Pages

My Fan Club...jomla join...

Jom Klik

Wednesday, September 28, 2011

First Time wat Open House - I Masak Sendiri Tau...

Salam....Sabtu lepas saya ade wat open house kat umah. Sempena raya dan kesyukuran di atas rezeki kurniaan Allah. Tapi takdela open sangat sebenarnya...jemputan terhad jugakla sebab bajet pun ciput aje....So, kepada kawan2 yang tak dijemput tu, maafkanlah patik pacal yang hina ini....huhuhu...Lenkali kalo ade bajet besar, saya jemput semua kawan2 saya ye....

So, kali ni majoriti menu saya masak sendiri tau...2 hari sebelum  tu dah start beli barang dah...pegi Giant, Tesco, Pasar Malam dsb. Hari Jumaat malam tu dalam kul 9 dah start masak dah. Mula2 saya wat agar-agar santan. Sambil-sambil tu rebus ketupat nasi. Lepas tu masak rendang daging plak. Goreng keropok, masak air gula...dan kemas2 rumah apa yang patut. Tapi saya dibantu oleh seorang kakak dari Indon yang baik hati. K Shanti namanya. Memang diala yang selalu saya panggil untuk kemas rumah. So, ringanla sikit kerja saya.

Esoknya, pagi2 lagi dah bangun masak spaghetti. Pastu mintak K Shanti gorengkan nugget. Kul 11 pagi, my hubby dah bawak balik sate yang ditempah khas...400 cucuk semuanya. So, kul 12 tgh spt yg dirancang, semua makanan dah siap dihidang. Jangan marah ye, agar-agar saya kaler hijau. Air pun kaler hijau (air pisang). Pewarna untuk air ni saya import khas dari Klate. So, kalo ade orang yang fanatik biru tu, jangan fikir yang bukan2 lak...saya ni neutral sebenarnya...hehehe....

So, layanla gambar-gambar yang sempat disnap hari tu. Tetamu yg datang ramai gakla. Adala dekat 60 orang.

Sate Ayam,  Nasi Impit, Tembikai...

Rendang Daging, Spaghetti, Nugget, Agar-agar Santan

Spaghetti Mushroom...special tau...

ni plak bhg keropok, biskut raya dan air...

ni la semua menu yang dihidangkan...
Tetamu yang paling awal datang, Nurul Haiza, my BFF..

Gambar berdiri lak...
Tetamu kedua awal...Faridah Aryanti

Hubby Faridah tgh sembang dgn my hubby

Shahizan...tetamu ketiga..dtg dgn Zaid...
Ni lak tetamu keempat...Along ngan Zura...

Tetamu lepas2 tu, dah tak sempat nak ambk gambar sebab dah ramai sangat....

So, hari tu sampai malam jugakla tetamu datang....terima kasih kepada semua tetamu yang tiada dalam gambar ini yang sudi datang ke rumah saya hari tu terutamanya kepada Hadi & Siti, Ezabarena & Suami, Siti Hamidah & Ijat, Din & Nurul, Poji & Nini, rakan2 PPP : K Suzana, Nurul, K Audah, Shahril & kepada Dr Norzanah, walaupun puasa tetap datang memeriahkan majlis dan bagi duit raya kat anak2... K long & Abg Man, K Jae & Faruzi, Najib & Na, tak lupa juga kepada adik2 saya, Dann & Amin yang datang awal lagi dll....Thank you very much to all of you... www.tips-fb.com

2 comments:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

wahhh kagummm ... msk sendiri tue ;-)

niniezane said...

hehe...adela sikit2...masak yang senang2 je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...