Pages

My Fan Club...jomla join...

Jom Klik

Thursday, December 21, 2017

MAMA DAN HANDBAG

Morning semua, hari ni mama rasa nak berkongsi sesuatu tentang perubahan lifestyle sejak join Tupperware Brands nih. Jom kita flashback 7 tahun yg lepas. Masa tu mama masih keja gomen. Taulah kan gaji keja gomen lepas tolak itu ini berapa je yg tinggal. Memang tak mampula nak beli handbag mahal waima walaupun yang berharga RM100 ke atas... kira mahal dah masa tu.. beg mama paling mahal pun RM70-80 je tu pun maybe setahun sekali atau 2 kali baru beli. Tu pun beli kat Uptown dan sewaktu dgnnya.. sedih kan... kalo gi shopping complex, memang tak masukla butik-butik Carlo Rino dsb sebab tahu beg kat sana kurang2 RM150 ke atas... memang tak mampu den😅...

Lepas buat Tupperware dalam tahun kedua iaitu 2013, mama dah mula rasa ada duit lebih untuk reward diri sendiri. Masa tu ada kawan satu ofis jual handbag Coach. Terus terang itulah kali pertama mama tengok dan pegang handbag Coach original. Sebelum tu memang tak pernah berangan pun nak pakai beg macam ni sebab memang tahu, tak mampu pun. So fikiran mama masa tu, tak payahla nak berangan, hihi. Ok berbalik pada cerita tadi, masa kawan mama bawak beg tu kebetulan sedara dia baru balik dari oversea, semua orang teruja bila tengok beg tu. Tapi bila tahu harga semua orang mengundurkan diri. Harga dia masa tu dalm RM400 lebih. Memang agak mahal bagi kami yang gaji bersih dalam 1-2k je sebulan. Tapi Alhamdulillah, nasib baik ada gaji extra bersama Tupperware, mama mampu beli walaupun bayar ansuran 2x..hihihi.

Masa 1st time pakai handbag mahal (masa tu), memang terasa satu kepuasan yg tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Rasa jakun pun ada. Maklumlah kita ni orang biasa-biasa je. Beg hantaran pun harga RM100 lebih je. Tu pun bayar pakai kad kredit. Ops! Masa tu, ramai kawan2 yg pesan, pakai beg jenama ni kena hati2, nanti boleh jadi perhatian orang jahat sebab mesti dia ingat org yang mampu pakai beg mahal ni, mesti ada duit banyak, dan macam-macam lagilah...memang lucu bila terkenangkan balik kenangan masa tu.

Tapi Alhamdulillah, selepas 3 tahun bersama Tupperware, mama dah mampu beli CASH handbag original jenama COACH, MICHAEL KORS, KATE SPADE, LONGCHAMP dsb. Dah mula belajar kenal brand-brand beg berjenama terutamanya GUCCI, LV, HERMES, PRADA dan banyak lagi... Tapi belum sampai tahap nak beli beg-beg tu sebab harganya MIN RM5K ke atas. Walaupun sekarang mama dah mampu, tapi rasanya belum sampai tahap nak keluarkan duit MIN RM5K untuk sebiji HANDBAG! Baik mama beli barang kemas, hihi... Tapi lepas-lepas ni tak taula kan..sekarang ni belum lagi. Setiap kali pegi trip ke negara-negara Eropah macam pegi PARIS, BARCELONA, GREECE, memang wajib kami masuk ke butik-butik handbag jenama mewah ni. Tapi setakat pegang, angkat, try dan akhirnya letak semula. Cukupla untuk dapat aura...hihi...

Ok, sekarang apa yang mama nak cerita, bukan keseronokan pakai handbag yg dulunya mama rasa sangat mahal, tapi keseronokan MEMBERI HANDBAG MAHAL KEPADA ANAK-ANAK TUPPERWARE! Sekarang, hampir setiap bulan kami mampu open challenge handbag berjenama CARLO RINO, SEMBONIA, LONGCHAMP dan juga COACH sebagai reward kepada anak-anak yang berusaha mencapai target/goal masing-masing. Seronok bila kita dapat berkongsi  rezeki dgn anak-anak yang sebelum ni macam kita dulu, hanya mampu tengok untuk pakai handbag mahal, tapi sekarang mereka mampu memilikinya bahkan SECARA PERCUMA SAHAJA! Indahkan bisnes Tupperware? Kami saling memberi dan menghargai.

Anda boleh tengok hampir setiap hari anak-anak update menerima hadiah dari kami dan hampir setiap hari jugak mama terima hadiah dari anak-anak walaupun sebenarnya mereka tak perlu pun memberi kepada mama sebab mama dah mampu beli semuanya. Tapi bila mereka rasa dihargai, mereka nak bagi hadiah walau sekecil-kecil benda sebab mereka tahu mama menghargai setiap pemberian anak-anak yang disayangi. Beginilah indahnya bisnes kami, saling menghargai dan memberi. Mama anggap semua anak-anak mama dalam Tupperware macam anak sendiri yang perlu dibimbing, diasuh, ditegur, dihargai dan disayangi. Sebab itulah anda boleh tengok keluarga kami semakin membesar dari hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Sale kami semakin grow walaupun keadaan ekonomi tidak menentu, walaupun banyak syarikat-syarikat gergasi ada yang gulung tikar, ada yang buang pekerja, tapi Alhamdulillah kami masih teguh berdiri dan berkembang kerana SATU BENDA je, KAMI JAGA HUBUNGAN!

Tapi dalam ramai-ramai followers, pasti ada haters. Itu memang tak dinafikan. Kita pun bukan manusia yang sempurna, serba kekurangan. So mama redha je dengan manusia yang macam ni. Kalau dalam diri ada sifat tak pernah berpuashati dengan apa yang dimiliki, dan tak boleh tengok orang lain lebih dari dia, mama buat baik macam mana pun dia tak akan nampak. So mama serah pada Allah SWT sahaja. Mama dah cuba buat yang terbaik semampu mama. Urusan seterusnya mama serah pada Allah.

Ok, sekian sahaja perkongsian hari ni, semoga bermanfaat. Jika ada yang berminat untuk menyertai keluarga besar kami, boleh wassap mama direct di 0123007313. Mama sedia membantu anda. Jumpa lagi dalam next post. Sharing is caring. MORE YOU GIVE, MORE YOU GET BACK! www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...