Pages

My Fan Club...jomla join...

Jom Klik

Monday, October 23, 2017

EPISOD 2 : MENCAPAI KEBEBASAN MASA & KEWANGAN

Setelah melalui rutin harian yg sangat padat, saya rasa tak mampu lagi nak buat semua benda serentak dalam satu masa. Saya perlu buat pilihan.. Bermula dgn income pertama bersama Tupperware sebanyak RM79.58, ia bertambah menjadi RM600, RM1000, RM1500 & naik lagi setiap bulan. Setiap 2-3 bulan sekali saya naik pangkat. Dalam masa yg sama dapat reward dari HQ & Upline. Saya rasa sgt seronok berada dlm bisnes yg sentiasa naik pangkat, naik gaji & sentiasa dapat penghargaan. Maka dgn itulah saya decide untuk melepaskan satu demi satu komitmen saya pada ketika itu. Suami memang memainkan peranan penting dalam proses saya membuat keputusan penting dalam hidup kami.

 Yang pertama saya decide untuk berhenti belajar part time degree. Masa tu saya masih ada 9 subjek utk dihabiskan yg mungkin ambik masa 1 thn setengah hingga 2 tahun. Saya ambik degree untuk masa depan yg lebih cerah di pejabat kerajaan. Tapi kalau saya boleh mencorakkan masa depan yg lebih baik bersama Tupperware, kenapa saya harus tunggu? Kebetulan masa tu memang saya sedang cuti bersalin anak ke 4, jadi saya ambil keputusan untuk terus berhenti. Lecturer tanya saya banyak kali betul ke keputusan yg saya buat ni sebab actually saya boleh je ambik cuti seberapa lama yg saya nak & bila dah bersedia baru sambung balik. Tapi masa tu hati sudah nekad, keputusan sudah bulat. Lagipun gaji bersama Tupperware sudah mencapai RM3K++ sebulan melebihi gaji kerja hakiki saya selama 10 tahun masa tu. Ok settle bab belajar.

Kemudian satu lagi keputusan yg besar perlu dibuat kerana ia melibatkan tempat tinggal tempat kami berteduh selama bertahun2. Saya tinggal di kuarters secara percuma kerana saya menjadi pegawai kolej. Tapi tugas sbg peg kolej amatlah besar & berat krn saya ada bnyk tugas2 lain jgk utk dilunaskan. Saya rasa tak mampu dah nak cope dgn semua tugas yg diberikan. Daripada saya buat kerja tapi hati tak berada di situ, baik saya lepaskan tanggungjwb kpd org yg lebih layak. Jadi untuk melepaskan tugas tersebut kami perlu keluar dari rumah itu dan menyewa sendiri di luar. Walaupun masa tu dah ada 2 buah rumah sendiri, di mana salah satunya kami bagi staf duduk. Dan satu lagi agak jauh iaitu di Meru. Disebabkan school anak di Sek 3 & 4, kami decide utk menyewa di Sek 7 Shah alam dgn byrn sewa RM2K sebulan. Anda rasa kami mampu tak? Alhamdulillah dgn Tupperware kami mampu😙.

Bila dah lepaskan 2 komitmen besar, tinggallah 1 komitmen yg lagi besar iaitu kerja hakiki sbg Pen Peg Teknologi Maklumat Kanan. Memang saya amat sayangkan jawatan itu lebih2 lagi jawatan kanan tu mmg menjadi igauan semua orang. Bukan senang saya nak dapat. Tapi senang2 pulak nak lepaskan. Tapi masa tu gaji bersama Tupperware dah cecah RM30K, baru je bukak stokis & saya sangat diperlukan di stokis utk menguruskan sendiri perniagaan kami. Jadi saya decide utk ambik cuti tanpa gaji selama 8 bulan (maksimum kelayakan masa tu). Bila dah stat cuti, saya semakin sibuk. Dalam tempoh bercuti itulah kami rank up ke Presidential Director. Anda rasa kalau saya tak lepaskan semua komitmen tadi kami dapat naik PD secepat itu tak? Mesti tak kan.. so untuk mendapat sesuatu saya mesti korbankan sesuatu. Dan akhirnya bila cuti dah hampir habis, kami decide untuk melepaskan jawatan sbg penjawat awam di mana pada masa itu papa memang dah berhenti kerana ingin fokus dalam bisnes beliau sendiri.

Itulah sedikit sebanyak pengorbanan2 yg terpaksa kami lakukan demi untuk mencapai kejayaan hari ini. Mungkin ramai yg kenal kami sudah di tahap sekarang. So hari ni saya bercerita untuk anda tahu yg kami pun bermula dari bawah jugak. From Zero To Hero💪💪
Bersambung Episod 3. Nak lagi tak?
www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...