Pages

My Fan Club...jomla join...

Jom Klik

Monday, January 25, 2016

BAGAIMANA MEMBINA 1 TEAM YANG HEBAT

Assalamualaikum semua, sekarang tepat jam 11.30 malam, 25 Jan 2016. Alhamdulillah diberikan ilham olehNya utk membuat sedikit coretan malam ini bagi mengisi ruang-ruang yang telah lama kosong di blog ini sambil-sambil menunggu anakanda terchenta menyiapkan kerja sekolah.

Ok ramai yang bertanya bagaimana dalam masa 4 tahun ini kami berjaya membina satu empayar yang kukuh di Tupperware Brands di mana sehingga kini, group kami telah mencecah angka 12,000 orang konsultan! Dengan Director seramai 402 orang yang terdiri dari Exec Level seramai 12 orang, ia satu angka yang amat mengagumkan!

Bagaimana kami bergerak dan membina empayar sekaligus melahirkan satu group yg besar dalam masa yang singkat ini? Tentulah dengan melatih Director yang seramai 402 orang tadi menjadi leader yang terbaik.. apa CIRI-CIRI LEADER YANG BAIK?

Bagi kami leader yang baik adalah mereka yang sentiasa memberi tunjuk ajar kpd anak2 (downline) msg2 tanpa mengenal erti jemu, penat lelah serta sentiasa bersedia membantu dalam apa jua keadaan, dan yang paling penting tidak ada UP & DOWN @ ON/OFF. 

Alhamdulillah, ramai di kalangan leader kami memiliki ciri2 ini walaupun ada juga segelintir yang tidak.. so, kita abaikan yang negatif, kita FOKUS kpd yang POSITIF....Insyaallah pasti akan beroleh kejayaan yang tidak disangka2.

Leader yang baik juga adalah leader yang sentiasa menghargai anak2 masing2. Tidak lokek memberi 'reward' apabila group mencapai target kerana kami berpegang kepada 'MORE U GIVE, MORE U GET BACK'... Alhamdulillah, sudah lama kami praktiskan cara ini, yang jelas, ia memang mendatangkan hasil yang sangat berbaloi2.. kami juga selaku leader tertinggi sentiasa diberi reward oleh upline kami, sudah tentu kami mahu ia juga dirasai oleh downline kami juga.. MANISNYA KEJAYAAN BILA IA DAPAT  DIKONGSI BERSAMA...

Tips ketiga adalah anggaplah group besar anda ini sebagai keluarga besar anda...anggap anak2 anda dalam bisnes sebagai keluarga sendiri, pastinya akan timbul perasaan ikhlas ingin membantu dan melihat lebih ramai yg berjaya! Seperti kami, semua anak2 dalam Tupperware memanggil kami MAMA & PAPA termasuklah staf. Dengan panggilan itu, mereka akan lebih menghormati kami dan menganggap kami seperti keluarga mereka sendiri. Mereka tidak akan membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kami terlebih dahulu. Itulah besarnya kuasa panggilan MAMA & PAPA. Kami anggap semua anak2 dalam bisnes ini sebagai keluarga kami sendiri dan kami ikhlas ingin membantu mereka untuk melihat LEBIH RAMAI YANG BERJAYA SEPERTI KAMI, Insyaallah.

Kesimpulannya, bila kita melakukan sesuatu yang kita minat dan suka, pasti kita akan lakukan dengan bersungguh-sungguh dan anda boleh lihat sekarang, INILAH HASILNYA. KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN telah kami capai dalam masa beberapa tahun ini dan yang terkini, kami akan mewakili Tupperware Malaysia/Singapore/Brunei ke Persidangan Tupperware peringkat Dunia di BARCELONA Mei ini. Doakan segalanya dipermudahkan...Aminn..

Sekian dulu coretan malam ini. kita berjumpa di lain masa. Semoga ianya bermanfaat. Sharing is caring...

www.tips-fb.com

Thursday, January 14, 2016

THROWBACK IMPIAN 2015

Assalamualaikum semua...

Lamanya tak hapdet blog ni kan... kali ni mama nk throwback impian 2015.. dah tertunaikah semuanya? Alhamdulillah.. dari 5 impian, 3 impian sudah tertunai..apakah 3 impian yang dah tertunai itu? Cer teka cer teka...hehe...


Yang Pertama : RANK UP TO PRESIDENTIAL DIRECTOR



Alhamdulillah, pada 1 Jan 2016, kami telah melangkah setapak lagi ke rank tertinggi dalam Tupperware, PRESIDENTIAL DIRECTOR dan kami adalah PD ke 16 pada tahun 2016!!! Dan kami adalah PD TERMUDA dan TERPANTAS iaitu dalam masa 4 tahun telah rank up ke peringkat ini! Alhamdulillah, kami dapat MENCIPTA REKOD BARU.... So, kesimpulannya tiada yg mustahil untuk berjaya dalam bisnes ini, KAMI DAH BUKTIKANNYA! SEKARANG GILIRAN ANDA PULA!!!




Yang Kedua : ORGANIZATION TARGET 500 DIRECTORS

Impian kedua ini, masih belum tercapai lagi tapi kami percaya dalam masa 2 bulan lagi ia pasti akan tercapai kerana sekarang kita sudah mempunyai 402 Directors! Satu pencapaian yg agak membanggakan dalam masa 4 tahun ini.. bermaksud setahun kami berjaya melahirkan seramai 100 orang Director!


Yang Ketiga : ORGANIZATION SALES 2 MILLIONS

Impian ketiga ini, juga sudah hampir tercapai dan kami positif ia akan tercapai dalam masa 2-3 bulan ini. Pencapaian tertinggi kami setakat ini adalah sebanyak RM1.672 juta... doakan kami agar tidak lama lagi akan tercapai impian yg satu ini..




Yang Keempat : 'ISTANBUL TUNGGU KAMI DATANG'

Impian keempat ini sudah tertunai Alhamdulillah pada bulan September 2015 yg lalu, sebagaimana sharing Ninie sebelum ni, kami telah ke Istanbul dan Cappadocia naik belon panas..wow! satu pengalaman yg sangat mengujakan! Jom layan dulu foto-foto kami sepanjang di bumi Turki ya..







Indahnya bumi Cappadocia..



Yang Kelima : INCOME 50K/PER MONTH

Alhamdulillah, untuk impian kelima ni kami dah capai pada bulan September 2015, syukur sangat, tak pernah termimpi untuk dapat income sebegini...dulu, dapat extra 5K pun dah rasa cukup banyak dah...apatah lagi 50K!!! Memang jadi impian semua orang untuk hidup dalam KEBEBASAN KEWANGAN! Insyaallah dgn income ini, kami akan cuba membantu lebih ramai orang untuk berjaya spt kami... doa-doakan semoga usaha ini diberkati... Aminn...

So, kesimpulannya, semua orang MESTI ADA IMPIAN... DARI IMPIAN AKAN JADI KENYATAAN.. TULISKAN BESAR2, CANTIK2 IMPIAN ANDA, TAMPALKAN DI BILIK TIDUR AGAR ANAK2 ANDA PUN SAMA2 BOLEH LIHAT IMPIAN ANDA BERDUA.. INSYAALLAH, IA PASTI AKAN TERCAPAI JIKA DIIRINGI DENGAN USAHA, DOA DAN TAWAKKAL... YG PENTING JGN LUPA DAPATKAN RESTU IBU BAPA SELAGI MEREKA MASIH ADA...

So, apa pula IMPIAN 2016? Tunggu dalam next entry ye...


www.tips-fb.com

Sunday, November 8, 2015

KEMUSTAHILAN TERUNGKAI KEGEMILANGAN TERCIPTA!!!


Assalamualaikum semua...

Dah lama tak berhapdet blog ni kan? Bizinya sekarang ni... rasanya sekarang ni lagi bizi dari zaman kerja kt UiTM dulu...tapi takpe, kerja sendiri lagi best, dapat atur masa sendiri... masa dengan family pun lebih banyak..hidup lebih berkat, sebab kita buat apa yang kita suka, bersama-sama suami tersayang...cheewahh...haha...

Rasanya banyak sangat benda nak citer...tapi tak tau nk citer yg mana satu dulu...banyak sangat citer2 best, kenangan2 manis bersama Tupperware sepanjang tahun ni...yang utama tentulah pencapaian demi pencapaian yang kami capai satu demi satu sepanjang tahun ini...

Yang Pertama - Ogos 2015

Acara tahunan Tupperware, Jubli telah ke 50 telah diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre dan kenangan paling manis tentulah semasa dinobatkan menjadi Top 1/Juara Kategori Senior Executive Director (SED) 2015 untuk seluruh Malaysia dan Singapore! Penilaian dilakukan dari pelbagai sudut seperti total organisasi sales, total rekrut, total rank up, total achieve EDU PLAN dan sebagainya.




Kami telah menerima barang kemas bernilai hampir RM7k dengan crown dan selempang. Anugerah Chain Of Confidence Award ini adalah acara kemuncak bagi setiap kali Jubli diadakan setiap tahun.

Yang Kedua - September 2015, kami telah mengikuti trip melancong ke Turki secara PERCUMA selama 8 hari 5 malam. Perjalanan sejauh 11 jam ke Istanbul dirasakan sangat berbaloi kerana apabila tiba di sana, kami disambut seperti VIP dengan layanan 1st class dan 5 bintang! Citer detail nanti Ninie update dlm next entry ye... Kita layan dulu gambar2 kami semasa berada di sana ye... trip ni merupakan honeymoon kami kali ke 3 sepanjang 2 tahun ini... best sangat! Terutamanya apabila tiba di bumi Cappadocia...











Yang ketiga - pada bulan September 2015 juga kami telah berjaya mencipta rekod sales tertinggi iaitu sebanyak 1.63 juta!!! Wow, what a wonderful amount!



Walaupun kami ke Turki, anak2 still buat kerja masing2 dan inilah hasilnya yg sgt awesome! Tanpa gerakerja dalam 1 group yg mantap, kami tak akan berjaya mencapai jumlah ini... team EMS memang terbaekk!!! Angka ini juga terhasil dengan bimbingan leader2 yg mantap dalam group kami terutamanya 2 group terbesar iaitu dari team Noriah & Lya Farid! Thanks all...mama luv u olls...

So, kepada anda di luar sana yang ingin menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami, jangan malu2, jgn segan2 untuk whatssup Ninie 0123007313, masih belum terlambat untuk anda bertindak...kami sedia menerima anda sebagai keluarga baru kami...untuk sama2 membina kejayaan bersama kami....JOM SAMA2 KITA MENUJU PUNCAK! SEE U AT THE TOP!
 


www.tips-fb.com

Sunday, April 5, 2015

EXECUTIVE KONFERENS DI SWISS GARDEN, MELAKA

Assalamualaikumwbt semua....

Lamanya blog ni tak berhapdet. Dah bersawang2 ghupanya...hehe.... mesti ade yg dh rindu dgn coretan ninie kan? Chewah...ade ker? Hahaha.... tapi realitinya mmg ramai yg tanye bila nak update blog?  Sesungguhnya masa sgt mencemburui kita...sejak keja sendiri ni, makin bizi rasanya....tapi, yang penting...KITA ENJOY!!!

Ok hari ni rasanya nak update sikit pasal kejayaan dan pencapaian kami  pada tahun baru 2015 nih.. kepada yang mengikuti perkembangan kami di FB mesti dah tau kan...tapi mesti sekarang dah ingat2 lupa...hehe...oklah ninie rewind jap....

Teng treng teng.....

JAN 2015 - EXECUTIVE CONFERENCE DI HOTEL SWISS GARDEN, MELAKA

Tak silap ninie pada 9-11 hb Jan kami ke Melaka utk konferens ni. Kepada yang di luar sana yang masih tak tau, dalam setahun biasanya  Tupperware akan mengadakan konferens bertaraf 5 bintang ni untuk semua Executive Leaders maknanya AED ke atas lah kan... so masa konferens ni lah kami di update dgn kejayaan2 dan pencapaian2 kami sepanjang tahun, produk2 baru, promosi2 baru, challenge2 baru dan sebagainya. Sebagai owner Business Centre plak, masa nilah kami berkumpul utk saling memberi pandangan dan bertukar2 pendapat tentang masalah di BC masing2 sepanjang ia beroperasi. Kami EXEC  Leaders actually diberi challenge utk dicapai bagi memastikan kami dibiayai sepenuhnya untuk hadir ke konferens ini. Jika tidak, kami perlu bayar kos keseluruhan bernilai RM9000 untuk 3 hari 2 malam! Wow...berbaloi bukan!!! Tapi majoriti memang akan berusaha utk achieve the challenge. Sapa tak nak pegi FREE kan? Tapi part yang paling best of course lah semasa Recognition. Sepanjang 3 hari tu kami dapat 5 ANUGERAH ISTIMEWA iaitu :

1. Number 1 Growth in Malaysia/Singapore 2013 vs 2014 iaitu sebanyak 342%


Inilah barisan leaders dalam team kami bersama 
Managing Director Tupperware Brands Malaysia, Miss Ying 

2. Break Record Sale November 2014

3. Break Record Sale Disember 2014

Untuk anugerah ini kami diberi peluang untuk memilih sendiri hadiah menggunakan sistem Click N Win.



Dan sebanyak 2 hamper besar bernilai RM1500 setiap satu yang kami terima untuk 2 anugerah ini.


4. Turki On Pace Achiever


Ok, pada malam pertama ada dinner yang bertemakan ala2 Turkish Style. Tapi kami pakai biasa2 je...janji sopan kan..hehe...

 Dan tanpa diduga ada anugerah untuk bakal Achiever yang dah on track ke Turki.


Dan ini adalah barisan Achiever dari Organisasi leader kami, PD Wan Lye Duan yang majoritinya dari group kami sendiri...mabeles...


5. Anugerah Million Dollar Club selama 7 bulan pada tahun 2014

Tanpa di sangka-sangka kami dapat naik pentas untuk Anugerah yang paling berprestij ni kali ni. Sungguh kami tak sangka dan sangat2 bersyukur, sudah achieve ke jualan 1 juta sebulan selama 7 bulan pada tahun 2014!


Pada saat ini, semua perasaan bercampur-baur, sebak, gembira, terharu semua ada. Memang hampir menitiskan airmata. Tapi inilah penghargaan teristimewa dari  Tupperware Brands di atas usaha kami selama ini...syukur Alhamdulillah...



Punya group yang hebat dan besar adalah satu resepi kejayaan kami mencapai status Million Dollar Club. Kami adalah antara pasangan  Melayu termuda yang menerima Anugerah ini.....syukur Alhamdulillah...


Rasanya cukup dulu coretan kali ni...nanti kita jumpa lagi..last but not least...nak share RESEPI KEJAYAAN KAMI :

  1. Jangan cepat putus asa walaupun badai datang melanda
  2. FOKUS dan terus BERTAHAN
  3. Sentiasa SABAR melayan kerenah downline dan customer
  4. Bina hubungan yang baik dengan orang sekeliling
Insyaallah, usaha kita akan diberkati..Aminn... Sapa yang berminat untuk join kami dalam group yang sangat awesome ni boleh pm Ninie 0123007313.


www.tips-fb.com

Monday, October 27, 2014

TUPPERWARE BRANDS EVER MIRACLE KINI DIBUKA!!!

Syukur Alhamdulillah.. setelah hampir sebulan lebih proses renovate kedai, akhirnya ia berjaya dibuka, EVER MIRACLE SOLUTIONS KINI BEROPERASI SEPENUHNYA DI ALAM AVENUE 2, SEKSYEN 16, SHAH ALAM....

Di sebaliknya, bukan senang nak bukak kedai macam sekarang, lebih2 lagi Tupperware Brands...kedai yg sudah ada brandingnya sendiri...bermacam2 dugaan dan cabaran dilalui... cabaran paling utama sudah tentulah modal...tapi akhirnya Allah permudahkan rezeki kami, rezeki turun dari langit melalui orang2 yg baik hati di sekeliling kami...syukur Ya Allah...terharunya rasa...

Dan pada hari Jumaat 10/10/2014 secara rasminya ia dibuka kepada umum...mengambil berkat hari Jumaat, tarikh yg cantik semoga Allah permudahkan bisnes kami.. jemput datang beramai2 ya...

Untuk makluman, sempena pembukaan, pada bulan Okt & Nov 2014 customer yg datang shopping di sini akan diberikan free gift secara percuma mengikut jumlah belian masing2..best kan..

Ni lah kedai kami untk tatapan umum..

Bersama leader-leader hebat...di bawah Organisasi PD Wan Lye Duan

Kaunter, masa ni belum siap sepenuhnya..



Antara koleksi produk yang dipamerkan...

Dan jangan lupa dapatkan kad jemputan ini untuk claim free gift bg setiap pembelian di sini...




Dan seiring dengan kejayaan membuka Business Centre ini, kami terlebih dahulu telah dihadiahkan dengan sebuah Honda CRV oleh Tupperware Brands...

 
Dengan nombor plat yang sangat cantik... WA 2014 N... melambangkan pangkal nama Ninie dan tahun kegemilangan kami dan ini merupakan hadiah yg tidak ternilai harganya dari Tupperware Brands... syukur Alhamdulillah...


Kejayaan demi kejayaan yg kami capai tidak akan mengubah matlamat kami untuk lebih berjaya dalam bisnes ini...Tupperware Brands menjanjikan segala-galanya... five figure income, free luxury car, free luxury trip with pocket money, own a business centre and many more... 
U WANT IT...U DID IT...

 & terkini, pada 24-27 Nov 2014 kami akan terbang ke Kunming dan akan dibawa menginap di Hotel bertaraf 5 bintang yg terbaik di sana.. Wyndham Grand Plaza Royale Colorful Yunnan Kunming... best of the best...honeymoon lagi kita...

 





Tak sabar nak fly ke Kunming...jom anak2...next year kita ke Istanbul plak...




www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...