Pages

My Fan Club...jomla join...

Jom Klik

Tuesday, December 13, 2011

Jalan-Jalan Hujung Minggu...

Salam kengkawan sumer....bulan ni 3 kali cuti hari Isnin kan? Maknanya 3 kali kita cuti 3 hari berturut-turut. Selang 2 minggu, kan? Actually minggu ni sepatutnya saya ke kursus Team Building anjuran my office..but, last minute, ade hal yang tak dapat dielakkan. So, tak jadik la pegi.

3 hari ni saya banyak habiskan masa di rumah je. Hari Sabtu adalah hari mengemas sedunia. Habis 1 rumah saya kemas, lipat 4 bakul kain baju, masak mee bandung dll....Hari Ahad plak, kami kuar gi IKEA...lama tak gi sana. Adela shopping sket-sket. Alang-alang dah gi tu kan, mestila ade buah tangan nak kena bawak balik. Kalo tak, penat jek tawaf kat dalam tu... Pastu kitorang gi makan2 kat The Steamboat kt dlm Ikano Power Centre tu. Ada sape2 penah g makan kt situ tk? Best gak set steamboat dia. Hubby & anak2 pun suke. Actually ni kali kedua kami makan kat sana. First time masa bulan pose aritu. Jauh kan kami gi bukak pose? Huhuhu.... (tp masa tu tak snap pic pun sbb dh lapau sgt, maklumla posa).

Habis makan, bila perut semua dah penuh, ingatkan dah nak balik. Tiba2 hubby gi korner plak masuk dalam One Utama. Tp kami tkdela round 1 OU tu, masuk ke Jusco jek. Hubby nk carik barang untuk polish keta rupenye. Penah denagar ENEOS? Ada 1 kedai barang Jepun. Macam2 ade kat situ. 1 barang RM5. Tp saya tkdekla beli apa2 pun kt situ sbb dh shopping kt IKEA, kan....

Masa dah nak balik tu, 'ter'singgahla plak kt Pusat Games kt tepi Food Court dlm Jusco tu. Best2 gak game kt dalam tu. 1 games 1 token jek. Ngan Mama diorang ni pun teruja sama! Layan jelah diorang main kat situ sekejap. Tapi habis 10 token jgkla. Pastu barula kami balik.  Sampai2 umah dah dekat kul 10.30 malam. Penat betul jalan2 aritu....terus mama & anak2 terbongkang skali kt ruang tamu. Nasib baik esoknya cuti lagi...

So, layankan gambar2 ini yek...

ni masa kt ikea...sempat agi suh dak 3 org ni posing kt sofa..

mama dia bz dok snap pic...

dalam lemari pun blh ambk gambar,,,

antara koleksi lampu terbaru di IKEA...

koleksi gelas & dulang terkini...

close up sket gambar lampu...santek tk?

Asha dok try kusi kristal dia...agak2 kalo ade kt umah ni mau sehari sebiji pecah ni...
 
ni jek barang2 yang mama beli...

pastu kami gi makan kat sini...

antara set steamboat dia...terliur weh...rasa nak lagi...

ni kalo nk oder tambahan...(side order)

sukenye si Aasha ni main chopstik...setiap org dpt 1 mangkuk sup/tomyam

papa & syahmi sabar menunggu...
 
mama, Aasha & Luqman...
 
ni la set vegetarian mama punyer...nampak cam sedap tk?
 
pastu gi main games kt Jusco OU lak...

ni la skrin yg diorang tgh tgk tu... 

haa...baru clear....

Ok, sampai sini dulu citer saya kali ni...babai...

Sape-sape yang minat tudung ZNZ, boleh shopping kat sini....cantik-cantik, lawa-lawa tau....  
www.tips-fb.com

Monday, December 12, 2011

PARASIT DI OFIS?

Ade tak sape-sape penah ade pengalaman macam aku ni? Ada PARASIT kat ofis? Maksudnya dia pegi mana-mana pun dia akan bawak masalah kat orang sekeliling. Aku nak share pasal benda ni sebab tak mau orang lain terkena sama!!! Kena hati-hati dengan orang macam ni....dia yang salah, tapi dia salahkan kita balik... macam dia plak yang jadik mangsa keadaan....

Bagi rakan-rakan blogger sejabatan...usahlah bertanya siapa dia ni...lama-lama nanti anda akan tau sendiri....biasela.....bau bangkai mana boleh ditutup, kan? Yang pastinya aku adalah salah seorang MANGSA dari ramai lagi yang penah menjadi mangsa beliau.

Mangsa apa sebenarnya? Mangsa LIAT NAK BAYAR HUTANG!!! Aku ni kan ada wat bisnes sket2. So, biasala kalo customer nak byr brg secara hutang. Sampai masa, orang lain semua bayar tapi 'parasit' yang sorang ni susah tul nak bayar!!! Macam-macam cara aku mintak, call, sms & bermacam-macam alasan jugak dia bagi!!! Anak sakitlah (elok sangatlah tu doakan anak), handphone hilanglah (padahal dok ade jek handphone tu), dah transferlah (siap berlebih lagi) tapi bila aku check, takde pun duit masuk. Bila tanye, dia kata dh transfer dari affin bank ke cimb, tapi masa tu dah masuk 3 hari dah. Takkan duit tak masuk lagi...pastu dia cakap nanti dia check dengan bank. Logik tak? Takkan duit transfer 3 hari tak masuk-masuk lagi. Pastu dia cakap nanti bank transfer balik kat dia....hahahaha...ade ke bank nak transfer balik duit tu?

Pastu macam-macam lagilah alasannya sampai aku dah penat nak dengar alasan dia!!! Sampai satu tahap, dia caci-maki aku dalam sms sebab aku mintak hak aku!!! Tapi aku sabar lagi, masih dengan ayat-ayat yang sopan reply sms dia. Tapi dia still gak dengan bahasa kasar dia, mencarut bagai, siap doakan aku yang buruk-buruk dan siap UGUT aku!!! Sampai 1 tahap, aku dapat rasakan yang dia ni dah 'weng'. Emosi dia dah tak stabil. Aku hanya mintak hak aku tapi dia dok mengarut macam-macam. So, aku biarkan aje dia sejuk dulu dan tak mintak-mintak lagi duit tu dan sampai sekarang hutang tu masih belum settle...dia pun buat senyap aje bila aku pun senyap.

Cuma sekarang ni aku banyak-banyakkan berdoa agar Allah bukakkan pintu hati dia untuk selesaikan semua hutang piutang dia tu. Aku takdela nak mintak yang buruk2 untuk dia. Allah tu Maha ADIL dan Maha MENGETAHUI....semoga 'DIA' tunjukkan kebenaran... www.tips-fb.com

Thursday, December 8, 2011

Kereta Idaman....Saga FLX SE 1.6


Cun tak keta ni? Agak-agak berbaloi tak untuk dibeli dan menjadi kereta kesayangan? 


Nampak cam smart sangat kan? 


Tengokla nanti kalau ada rezeki....kalau Tuhan izinkan....

Semoga Allah permudahkan segala urusan... Amin...

www.tips-fb.com

Wednesday, December 7, 2011

Say Goodbye To Credit Card!!!

Salam semua....saya percaya ramai daripada kita yang pakai kad hutang @ kad kredit ni...betul tak? Ade yang pakai sekeping, 2 keping, 3 keping, 4 keping, 8 keping dan 10 keping pun ade kot....hehehe.... Hari ni saya nak share citer pasal kad kredit ni....

Untuk info semua, sebelum ni saya ada pakai 8 keping kad hutang neh!!! Percaya tak??? Dalam purse saya tu penuh la dengan kad-kad nih. Majoriti bank lah saya ada....macamana saya boleh ade sampai 8 keping kad kredit ni takyahla saya citer kot....kalo tak, sampai esok pun tak habis, hehe. Kat sini saya cuma nak share pasal KESENGSARAAN membayar hutang-piutang dan nak maintain 8 keping  kad kredit nih!!!

Kalo dah dinamakan manusia, manusia jugaklah kan...Kalo kad kredit tu dah tersedia depan mata, semua benda nak beli dengannya walaupun cash ade di tangan. Kadang-kadang takde cash pun, kalo dah nak sesuatu beli jugak sebab ada  kad kredit nih. Itulah bahayanya ada  kad kredit lebih-lebih lagi kalo sampai 8 keping!!!

So, bertahun-tahun jugakla saya menanggung kesengsaraan membayar semua hutang-piutang dalam kad tu...ada aje rezeki masuk, cepat je habis sebab nak kena bayar kad kredit! Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum, saya ada bisnes yang pelbagai dan 'sale'nya agak boleh tahan...Kalo ikut pendapatan saya sebulan dari hasil bisnes ni boleh mencapai 4 angka jugakla...menyamai & kadang-kadang  lebih dari gaji tetap saya sebagai IT Offficer! Dan saya tak dapat nak buat simpanan kerana sibuk membayar hutang!!! Boleh dikatakan jumlah yang saya keluarkan sebulan untuk bayar kad kredit ni menyamai bayaran bulanan Toyota Wish/Estima @ bayaran loan rumah! Just imagine that!!! Betapa ruginya saya...kalo tak, dah boleh pakai MPV @ beli rumah teres dah...huhuhu...

Just imagine kalo hari-hari bank call tanya bila nak bayar hutang. Settle 1, ade 7 lagi menanti....settle 3, ade 5 lagi menanti. Settle 5, ada 3 lagi menanti....Sampai 1 tahap, saya dah tak angkat langsung hp 'rasmi' saya kalo nombor yang naik adalah nombor bank! Tapi, sampai bila nak lari, kan? Nak tak nak, hutang tu HARUS dibayar....

So, pelbagai cara saya fikirkan camne nak settlekan semua hutang-hutang neh...sampailah satu masa, Allah bagi saya rezeki lebih, naik pangkat dan of course naik gaji, so, saya dapat buat loan untuk selesaikan semua hutang kad kredit saya tu....So, sekarang ni, daripada 8 keping, saya dah lupuskan 6 keping & masih simpan gak 2 keping, untuk digunakan time kecemasan. Apa orang kata, kad kredit ni perlu juga time kecemasan, betul tak? Manalah tau tiba-tiba nak kena fly ke, nak beli tiket Air Asia @ Firefly semua nak kena guna kad kredit...kalo tetiba nak kena gi oversea ke, kena ada gak kad kredit....kalo tetiba keta buat hal ke & perlukan modal besar untuk membaikinya, masa tulah kad kredit sangat diperlukan kalo CASH tak cukup!

So, kesimpulannya, kalo nak guna kad kredit ni, biarlah berpada-pada. Jangan jadi macam saya! Orang nampak saya rilek je bayar kad kredit bulan-bulan. Tapi kesengsaraannya hanya saya yang tau! Camana nak cari duit nak bayar semua hutang kad kredit tu....belum masuk bil-bil lain lagi....telefon, yuran anak, astro dan sebagainya. Kalau time ada duit bolehla bayar, kalau time takde? Mana nak korek? Dengan kos sara hidup yang tinggi lebih-lebih lagi di Shah Alam neh...memang boleh stress dan gila dibuatnya!!!

So, sekarang ni saya dah banyak belajar daripada kesilapan lalu....Hidup kini dah makin LEGA dan tenang....takde lagi bank yang call..kalo ada pun, banyak yang nak offer produk baru, sebab hutang lama dah langsai!!!...Tapi, sekarang saya dah berani mengatakan TIDAK pada semua tu. Insuran pun saya dah ambik 4 jenis. Medical Card, Kanser Wanita, Burglary Guard, Hospitaliti & Kemalangan. Apa yang saya nak lagi? Cukup-cukup la tu offer macam-macam kat saya....haishh...emo plak...(macamla orang bank tu baca blog ni) huhuhu...

Dan, inilah antara bukti kad yang telah dilupuskan tu...




Oklah, setakat ni jelah coretan kali ni....Yang baik dijadikan pengajaran, yang buruk dijadikan sempadan... Tujuan saya berkongsi bukan untuk suka-suka, tapi untuk saling mengingatkan antara satu sama lain.

Sekian, terima kasih...sampai ketemu lagi di lain entry...

www.tips-fb.com

Wednesday, November 30, 2011

Senarai Lagu Layak ke Final AJL 26...

Dah 2 minggu berlalu separuh akhir ke Juara Lagu 26 dan sebanyak 10 buah lagu telah terpilih ke Final Juara Lagu setakat ini. Dan kita akan saksikan lagi malam esok 8 buah lagu akan berentap lagi bagi merebut tempat ke final Juara Lagu yang ke 26! Siapakah yang layak?


Separuh Akhir Pertama (18 November 2011 )
1. Babak Pertama (Drama)
2. Di Penghujungnya (Iqa)
3. Mata Hati (Nubhan)
4. Janji (Akim)
5. Kisah Hati (Alyah)
6. Kisah Dongeng (Stacy)
7. Gadis Semasa (Yuna)
8. Maaf Dari Hati (Sofaz)
9. Muda (Hujan)
10. Awan Nano (Hafiz)
11. Beribu Sesalan (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah)

Separuh Akhir Kedua ( 25 November 2011)
1. Kurnia (Mizz Nina & Noh Hujan)
2. Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque)
3. Cinta Muka Buku (Najwa Latif)
4. Luar Biasa (Shahir)
5. Perpisahan Ini (1st Edition dan Nubhan)
6. Cinta Teragung (Hazama)
7. Pokok (Meet Uncle Hussein dan Nubhan)
8. Sungai Lui (Aizat)
9. Bagaikan Bidadari (Tomok)
10. Ilusi (Adira)
11. Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol)

Separuh Akhir Ketiga ( 2 Disember 2011)
1. Kalau Berpacaran (Sohaimi Meor Hassan, Ana Raffali & Altimet)
2. Penakut (Yuna)
3. Sedetik Lebih (Anuar Zain)
4. Bila Bertemumu (Shiha)
5. Cinta Matiku (Sixth Sense)
6. Karma (Faizal Tahir)
7. Menyesal (Sitxh Sense)
8. Aku Permata (Salma)

Yang dihighlight merah adalah lagu yang layak ke final AJL 26 ni nanti...tunggu keputusan minggu ketiga pulak ye...

www.tips-fb.com

"Akhirnya Aku Jatuh Cinta"...

Mesti korang tertanya-tanye kan...nape dgn tajuk ni...sebenarnya ini tajuk forum sempena Maal Hijrah aritu anjuran Kolej Melati. Apa yg specialnya dengan tajuk ni ialah ia berjaya menarik crowd yg sgt ramai sehinggakan dewan kuliah tersebut terpaksa dibuka pintu bagi membolehkan pelajar mendengar dari luar jugak sebab kt dalam dewan dh penuh sampai ada yang bersila di atas lantai....

Actually forum ni menampilkan jemputan istimewa iaitu Ustaz Hafiz Ng, seorang mualaf dari stesen TV Al-Hijrah & seorang artis yang baru berhijrah, tak lain tak bukan, 'Catriona Bahrin Ross'....aku rasa itulah sebabnya ramai sangat crowd....dan..nak dijadikan cerita...Catriona tu kawan lama aku...satu sekolah dulu kt SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu, dari form 1 smpai form 3...masa form 4, dia dah pindah sekolah lain....so, kami terpisah & tak jumpa langsung smpailah malam forum tu...hampir 15 tahun lamanya....

Yang paling aku tak sangka, dia masih ingat aku walaupun dah berbelas2 tahun tk jumpa walaupun dulu kami tak rapat sangat sebab berlainan kelas...Alhamdulillah, dia sangat humble, masih sudi 'kecek klate' dgn aku & aku respect la dia skrg kerana tak putus2 dijemput penjadi panel dalam forum2 sempena Maal Hijrah samada di kaca tv @ pun di luar....

Dia pun tk lokek berkongsi ilmu dengan audiens, tentang cabaran2 yg terpaksa dilalui sejak berhijrah ni...Aku rasa aku pn tk akan sekuat itu kalo dok di tempat dia sekarang...

Anyway, adela beberapa kpg gambar yang sempat di 'snap'  malam tu.... so, layankan ajer ye...

Cat tengah sembang dgn  Ustaz Hafiz Ng...

Time moderator bercakap...

Sesi bertanya soalan...

tengokla tu..penuh sampai bersila kat bawah...

panel mendengar soalan...

Cat menjawab soalan...kelass jawapan dia...

persembahan nasyid dari Fak. Kejuruteraan Mekanikal...

pic bersama Cat...

panel bergambar bersama students...

bersama Felo yg hadir malam tu...
  
www.tips-fb.com

Mandi-Manda di Wet World

Dah lama tk g wet world....dulu tiket dia rm7...pastu naik rm10  & skrg dh naik lg jdk rm15...kaya tokey dia... Masa cuti Maal Hijrah aritu (Isnin) aku bawak family gi mandi manda kt wetworld....lepas gian nk main air...lama dh tak g sana...walaupun dekat...tp lalu aje...tk singgah pn...Last skali gi 3 thn lepas kot... tu pn join program student kolej Melati, MCC Club....

Semangat punye pasal, kuar rumah kul 9.30 lagik...tp, smpai2...org dh penuh...rupenye dia bukak kul 10.00 pg. So, kami jalan2la kt Tasik dulu....kul 10.00 my hubby dh stat q dah...pnjang giler barisan...tunggu punye tunggu, dh hmpir 45 minit...mcm tk gerak2 q tu....pastu tetiba dia bukak lg 1 kaunter kt tepi tu, ape lg...berebut2 semua g q kt situ plak..Akhirnya kul 11 pg brulah kami dapat masuk...total semua tiket rm126. 6 dewasa, 3 kanak2...

Masuk2, cari port baek sikit utk mak aku landing, semntara nk tgu anak & cucunya ni main air...& kami pn terjun dalam kolam tu...hehehe...(tp tkdela terjun pun, masuk je slow2)...main2 air dalam 2 jam...lps tu anak2 semua dh mengadu sejuk..so, dalam kul 12.30 semua dh siap salin baju....aku ingat nkla naik pelampung utk naik kt gelongsor tinggi tu ( tk tau apa nama dia)...tp tgk2 hr dh nk hujan...trus tk jd...lgpun ramai giler org dok beratur...tak larat aku...

So, kul 1 pm kami pn kuar dr situ utk gi lunch plak....
So, korang rasa berbaloi tk? Bayar smpai seratus lebih, tp main air 2 jam ajek? huhuhu....

Layankan gambar2 ni :

ms kt tasek s.alam...


apala yg diorang main ni...

barisan pnjang giler....

dh stat main air...

with Aasha with luv...

rs cam best jek berendam camni...

basahkan 1 badan...

nape sha?

enjoynye dia...

cik naiyu tgh ajar luqman berenang...


aasha dah sejuk...

syahmi berenang...

luqman pn blh tahan...

ma yg setia menunggu

mama nk naik benda alah  nilah...tp tk smpat...

dan akhirnya..smpai ke destinasi...

www.tips-fb.com

Sunday, November 27, 2011

Bila Malaysia Lawan Bahrain...

Huhuhu...sedihnye....baru je buat post demam bola...kali ni demam kalah plakla....pada awalnya Malaysia dah cantik leading 2-0. Ingatkan dah menang dh... Itulah, manusia mudah lupa....dalam masa 6 minit Bahrain dapat 3 gol!!! Sedih tak?   Huhuhu...aku sedih tau...sbb tgk Khairul Fahmi frust sgt sbb tk berjaya tangkap bola yg diGOL kan tu....yela, kalo dia dpt tngkap, mestila Bahrain tk dpt gol, kan? huhuhu....sedih skali lg....

Pastu rasa sgt terharu bila tgk penyokong2 Malaysia mcm semut membanjiri Stadium Bukit Jalil. Termasukla adik aku....dan bila Malaysia kalah...suasana stadium muram seketika....tapi takpe...kita kalah bermaruah...dapat 2 gol...siap leading lg....bukannya bwk blk telur ayam!

Oklah, dh malas nk ulas pnjang2...nape aku emo sgt ntah...mb sbb pemain2 handalan dr negeri asalku..Cik Siti Wan Kembang...sbb tulah kot...perasaan sbg penyokong semakin meluap2...mcm g sokong sukan zmn sekolah2 dulu....hehehe...

Oklah, sekian ulasan untuk kali ni....dr pengulas yg baru nak kenal dunia bola...

www.tips-fb.com

BILA DEMAM BOLA MENYERANG...

Selesai sudah FFM, Bola Sepak Sukan SEA, Separuh Akhir AJL 26 Minggu 1 & 2, & malam ni Bola Sepak kelayakan ke Sukan Olimpik LONDON, di mana skuad Harimau Muda akan menentang Bahrain....

Sebetulnya aku langsung tak minat bola...selama ni tak penah rasa nak tengok bola. Kalo hubby pasang channel bola kat tv, mesti aku rasa boring sangat...apala yg diorang tengok ni...dahla padang luas, dok berebut bola sebiji, pastu lama plak tu....tk sabar2 nk tungggu masa rehat sbb nk tukar channel lain....huhuhu....

Tapi sejak akhir2 ni, sejak dah pindah ofis baru, sejak ada ofismate baru yang minat bola, tiba2 rasa minat tu timbul....aku stat tgk bola masa Malaysia lawan Indon masa sukan SEA peringkat group aritu. Masa tu Malaysia menang 1-0. Then bila Malaysia lawan Myanmar, menang lagik...best plak tgk bola ni....& kemuncaknya bila FINAL SUKAN SEA aritu bila sekali lagi Malaysia bertemu Indonesia....siap rasa nk ponteng kelas sbb nk tgk bola punye pasal...tp aku masih rasional...pegi jgkla kelas...tp lecturer pn dh fhm, dia ajar cpt2...wpun topik aritu dijangka msk final exam nti, tp bola punye pasal...semua org kalut nk blk bila  jam dh tunjuk kul 9 mlm. Smpai2 umah, tgk my hubby & brother in law tgh tgk bola & aku trus join sekali. Melihat betapa sukarnya Malaysia untuk mempertahankan kemenangan....dengan aksi KHAIRUL FAHMI yang sgt profesional dgn peranannya sebagai penjaga GOL terbaik Malaysia setakat ini...lalu aku telah terjatuh 'cinta' dgn BOLA SEPAK! Di minit2 terakhir...sgt mendebarkan...tk penah aku sekhusyuk itu menonton BOLA SEPAK! Dan bila Badrul berjaya menjaringkan gol kemenangan masa penalti, aku turut terlonjak2 keriangan....hahaha...mcm ni rasanya org gila bola ek!....

Oklah, dan ms Malaysia lwn Syria Rabu lepas....dh agak dh yg Malaysia akan tewas bila tgk pemain2 Syria yg tinggi lampai & besau2. Tp tkpe, kami fhm yg skuad Harimau Muda masih penat...kan baru balik dr menewaskan Sang Garuda....so, kita tgu aksi mereka malam ni....semestinya di Astro Arena, channel 801....(hehehe...siap  promote lagik)...

www.tips-fb.com

Thursday, November 17, 2011

Senarai Lagu Separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26)

Sedar tak sedar Anugerah Juara Lagu ke-26 kembali lagi. Sebanyak 30 lagu berjaya ke peringkat separuh akhir AJL26 yang akan berentap pada 18 November, 25 November dan 2 Disember depan.

Berikut merupakan senarai 30 lagu berjaya ke peringkat separuh akhir AJL26. So, di kesempatan ini, saya nk buat ramalan lagu yang akan masuk Final dan seterusnya bakal merebut gelaran Juara Lagu 2011!!! (Tgk yg highlight merah ye)


1. Sungai Lui (Aizat / Aizat dan Anas)

2. Kisah Hati (Alyah/ Manusia Putih)

3. Ilusi (Adira/ Audimok)

4. Janji (Akim)

5. Awan Nano (Hafiz/ M. Nasir/ Budi Hekayat)

6. Menyesal (6ixth Sense/Gjie)

7. Maaf Dari Hati (Sofazr/ Mohd Atlas)

8. Aku Permata (Salma/ Taja/ Tun Teja)

9. Sedetik Lebih (Anuar Zain/ Edry Abdul Halim)

10. Di Penghujungnya (Iqa/ Edry Abdul Halim).

11. Bagaikan Bidadari (Tomok/ Aubrey Suwito),

12. Babak Pertama (Drama/ Ammar Habir/ Aepul),

13. Perpisahan Ini (1st Edition & Aizat/ Erol 1st Edition/ Jijo 1st Edition),

14. Pokok (Meet Uncle Hussain & Nubhan/ Taja/ Tun Teja)

15. Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hassan/ Ana Raffali/ Altimet)

16. Beribu Sesalan (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah/ Kevin Chin/ Tinta)

17. Cinta Teragung (Hazama/ Kuncidemak),

18. Cinta Muka Buku (Najwa Latif/ Ika Latif)

19. Bila Bertemumu (Shiha/ Ajai)

20. Muda (Hujan/ Noh Hujan)

21. Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol/ Boy Clifford)

22. Kurnia (Mizz Nina & Noh Hujan/ Noh Hujan)

23. Luar Biasa (Shahir/ Audi Mok/ Zelfirdaus)

24. Karma (Faizal Tahir/ Audi Mok)

25. Mata Hati (Nubhan/ Audi Mok)

26. Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque/ Monoloque)

27. Gadis Semasa (Yuna)

28. Cinta Matiku (6ixth Sense)

29. Penakut (Yuna)

30. Kisah Dongeng (Stacy/ Edry Abdul Halim)

Saya pun tk tau brp jumlah lagu yg akan masuk final ni. So, itu jelah yg saya rasa layak. Ini ramalan saya jelah...kalo betul tu kebetulan, kalo salah tulah jangkaan...hehehe...
www.tips-fb.com

Sapa Pernah Pegi UNITEN?

Salam semua, semalam saya ada lawatan ke UNITEN, anjuran Kolej Melati untuk lawatan benchmark 5S & Quality. Seramai 25 orang ahli rombongan ke sana menaiki bas UiTM.

So, setiba di sana, kami diberikan taklimat mengenai Fungsi Pusat HEP UNITEN. Selepas itu, diadakan sesi lawatan ke kolej kediaman. So, layankan gambar2 di bawah ni ye...
salah 1 slide taklimat

Pegawai UNITEN tgh bg taklimat
  
environment luar pejabat...rs mcm pegi bank plak...

welcome board...

label di luar ofis pegawai

gambar aktiviti pelajar


recycle bin

kaunter hep...panjang kan? mcm kaunter hospital

pintu nk msk ke Pusat HEP

Kaunter informasi

di foyer/ruang legar bangunan utama

kafe...ala2 restoran fast food...
 
suasana dalam bas...kecoh je...
 
laluan ke kolej

salah satu kolej kediaman

kotak penyimpanan kunci...kemas kan?
 
prepaid meter...student kt sana, byr elektrik pkai prepaid..
 
penyimpanan dokumen...sgt kemas
 
bilik single

meja study...selesa tk?

guard...India...perempuan lagik...

bangunan utama UNITEN

pandangan dari sisi
 
pndangan dr tepi...cntik kan?

di samping replika sampan...

souvenir yg kami dapat...sticky notes
Sekian sahaja entry saya kali ni....yg penting, kami telah dijamu dgn hidangan yg enak, sampai 2 kali makan...kenyang beb...tq to all UNITEN staff yg telah melayan kami dgn baik sekali... www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...