Pages

My Fan Club...jomla join...

Jom Klik

Friday, May 16, 2014

Let's Gain More Achievement In Tupperware Brands!!!

As salam semua...dah lama Ninie tk update blog ye... al maklumlah bizi sgt sekarang ni dgn kerja ofis, kerja Tupperware, urusan anak2 sekolah dsb... hari tu last update pasal Macau Day 1 je kan....day seterusnya blum smpat lagi...ok tkpelah...next time nanti kita sambung lagi ye...

Hari ni Ninie just nak share yang Ninie tak pernah terfikir untuk capai ke tahap sekarang dalam biz Tupperware Brands ni... dalam masa 2 tahun setengah ni, macam2 dah jadi... macam2 yang dah kami capai... ramai yg ingin tau rahsianya kerana tiba2 je performance group kami naik mendadak... ramai yang bertanyakan rahsianya...tapi sebenarnya kami tiada apa2 rahsia...kami ni mcm orang lain jugak.....punya hasrat untuk berjaya dalam hidup.... tapi pertama sekali...mesti kena kuat semangat, maksudnya kalo anda mahukan sesuatu, anda mesti berusaha mendapatkannya sedaya upaya....jangan cepat putus asa, jangan cepat mengalah...mesti tanamkan sifat positif dalam diri....PASTI KEJAYAAN ITU MILIK ANDA!!!

Yang kedua; pastikan anda FOKUS dan TERUS BERTAHAN...itulah kata kuncinya.... tiada kejayaan yang datang dalam sekelip mata...ramai yang baru stat bisnes sudah fikir untung ribu2... itu Skim Cepat Kaya namanya...dan tak lama lepas tu akan jadi Skim Cepat Lingkup....hehe... apa2 je yg naik cepat tanpa usaha, pasti akan jatuh cepat juga... itu je formulanya...so, kalo kita decide nak buat apa2 bisnes, mesti fikir rasional dan logiknya... yang penting mesti ada matlamat dan hala tuju....

Dalam post2 Ninie sebelum ni, Ninie ada sebut impian Ninie dalam bisnes ni..antaranya :

1. Nak rank up ke Executive Director (ED) - dh tercapai pada Jan 2014
2. Nak completekan  Honda CRV - dh tercapai pada Mac 2014
3. Nak bukak Business Centre -Insyaallah akan tercapai pada Sept 2014

Dan impian Ninie seterusnya :
1. Nak rank up ke Senior Executives Director (SED) - Insyaallah Jun 2014
2. Nak buat sale RM1 juta sebelum bukak stokis - Insyaallah Mei/Jun 2014
3. Nak jadi 1st Presidential Director  di bawah Organisasi PD Wan Lye Duan - Insyaallah hujung tahun ni/awal tahun  depan
4. Mencapai kebebasan kewangan....

Inilah maksud Ninie...kita kena sebut apa yang kita nak capai...Insyallah masin mulut kita..seterusnya mesti berusaha, berdoa dan tawakkal kepada Allah SWT.. dalam mengecap manisnya kejayaan, jangan lupa pada yang Maha Esa... dan yg penting juga, jangan lupa dapatkan doa restu ibu tersayang... Ninie percaya kejayaan kami hasil dari doa yang tidak putus2 dari ibu Ninie yg tersayang...syukur Alhamdulillah masih punya ibu yang masih boleh mendoakan kita... sementara beliau masih ada, berbaktilah kepada mereka semampunya...

Harap semua dapat ambil positif dari apa yang Ninie sharing hari ni... bukan niat nak riak @ menunjuk2...tapi mahu bagi semangat pada semua yang mahu berjaya seperti kami.... Last but not least.... syukur punya husband yang sangat supportive dalam apa jua yang Ninie lakukan... dialah tulang belakang Ninie...pelengkap hidup Ninie...love u so much dear...hope our life happily ever after...





www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...