu memilikinya bahkan SECARA PERCUMA SAHAJA! Indahkan bisnes Tupperware? Kami saling memberi dan menghargai.

Anda boleh tengok hampir setiap hari anak-anak update menerima hadiah dari kami dan hampir setiap hari jugak mama terima hadiah dari anak-anak walaupun sebenarnya mereka tak perlu pun memberi kepada mama sebab mama dah mampu beli semuanya. Tapi bila mereka rasa dihargai, mereka nak bagi hadiah walau sekecil-kecil benda sebab mereka tahu mama menghargai setiap pemberian anak-anak yang disayangi. Beginilah indahnya bisnes kami, saling menghargai dan memberi. Mama anggap semua anak-anak mama dalam Tupperware macam anak sendiri yang perlu dibimbing, diasuh, ditegur, dihargai dan disayangi. Sebab itulah anda boleh tengok keluarga kami semakin membesar dari hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Sale kami semakin grow walaupun keadaan ekonomi tidak menentu, walaupun banyak syarikat-syarikat gergasi ada yang gulung tikar, ada yang buang pekerja, tapi Alhamdulillah kami masih teguh berdiri dan berkembang kerana SATU BENDA je, KAMI JAGA HUBUNGAN!

Tapi dalam ramai-ramai followers, pasti ada haters. Itu memang tak dinafikan. Kita pun bukan manusia yang sempurna, serba kekurangan. So mama redha je dengan manusia yang macam ni. Kalau dalam diri ada sifat tak pernah berpuashati dengan apa yang dimiliki, dan tak boleh tengok orang lain lebih dari dia, mama buat baik macam mana pun dia tak akan nampak. So mama serah pada Allah SWT sahaja. Mama dah cuba buat yang terbaik semampu mama. Urusan seterusnya mama serah pada Allah.

Ok, sekian sahaja perkongsian hari ni, semoga bermanfaat. Jika ada yang berminat untuk menyertai keluarga besar kami, boleh wassap mama direct di 0123007313. Mama sedia membantu anda. Jumpa lagi dalam next post. Sharing is caring. MORE YOU GIVE, MORE YOU GET BACK! www.tips-fb.com

Thursday, November 16, 2017

Tupperware - Bines Plastik Ajaib!

Dalam bisnes Tupperware, pangkat anda, anda yang tentukan! Income anda, anda yang tentukan!

Mengapa saya cakap begitu, sebab segalanya jelas tertulis dalam buku Marketing Plan Tupperware. Jika kita follow betul-betul step by step, Insyaallah kita akan sampai ke puncak. Tapi dalam menuju puncak, banyak hati yang perlu dijaga kerana bisnes ini kita banyak deal dengan orang. Orang itu bukan sahaja akan menjadi customer kita, malah sahabat, mungkin juga downline dan akhirnya bisnes partner kita yang berjaya! Siapa tahu kan?

So perkara yang utama dalam bisnes ini adalah menjaga hubungan silaturrahim sesama kita. Jika hubungan dijaga, Insyaallah ramai yang akan kekal berjuang bersama-sama kita untuk menuju ke puncak kejayaan! Kita kenalah belajar menghargai orang lain baru orang akan menghargai kita.

Sesungguhnya bisnes Tupperware always FULL OF SURPRISE! Ada je reward dari downline, upline, sideline, staf dan lain-lain sebagai menghargai usaha kita support mereka untuk berjaya mengejar impian masing-masing. Anda ingin mengubah kehidupan 360 darjah? Di sinilah tempatnya. Banyak bukti kami dah tunjuk termasuk perubahan dalam hidup kami sendiri. Anda boleh baca post-post kami sebelum ini. Perubahan dari segi income, kereta, rumah, dapat pergi melancong percuma, selalu dapat hadiah/reward/penghargaan dari orang sekeliling dan banyak lagi. Kena join family besar kami dahulu baru anda dapat merasai sendiri keindahan bisnes plastik ajaib yang tiada tandingannya lagi kini.

Berjumpa lagi dalam next sharing... Anda ingin menyertai kami? Jom komen kat bawah...






www.tips-fb.com

Coretan Khas Buat Si Wira Merah - BFA 5426

Inilah kereta pertama saya dan suami dulu. Saya beli kereta Wira terpakai ni pada tahun 2002. Masa ni rasa sangat bangga dah dapat memiliki kereta sendiri walaupun kereta terpakai. Maklum la kerja baru tak sampai setahun , kami dah boleh beli kereta sendiri. Tahun buatan Proton Wira ni seperti tertera di dalam geran asal dibuat pada tahun 1997. Agak lama dan boleh dikira 'old skol' dah wira saya, sekarang ni dah berusia 20 tahun…
Masa mula-mula beli dulu, color asal kereta ni biru, kemudian papa pergi cat warna merah terang atau masa tu tengah glamer color "Ferrari Red". Nak beli Mitsubishi Evo tak mampu, jadi papa ubah suai jadikan wira merah ni seperti Mitsubishi Lancer, lagi pun awal tahun 2000 dulu tengah naik zaman "Auto Show", dari wira boleh jadi Lancer, dari kancil boleh jadi Daihatsu, dari Waja boleh jadi Mitsubishi EVO 4, dari Iswara boleh jadi Mitsubushi Galant VR4, macam-macam jadianlah kereta buatan Malaysia tahun tu. Minat papa masa tu tengah hias kereta, mama ikutkan dan layan je. Setiap kali ada Auto Show masa tu, kami akan pergi tengok, konon-konon cari idea nak hias kat Wira kesayangan kami ni.
Sebabkan Proton Wira ini jugalah kami jumpa ramai kenalan, ye la papa pun banyak join ahli kelab kereta masa tu, Kelab Proton Wira la, ProtonMania la, macam-macam kelab ada ibarat cendawan tumbuh masa tu. Dengan mama pun terbabit sekali, tapi masa tu best join kelab kereta ni sebab semua sporting, boleh dikatakan setiap bulan ada aktiviti bersama famili, masa ni kami saling mengenali, pasangan dan family masing-masing pun semua sporting dan tidak sombong. Walaupun pertama kali jumpa dah boleh borak-borak macam dah kenal lama, begitulah dulu indahnya zaman berkelab kereta hihihi...
Dengan Proton Wira ini jugalah kami besarkan anak-anak seramai 4 orang. Dari zaman sebelum kahwin sehinggalah kahwin dan sehingga anak nombor 4, kami masih gunakan Wira Merah ni. Dengan Wira Merah ini jugalah kami ulang alik pergi kerja setiap hari, pergi jalan-jalan hujung minggu, balik kampung setiap kali cuti, senang cerita dengan Proton Wira inilah kami bergerak ke mana sahaja. Masa ni memang papa jaga Wira Merah ni dengan baik, ye lah kereta utama untuk kegunaan harian kami. Pantang ada bunyi sikit, mesti papa akan bawa pergi cek kat bengkel. Servis memang tip top papa jaga. Dari aksesori luaran sehingga aksesori dalaman, boleh dikatakan 100% papa tukar sepenuhnya kepada aksesori Mitsubishi Lancer. Berpuluh ribu dah papa habis kat Wira Merah ni. Kalau dulu masa kerja dan tinggal di kolej dalam UiTM Shah Alam, pak guard memang dah kenal kereta ni, bayangkan 12 tahun kereta ni keluar masuk setiap hari dalam UiTM. Memang sebab Wira Merah ni jugalah ramai orang senang ingat dan orang selalu tegur. Sebab tu la kami sayang sangat kat Wira Merah ni, kami jaga dia sebaik mungkin walaupun dah berusia. Banyak kenangan dan jasa Wira Merah ni kepada kami.
Ramai yang tertanya-tanyakan, kenapa kami tak tukar-tukar kereta sampai berbelas-belas tahun pakai Wira Merah ni? Ada sebab dia... Ni mama nak citer sedih pulak. Bohonglah kalau kami cakap, kami takde keinginan nak tukar kereta baru. Bohonglah kalau kami cakap kami takde keinginan nak tukar kereta lebih besar dan selesa untuk anak-anak. Memang semua tu kami rasa dan kami memang sangat perlukan kereta baru. Memandangkan Wira Merah ni dah berusia dan keluarga kami bertambah, memang satu keperluan untuk kami cari kereta baru masa tu. Setiap kali nak balik kampung, nak balik Kelantan lagilah kami terasa. Setiap kali nak balik kampung juga, papa kena pastikan Wira Merah ni dalam keadaan yang baik untuk kami melalui perjalanan yang jauh.
Kenapa kami tak beli je kereta baru? Ok kami mengakui zaman awal perkahwinan dulu, kami memang banyak melakukan kesilapan terutama dalam soal kewangan. Kami tidak merancang kewangan kami. Jadi bila masa nak tukar kereta baru, kami cuba buat pinjaman tapi pinjaman kami tak lepas disebabkan komitmen pinjaman kami tinggi. Pinjaman rumah dan pinjaman peribadi, masa ni pinjaman peribadi cukup senang untuk kakitangan kerajaan, hantar borang permohonan waktu pagi, petang tu dah tau pinjaman telah diluluskan. Orang bank dulu memang kejar je staf kerajaan ni dengan pelbagai tawaran pinjaman dari pelbagai bank. Kami masa tu banyak pinjaman kononnya dengan duit pinjaman ni nak buat modal untuk bisnes. Tapi kami masa tu banyak salah pilih bisnes menyebabkan kami kerugian beratus ribu ringgit. Bila sampai masa nak buat pinjaman untuk beli kereta baru, masa ni masalah yang menimpa, pinjaman kami tidak dapat diluluskan, bukan satu bank malah lebih dari 5 buah bank, semuanya dengan alasan yang sama, komitmen bulanan kami tinggi.
Paling kami terasa bila tengok kawan-kawan sekerja kami dah tukar kereta baru, balik kampung setiap kali raya je, adik beradik yang lain pun dah bawa balik kereta baru, sampaikan ada adik beradik kami dah tukar 2 kali kereta baru, kami masih lagi pakai Wira Merah ni. Sampai ada adik beradik tanya kenapa kami masih dok pakai Proton Wira ni, kenapa tak beli kereta baru? Allahu masa ni rasa malu, rasa hina, rasa rendah diri sangat...Mereka tidak tahu masalah kami, bukan kami tak nak tukar kereta, memang kami nak sangat tapi bukan setakat kereta besar, nak buat pinjaman nak beli Proton Saga BLM masa tu pun tak lepas-lepas. Memang kecewa tapi kami terima dan sedar kesilapan kami masa tu. Jadi dari situ kami cari jalan bagaimana nak selesaikan masalah kami ni. Kami kena cari pendapatan tambahan untuk menampung kos sara hidup kami sekeluarga dan juga untuk meringankan beban kami untuk menyelesaikan hutang-hutang yang ada.
Dah panjang ye cerita pasal Wira Merah ni... Ok cukuplah dulu sedikit sejarah Wira Merah kami ni. Mesti ramai yang tertanya-tanyakan Wira Merah kebanggaan kami tu ada lagi ke sekarang ni? Ya mestilah ada lagi, sayang nak jual Wira Merah ni sebab bagi kami ia ada "sentimental value" yang buatkan kami sayang sangat nak jual. Selepas dapat Honda CRV percuma dari Tupperware 3 tahun lepas , memang ramai yang berminat nak beli Wira Merah tu tapi kami ambik keputusan tak nak jual. Biarlah ia jadi kenangan dan sejarah buat kami sekeluarga.
Sekarang Wira Merah tu ada je parking kat depan rumah ni, dah tak merah dan tak segah seperti dulu, dah tukar warna lain sekarang ni. Biarlah anak-anak kami tengok dan tahu bahawa satu masa dulu, Wira Merah inilah yang berjasa kepada dia orang, bawa dia orang ke hulu ke hilir dengan Wira Merah ni. Susah senang kami sekeluarga dulu dengan Wira Merah ni la, sebab Wira Merah ni jugalah memberikan kami satu semangat untuk berusaha lebih keras. Sebab Wira Merah ini jugalah hidup kami indah dan bahagia seperti orang lain juga. Sebab Wira Merah ini jugalah kami rasa seperti naik Mitsubishi Lancer. Dan sebab Wira Merah ini jugalah membuatkan kami rasa bangga dan menjadikan salah satu motivasi besar buat kami untuk berjaya sehinga ke hari ini.....
*** Tunggu sambungan citer kami, bagaimana kesabaran kami sangat berbaloi tunggu nak dapat kereta baru, rupanya Allah nak bagi hadiah yang lebih besar kepada kami...








www.tips-fb.com

Monday, October 30, 2017

BAGAIMANA NAK BERJAYA KALAU SUAMI TAK SUPPORT?

Bagaimana nak berjaya kalau suami tak support? Inilah persoalan yang bermain di fikiran kebanyakan isteri yang tengah minat nak buat bisnes tapi tak mendapat sokongan suami. Actually untuk mencapai kejayaan dalam apa-apa jua yang kita buat, sokongan dan restu suami amatlah penting. Kalau kita sebagai anak, macam tak dapat restu ibu kitalah. Susah kan hidup kalau ibu tak restu? Begitu juga suami...

Sebenarnya mama juga mengalami situasi yang sama dulu. Setahun pertama, memang mama buat sorang-sorang je bisnes Tupperware ni. Papa memang tak pernah ambil tahu langsung pasal marketing plan, pasal sales, training apatah lagi. Dia cuma bantu jadi driver mama, bawak mama pegi stokis & pejabat pos sahaja sebab mama tak boleh drive sendiri. Dia hanya tunggu dalam kereta. Lambat sikit pasti mama kena marah😅.

Nak pegi training pun satu hal. Memang akan bergaduh dulu sebab dia taknak jaga anak. Tapi terpaksa jugak jaga. Dan dia bagi kata dua kat mama, kalau nak pegi jugak, cari jalan sendiri. Dia memang tahu mama tak boleh drive, so mungkin dia ingat mama takkan pergila. Tapi dia tak tau, semangat mama kental, mama cari jalan tumpang upline, downline ataupun sideline masa tu. Terima kasih kepada semua yang banyak berjasa kepada mama pada awal penglibatan mama dalam bisnes ni.

Ok, berapa lama mama ambik masa untuk bukak mata papa? Setahun tau. Setahun tu ada 12 bulan. Macamana caranya? Kita kena buat dulu sampai berjaya. Every month mama akan pastikan ada DIQ yang akan complete sebulan atau 2 bulan. So automatik, kita akan ter RANK UP. So, bila every month ada DIQ of course lah sale kita akan maintain, dan komisyen semakin meningkat naik. Secara tak langsung mama ter "ACHIEVE" TRIP PERCUMA BERSAMA TUPPERWARE KE HANOI, VIETNAM. Siap dapat duit poket lagi. So, papa la yang kena pegi sebab mama pragnant 7 bulan dah masa tu. Tak pegi rugila, trip percuma tu. Kalau tak pegi, duit poket pun burn tau.

So dalam keadaan terpaksa, papa pun pergilah trip tersebut dan meninggalkan mama yang tengah sarat bersama anak-anak. Di sanalah papa mula bukak mata bila jumpa dengan ramai gentleman  yang pegi mewakili isteri seperti papa juga. So baru dia tahu yang bisnes Tupperware ni bukan hanya untuk orang perempuan. Lelaki pun boleh berjaya jika nak. So balik dari trip tu memang papa bersemangat merancang strategi. Apa-apa event Tupperware, papa yang pegi sebab mama masih bekerja masa tu. Sehinggalah kami achieve Star Bootcamp pulak. Masa tu kami dah AED. So kali ni pun papa jugak yang pegi sebab mama baru melahirkan anak keempat. Balik dari Star Bootcamp tu memang semangat dia lain macam. Dengan income bersama Tupperware pun dah lebih RM3k masa tu. Kami mula plan bersama-sama untuk pergi lebih jauh dalam bisnes ni.

Bermula dari situlah kami mengorak langkah rank up ke Executive Director dan Senior Executive Director, dapat Honda CRV, dapat stokis, naik lagi ke Presidential Director dan banyak lagi kejayaan demi kejayaan kami seterusnya. Hidup terasa indah dan rezeki lebih berkat bila kita buat sesuatu yang direstui suami lebih-lebih lagi bila suami sentiasa dapat bersama-sama kita setiap waktu.

Beginilah indahnya dunia Tupperware Brands. Mengeratkan hubungan kami suami isteri dan berjaya mengajak lebih ramai pasangan muda untuk berjaya bersama-sama dengan kami. Alhamdulillah kami sangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan hari ini. Terbukti bisnes suami isteri akan lebih berjaya berbanding jika kita buat sorang-sorang. Lebih-lebih lagi jika suami ke hulu dan isteri ke hilir.

Mama harap lebih ramai lagi pasangan muda yang akan menyertai kami dalam bisnes yang hebat ini agar kita boleh berjaya bersama-sama di dunia dan di akhirat. Amin... Sekian sharing hari ni. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT jua.

www.tips-fb.com

Tuesday, October 24, 2017

EPISOD 1 : BAGAIMANA MENUKARKAN KEKURANGAN MENJADI SATU KELEBIHAN?

Setiap orang dikurniakan kekurangan dan kelebihan yang berbeza-beza. Tapi tahukah anda jika kita memandang sesuatu kekurangan itu dari sudut positif, kita boleh tukarkan ia menjadi satu kelebihan.
Pada awal permulaan bisnes ini, kekurangan mama yang paling ketara adalah tak boleh bawak kereta sendiri. Mama ada lesen, bukan lesen P ya. Lesen besar lagi sebagaimana orang lain yang boleh drive sendiri ke sana-sini. Tapi kenapa mama tak bawak kereta sendiri ye? Mesti ramai yang tertanya-tanya kan. Dari dulu sampai sekarang memang mama tak pernah bawak kereta sendiri kecuali semasa belajar untuk ambik lesen dahulu sahaja.
So apakah peristiwa yang menyebabkan mama tak bawak kereta sendiri? Pernah accidentkah? Actually memang pernah. Lepas dapat lesen dulu, mama excited nak bawak kereta. So ambiklah kereta ayah. Masa tu ayah mama pakai Toyota lama je. Kereta lama, dah tentulah berat, tak smooth macam kereta baru. So nak tarik handbrake berat, nak tekan clutch berat, pendek kata semua beratlah.. haha.. Tu yang akhirnya mama terlanggar kereta yang tengah parking depan rumah orang..haha.. nasib baik dalam kampung sendiri. So arwah ayah mama pegi settlekan la dgn tuan punya kereta. Lepas terlanggar tu, mama drive kereta tu balik rumah, rasa lambatnya nak sampai rumah, berdebar-debar bawak kereta. Padahal dekat je. Lepas tu mama tak bawak dah keta. Sebab kalo mama bawak, takde sapa nak naik, haha. Diorang takut tak sampai..kikiki...
Lepas tu bila dah kawan dgn Papa, memang dia je yg drive ke mana-mana. Dari zaman bercinta sampailah dah berkahwin dan beranak-pinak. Lepas tu rezeki kami pulak dapat kerja dekat-dekat, so boleh pegi keja sama-sama. Jadi takde keperluan yang mendesak untuk mama bawak kereta sendiri. So bila dah lama sangat tak bawak kereta, keberanian tu pun dah jadi hilang. Lagipun Papa pun tak harap mama bawak kereta dia dari Wira Merah dulu sehinggalah sampai Honda CRV sekarang. So, begitulah ceritanya. Jadi bila mama nak ke mana-mana tempat yang Papa tak boleh nak bawak, mama akan cari jalan tumpang sapa-sapa. Zaman keja kt UiTM dulu bila papa kena pegi kursus kat luar, so mama terpaksa import adik ipar yg boleh drive datang duduk rumah utk jadi driver mama. Begitulah kisahnya sedikit sebanyak sejarah kenapa mama tak bawak kereta.
Sekarang lesen memang mama akan renew 5 tahun sekali. Sampai kadang-kadang tu dah terlupa ada lesen. Maklumlah kalo naik keta jadi Co Pilot je..haha.. Ok dalam bisnes Tupperware ni, tak boleh bawak kereta bukan satu penghalang untuk berjaya ya. Kalau kita anggap itu sebagai satu kelemahan, memang kita tak akan ke mana-mana. So dulu, untuk pergi training, mama akan cari jalan jugak untuk tumpang sama ada upline, downline ataupun sideline. Mama memang tak malu nak mintak tolong diorang ambik mama kat rumah. Sebab kita tahu satu masa nanti pasti diorang pun akan perlukan pertolongan kita jugak. So give and take. Terima kasih kepada semua yang pernah tumpangkan mama dulu dari zaman mama Consultant hinggalah ke 5SD.
Kadang-kadang bila difikirkan balik, ada bagusnya mama tak bawak kereta sendiri kerana disebabkan ini, hubungan mama & papa akan jadi lebih rapat sebab ke mana-mana pun kami akan pergi berdua. Dan kami ada banyak masa bersama untuk bersembang bincang pasal anak-anak & strategi bisnes. Jika mama boleh bawak kereta, mesti mama akan banyak bergerak sendiri so masa kami bersama pun akan berkurang. So setiap sesuatu yang Allah buat tu pasti ada hikmahnya. Kalau Dia tak bagi tu pun pasti ada sebabnya.
Cerita pasal kereta, sampai 12 tahun kami pakai Proton Wira Merah, tak tukar-tukar. Bukan sebab tak nak tukar, tapi sebab tak layak dan tak mampu nak tukar. Banyak kali apply loan kereta tapi tak lepas-lepas. Adik beradik, kawan-kawan, jiran-jiran beberapa kali sudah bertukar kereta dalam tempoh tu tapi kami masih pakai kereta yang sama. Tapi anda tahu tak apa hikmahnya? Selepas 12 tahun, berkat kesabaran kami, rupa-rupanya Allah nak bagi kereta percuma bernilai RM150k! Sebuah Honda CRV PERCUMA dari Tupperware Brands! Bukan itu sahaja, siap dapat duit minyak lagi RM1500 setiap bulan selama 3 tahun tanpa gagal. Syukur yang amat. Nampak tak? Hikmah di sebalik kesabaran selama 12 tahun. Begitulah kami, dari dulu hanya orang biasa-biasa. Sekarang sudah jadi LUAR BIASA. Ramai yang gelarkan kami Jutawan.. tapi kami tak pernah mengiktiraf kami dengan gelaran itu sebab mama rasa berat nak bawak gelaran tu. Tapi syukur Alhamdulillah, rezeki yang Allah limpahkan sekarang, kami mampu membantu lebih ramai orang untuk mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Mampu melahirkan lebih ramai orang berjaya dengan izin Allah SWT.
Sekian dulu sharing hari ni. Semoga bermanfaat dan dapat memberi pengisian untuk rohani dan jasmani.


www.tips-fb.com

EPISOD 3 : MENCAPAI KEBEBASAN MASA & KEWANGAN

Setelah melepaskan komitmen belajar, pegawai kolej dan kerja sebagai Pen. Peg. Kanan di UiTM, so bolehlah mama menumpukan perhatian kepada bisnes Tupperware kami yg sedang meningkat naik serta of courselah tumpuan kepada famili dan anak2 pun lebih sebab kita dah bekerja sendiri. Masa kerja kita aturkan sendiri. Nak keluar pukul berapa, nak balik pukul berapa. Takde sapa nak marah. Tapi bila bisnes sendiri, KALAU KITA KERJA LEBIH, KITA PASTI AKAN DAPAT LEBIH💪💪💪
Di peringkat awal permulaan stokis kami dibuka, memang agak kelam kabut untuk menyusunatur kerja2 di stokis kerana kami masih baru. Banyak benda baru yg perlu dipelajari. Dengan staf yang sentiasa bertukar ganti. Tapi kami tetap cuba menyesuaikan diri.
Akhirnya bulan berganti bulan, tahun berganti tahun kini kami mempunyai satu team staf yg sangat mantap di EMS. So sekarang ni baru dapat menarik nafas lega kerana fokus mama hanyalah menjaga group/organisasi sahaja. Bab operation semua Papa & staf yg uruskan.
Sekarang setiap hari tetap bangun awal spt biasa dlm jam 5.30 - 6.00 pagi. Bangun Solat Subuh, kejutkan anak2 & siapkan breakfast. Lepas tu keluar hantar anak ke sekolah. Setiap hari memang kami keluar berdua hantar anak sebab Thaqif taknak pegi school kalau mama tak hantar dia😅.
Balik dari hantar anak, mama mula kemas rumah, settlekan kain baju, basuh, sidai, lipat dsb. Kalau masa kerja dulu kain baju ni kena tunggu weekend baru boleh settlekan. So bayangkanlah kain dh menimbun baru boleh melipat. Tu pun kalau tak keluar ke mana-mana.
So biasanya jam 10 pg baru kami siap2 untuk keluar ke stokis @ pun jumpa downline. Biasanya mama akan set appointment dgn downline setiap hari min 1 orang yg mama akan jumpa sama ada kt stokis @ pun kt luar.
Di stokis kami akan plan bersama staf strategi untuk meningkatkan sale untuk minggu tersebut. Setiap bulan, memang kami bagi target kat staf untuk dicapai. So mereka akan dapat bonus. Setakat ni hampir setiap bulan staf akan dapat bonus selain gaji mereka bila target tercapai. Alhamdulillah.
Dan sekarang hidup kami memang dah banyak berubah. Memang berubah 360 darjah. Nak beli apa, beli je. Nak pegi bercuti kt mana2, pegi je. Tak payah fikir panjang dah pasal duit.
Apa yg mama nk highlight kt sini, Tupperware memang telah mengubah hidup kami secara total. Bukan hidup kami sahaja, malah hidup semua downline kami yg berusaha bersungguh2 mengejar impian mereka. Kami sebagai leader memang telah cuba tunjukkan contoh terbaik agar boleh menjadi teladan kepada semua.
Ok rasanya itu sahaja sharing kali ni.. jumpa lagi dalam next episod... ANDA TERUJA? Jom follow kami rapat-rapat.
www.tips-fb.com

Monday, October 23, 2017

EPISOD 2 : MENCAPAI KEBEBASAN MASA & KEWANGAN

Setelah melalui rutin harian yg sangat padat, saya rasa tak mampu lagi nak buat semua benda serentak dalam satu masa. Saya perlu buat pilihan.. Bermula dgn income pertama bersama Tupperware sebanyak RM79.58, ia bertambah menjadi RM600, RM1000, RM1500 & naik lagi setiap bulan. Setiap 2-3 bulan sekali saya naik pangkat. Dalam masa yg sama dapat reward dari HQ & Upline. Saya rasa sgt seronok berada dlm bisnes yg sentiasa naik pangkat, naik gaji & sentiasa dapat penghargaan. Maka dgn itulah saya decide untuk melepaskan satu demi satu komitmen saya pada ketika itu. Suami memang memainkan peranan penting dalam proses saya membuat keputusan penting dalam hidup kami.

 Yang pertama saya decide untuk berhenti belajar part time degree. Masa tu saya masih ada 9 subjek utk dihabiskan yg mungkin ambik masa 1 thn setengah hingga 2 tahun. Saya ambik degree untuk masa depan yg lebih cerah di pejabat kerajaan. Tapi kalau saya boleh mencorakkan masa depan yg lebih baik bersama Tupperware, kenapa saya harus tunggu? Kebetulan masa tu memang saya sedang cuti bersalin anak ke 4, jadi saya ambil keputusan untuk terus berhenti. Lecturer tanya saya banyak kali betul ke keputusan yg saya buat ni sebab actually saya boleh je ambik cuti seberapa lama yg saya nak & bila dah bersedia baru sambung balik. Tapi masa tu hati sudah nekad, keputusan sudah bulat. Lagipun gaji bersama Tupperware sudah mencapai RM3K++ sebulan melebihi gaji kerja hakiki saya selama 10 tahun masa tu. Ok settle bab belajar.

Kemudian satu lagi keputusan yg besar perlu dibuat kerana ia melibatkan tempat tinggal tempat kami berteduh selama bertahun2. Saya tinggal di kuarters secara percuma kerana saya menjadi pegawai kolej. Tapi tugas sbg peg kolej amatlah besar & berat krn saya ada bnyk tugas2 lain jgk utk dilunaskan. Saya rasa tak mampu dah nak cope dgn semua tugas yg diberikan. Daripada saya buat kerja tapi hati tak berada di situ, baik saya lepaskan tanggungjwb kpd org yg lebih layak. Jadi untuk melepaskan tugas tersebut kami perlu keluar dari rumah itu dan menyewa sendiri di luar. Walaupun masa tu dah ada 2 buah rumah sendiri, di mana salah satunya kami bagi staf duduk. Dan satu lagi agak jauh iaitu di Meru. Disebabkan school anak di Sek 3 & 4, kami decide utk menyewa di Sek 7 Shah alam dgn byrn sewa RM2K sebulan. Anda rasa kami mampu tak? Alhamdulillah dgn Tupperware kami mampu😙.

Bila dah lepaskan 2 komitmen besar, tinggallah 1 komitmen yg lagi besar iaitu kerja hakiki sbg Pen Peg Teknologi Maklumat Kanan. Memang saya amat sayangkan jawatan itu lebih2 lagi jawatan kanan tu mmg menjadi igauan semua orang. Bukan senang saya nak dapat. Tapi senang2 pulak nak lepaskan. Tapi masa tu gaji bersama Tupperware dah cecah RM30K, baru je bukak stokis & saya sangat diperlukan di stokis utk menguruskan sendiri perniagaan kami. Jadi saya decide utk ambik cuti tanpa gaji selama 8 bulan (maksimum kelayakan masa tu). Bila dah stat cuti, saya semakin sibuk. Dalam tempoh bercuti itulah kami rank up ke Presidential Director. Anda rasa kalau saya tak lepaskan semua komitmen tadi kami dapat naik PD secepat itu tak? Mesti tak kan.. so untuk mendapat sesuatu saya mesti korbankan sesuatu. Dan akhirnya bila cuti dah hampir habis, kami decide untuk melepaskan jawatan sbg penjawat awam di mana pada masa itu papa memang dah berhenti kerana ingin fokus dalam bisnes beliau sendiri.

Itulah sedikit sebanyak pengorbanan2 yg terpaksa kami lakukan demi untuk mencapai kejayaan hari ini. Mungkin ramai yg kenal kami sudah di tahap sekarang. So hari ni saya bercerita untuk anda tahu yg kami pun bermula dari bawah jugak. From Zero To Hero💪💪
Bersambung Episod 3. Nak lagi tak?
www.tips-fb.com

EPISOD 1 : MENCAPAI KEBEBASAN MASA & KEWANGAN

Suatu masa dulu, saya pernah kerja 8-5. Balik kerja, pegi kelas malam 6.30 ptg - 10.30 mlm. Masa tu ambik part time degree. Balik kelas, kadang2 kena attend meeting dgn student. Maklumlah pegawai kolej. Balik meeting kadang2 kena hantar student sakit sampai kul 2-3 pagi. Esoknya kul 5.30 pg dah kena bangun siapkan breakfast & kelengkapan sekolah anak2. Maklumlah kami takde maid. Itulah saya dulu sebelum berjaya ke tahap sekarang. Memang seolah2 takde masa rehat, takde me- time.. masa nk tgk tv lagilah takde.. Tapi masa tu saya dah mulakan biz tupperware ni secara part time. 

Dalam kesibukan rutin harian tu, saya masih boleh cari masa untuk buat biz part time saya ni. Sebab apa? Sebab saya suka & saya minat... bila kita buat sesuatu yg kita suka kita takkan rasa penat walaupun tak cukup tidur & tak cukup rehat. Anda rasa berbaloi tak pengorbanan saya dulu untuk mencapai tahap sekarang ni? Nak saya sambung tak citer ni?
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...