Semalam saya ada kursus Adobe Illustrator 1 hari. Masuk ofis tengahari tu, ada sampul dari FEDEX...What a surprise!!! Tengok-tengok ada sekeping cek dalam tu...sukenye saya...rezeki datang lagi....
Agak-agak ni saya dapat cek ape ye? Cer teka...cer teka...Nuffnang ke? Takdelah.....Acc nuff saya belum lagi sampai tahap banyak ni.....Churpchurp ke? Bukan jugak....
Actually, ni cek hasil claim untuk elaun hospital bg anak saya yang masuk wad akibat jatuh longkang aritu. Ingat lagi tak? Actually saya ingat dapat claim untuk sehari je, Rupa-rupanya dapat untuk 2 hari, RM200 sehari...yg selebihnya tu adela kos-kos yang saya perlu tanggung aritu yang diorang bayar balik....
Best tak jadi saya? Alhamdulillah...semuanya datang dari Allah SWT....kita sebagai hamba-Nya kena sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan-Nya. Bukan niat mau menunjuk-nunjuk, tapi mau share ngan kawan-kawan benefit ambik insuran ni.
Insuran ni sebenarnya dipanggil Multipurpose Insurance, bernaung di bawah Air-Asia. Mesti korang tak pernah dengar nama insuran ni kan? Saya pun baru first time dengar masa diorang call offer saya hari tu. Terus saya decide untuk ambik dan cover 1 family terus. So, apa yang dia cover sebenarnya?
Begini ceritanya : dia cover setiap seorang dalam family saya (5 orang) sekiranya masuk hospital, dapat elaun RM200 seorang untuk 1 hari. So, aritu sebenarnya anak saya masuk wad 1 malam sahaja, tapi dia kira 2 hari. Dapatla RM400 untuk elaun hospital tu. Pastu sekiranya berlaku kematian/ketidakupayaan kekal kepada salah seorang ahli keluarga, family akan dapat pampasan berjumlah RM200,000 bagi setiap orang. Tapi pasal ni, saya taknak highlightlah, mintak2 dijauhkanlah....tapi sekiranya terjadi apa-apa, keluarga kami ada perlindungan. Lepas tu kalo terjadi kemalangan, dia cover RM2000 seorang untuk kos perubatan bagi setiap kemalangan. Kalau total paralyse pulak, dia bayar RM260,000.000 bagi setiap seorang.
Banyak kan benefit dia? Tau tak berapa yang saya bayar untuk semua perlindungan tersebut? RM54 sahaja sebulan....Percaya tak dengan bayaran sebanyak itu saya boleh dapat perlindungan untuk keluarga pada tahap maksimum...
So, kesimpulannya, cuba tengok balik, kita ada tak ambik insuran untuk perlindungan keluarga kita? Saya ni segala jenis insuran saya ambik, Medical Card tu wajib, insuran untuk melindungi kad-kad kredit & kad-kad bank pun ada saya ambik, Insuran untuk cover sekiranya berlaku kecurian, rompakan dalam rumah pun saya ambik jugak. Untuk perlindungan penyakit/kanser pun ada saya ambik. Kebanyakannya ni semuanya untuk cover satu family. Sebab kita tak tau musibah akan menimpa siapa di dalam keluarga kita. So, kita harus bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Sebab tulah saya ambik semua insurans ni. Bil setiap bulan tak payah cakaplah. Tapi itu semua boleh dicari asalkan keluarga kita mendapat perlindungan pada tahap maksimum.
Sapa sokong saya? Sila angkat tangan....
9 comments:
setuju sgt tu, mmg kena ada insuran utk keluarga
dia bayar RM260,000.000 bagi setiap seorang.--byk tu...RM260 juto ko apo tu....hehehe
RM54 utk 1 family jek sebulan...murah sgt doh tu ngan apa yg dia cover....huhuu..menarik2....tk de lg utk family..ada yg individu jek ni...
wahhh bagus sgt insuran nih cover 1 family tapi byran bulann rendah..kta nye plak memang amik tapi indiviudal..tuk anak2 amik pudential bsn ..diri sndiri ing hubby maybank..hee
ada offer lg tak insurance 54 ni :p
bestnya tetiba rezeki dtg mcm tu kan
mamasyaza : ye betul mamasyaza...insurans tu mmg pnting skrg ni kan?
keyyoe : tu mksud dio RM260 ribu seorang utk ahli keluarga yg paralyse...hehe...ambkla utk family...sakit blh dtg bila2 masa...
amiey : bila ambk asing2 camtu jd mahal la skit kan? tryla call sbb dia wat promotion melalui phone call jek aritu. ni no dia 0321719229.
mamasue : mmg best mamasue...bolehla buat menampung mana yg tk cukup...
bagus jugak tu tapi hubby dah amik plan insurans dgn company dia dan cover satu family. hr tu rm10K kat demc, seb baik free jer.
sokong..tp la ni ssh nk dpt insuran camtu..kalo 54 tu ok dah sangat
Thank yоu а lοt for shaгіng thіѕ with all pеople you
actually realize ωhat you arе talκing
арρroxіmately! Bookmarked.
Kindlу alѕo consult with mу site =).
We cаn havе a hуρerlink trade agrееmеnt among uѕ
Fеel free to ѕurf to my site; Instant Payday Loans
Veгу nice ρoѕt. I just ѕtumblеd upon your blog аnd wаnted to say that Ӏ have really enjoyed bгowѕіng your blog postѕ.
In any case I ωill be subѕcribing tο your rss feed and I hope yоu write
again very ѕoon!
my web page - Same Day Payday Loans
Post a Comment