Semalam saya ada kursus Adobe Illustrator 1 hari. Masuk ofis tengahari tu, ada sampul dari FEDEX...What a surprise!!! Tengok-tengok ada sekeping cek dalam tu...sukenye saya...rezeki datang lagi....
Agak-agak ni saya dapat cek ape ye?
Cer teka...cer teka...Nuffnang ke? Takdelah.....Acc nuff saya belum lagi sampai tahap banyak ni.....Churpchurp ke? Bukan jugak....
Actually, ni cek hasil claim untuk elaun hospital bg anak saya yang masuk wad akibat jatuh longkang aritu. Ingat lagi tak? Actually saya ingat dapat claim untuk sehari je, Rupa-rupanya dapat untuk 2 hari, RM200 sehari...yg selebihnya tu adela kos-kos yang saya perlu tanggung aritu yang diorang bayar balik....
Best tak jadi saya? Alhamdulillah...semuanya datang dari Allah SWT....kita sebagai hamba-Nya kena sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan-Nya. Bukan niat mau menunjuk-nunjuk, tapi mau share ngan kawan-kawan benefit ambik insuran ni.
Insuran ni sebenarnya dipanggil
Multipurpose Insurance, bernaung di bawah
Air-Asia. Mesti korang tak pernah dengar nama insuran ni kan? Saya pun baru first time dengar masa diorang call offer saya hari tu. Terus saya decide untuk ambik dan cover 1 family terus. So, apa yang dia cover sebenarnya?
Begini ceritanya : dia cover setiap seorang dalam family saya (5 orang) sekiranya masuk hospital, dapat elaun RM200 seorang untuk 1 hari. So, aritu sebenarnya anak saya masuk wad 1 malam sahaja, tapi dia kira 2 hari. Dapatla RM400 untuk elaun hospital tu. Pastu sekiranya berlaku kematian/ketidakupayaan kekal kepada salah seorang ahli keluarga, family akan dapat pampasan berjumlah RM200,000 bagi setiap orang. Tapi pasal ni, saya taknak highlightlah, mintak2 dijauhkanlah....tapi sekiranya terjadi apa-apa, keluarga kami ada perlindungan. Lepas tu kalo terjadi kemalangan, dia cover RM2000 seorang untuk kos perubatan bagi setiap kemalangan. Kalau total paralyse pulak, dia bayar RM260,000.000 bagi setiap seorang.
Banyak kan benefit dia? Tau tak berapa yang saya bayar untuk semua perlindungan tersebut?
RM54 sahaja sebulan....Percaya tak dengan bayaran sebanyak itu saya boleh dapat perlindungan untuk keluarga pada tahap maksimum...
So, kesimpulannya, cuba tengok balik, kita ada tak ambik insuran untuk perlindungan keluarga kita? Saya ni segala jenis insuran saya ambik,
Medical Card tu wajib, insuran untuk
melindungi kad-kad kredit & kad-kad bank pun ada saya ambik, Insuran untuk cover sekiranya berlaku
kecurian, rompakan dalam rumah pun saya ambik jugak. Untuk perlindungan
penyakit/kanser pun ada saya ambik. Kebanyakannya ni semuanya untuk cover satu family. Sebab kita tak tau musibah akan menimpa siapa di dalam keluarga kita. So, kita harus bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Sebab tulah saya ambik semua insurans ni. Bil setiap bulan tak payah cakaplah. Tapi itu semua boleh dicari asalkan keluarga kita mendapat perlindungan pada tahap maksimum.
Sapa sokong saya? Sila angkat tangan....