Pages

My Fan Club...jomla join...

Jom Klik

Thursday, November 17, 2016

CATATAN BUAT SEORANG ANAK

Mama coretkan catatan kali ni khas untuk anakanda sulung mama, Muhammad Haikal Syahmi bin Mohd Norkamarulezane yang baru dapat Result UPSR hari ni. Mama tau Syahmi kecewa dengan result yang Syahmi dapat sebab maybe Syahmi target ada subjek yang Syahmi dapat A. Tapi akhirnya Syahmi hanya dapat 3B, 1C, 2D. Apa-apa pun mama tetap bersyukur sebab Syahmi tetap lulus dalam semua matapelajaran cuma nak pegi ke sekolah Sek Men Agama Tun Ampuan Jamaah di Seksyen 11, Shah Alam dah tak tercapai sebab dah tak cukup syarat. So syahmi sekolah dekat rumah kita jela ye. Sekolah Seksyen 7 ni pun bagus jugak. Ramai je pelajar cemerlang dari sekolah tu. Semuanya bergantung pada kita nak belajar ke tak. So, mama harap keputusan hari ni banyak memberi pengajaran kepada Syahmi dalam menghadapi hari-hari mendatang. Kena usaha lebih lagi untuk lebih cemerlang dalam hidup. UPSR hanyalah permulaan, lepas ni ada PT3 dan SPM plak. Kena fokus start dari Tingkatan 1 lagi ye. Belajar dari kegagalan.

Hari ni mama nak cerita sejarah silam mama dulu. Masa Darjah 6, memang mama pelajar cemerlang di sekolah, mama antara 4 orang yang dapat 4A masa tu. Mama aktif, semua aktiviti mama masuk. Nasyid, Tahfiz, bersajak, bercerita, menyanyi, syarahan dan banyak lagi. Kebanyakannya mama jadi juara. Sukan pulak mama main bola jaring, olahraga, semua wakil sekolah. Mama pengawas sekolah, ketua itu, ketua ini namun Alhamdulillah result UPSR mama cemerlang walaupun sibuk dengan macam-macam aktiviti kokurikulum. Maklumlah sekolah kampung je, tak ramai yang menyerlah. Tak ramai yang pandai-pandai sangat macam budak-budak bandar yang Syahmi lalui sekarang.

Tapi mama faham walaupun Syahmi tak aktif koko, result pun tak berapa cemerlang, tapi Syahmi ada kelebihan lain. Kalo tak takkan Syahmi dapat ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI tempohari. Dalam ramai-ramai pelajar, Syahmi yang terpilih. Pasti ada sesuatu yang istimewa di mata cikgu pasal Syahmi. So kekalkan sifat baik tu ye. Always be a good boy ok..mama tetap bangga dengan Syahmi.

Bila naik sekolah menengah, mama berjaya ke sekolah idaman mama, SMKA NAIM LILBANAT. Bila masuk ke sekolah ni, cabaran pun bermula. Kawan-kawan baru semua pandai-pandai belaka. Agak sukar untuk mama bersaing. Bila masuk asrama, hari-hari mama mengantuk dalam kelas sebab tak dapat lagi sesuaikan diri dengan jadual di asrama, Ada prep, waktu makan dan solat semua kena ikut jadual. Kena disiplin. Tapi Alhamdulillah, dari kelas ketiga masa Form 1, mama naik kelas kedua masa form 2 dan akhirnya kelas pertama masa form 3. Actually result mama takdela cemerlang sangat, tapi lebih kepada bernasib baik. Sebab setiap kali exam akhir tahun, result mama naik, so nama mama terselit jugak untuk masuk ke kelas yang lebih atas. Itu namanya rezeki.

Masa PMR, walaupun dok kelas pertama masa form 3, result mama takdela cemerlang dapat straight A's untuk semua subjek. Mama dapat 5A je pun daripada 9 matapelajaran. Tapi, sekali lagi nasib menyebelahi mama, mama berjaya masuk ke kelas Sains, kelas pertama, Ummu Habibah. So jumpa balik dengan kawan2 masa form 3 yang tak pindah sekolah. Perjuangan mama untuk SPM sangat tough sebab mama sangat aktif di sekolah. Mama Pengawas Perpustakaan, AJK Tertinggi Asrama, Ketua Briged Bakti, Ketua Rumah Kuning, wakil sekolah untuk macam2 acara sukan, kawad kaki dll lagi. Dan keaktifan mama tu sangat memberi kesan kepada result SPM mama sebab hampir setiap hari mama mengantuk bila cikgu mengajar di kelas, so takleh nak fokus, susah nak faham dan akhirnya result SPM mama hanya dapat 23 agregat sahaja, pangkat 2 je you... tapi walaupun begitu, mama tetap tercalon untuk terima hadiah pelajar terbaik mungkin sebab sumbangan mama untuk aktiviti kokurikulum.

Lepas tu, mama ditawarkan untuk menyambung pengajian ke UiTM dalam kursus Pra Sains di UiTM Arau, Perlis. Masa Pra ni, mama tebus semula result mama masa SPM. Mama tak join pun apa-apa aktiviti kokurikulum kecuali yg wajib je. Mama fokus belajar & akhirnya berjaya dapat 3 pointer dan ditawarkan sambung ke Diploma Sains Komputer. 3 tahun mengambil diploma akhirnya mama berjaya grad dengan result 3 pointer jugak. Alhamdulillah... so mama dah buktikan, kalo kita nak, kita pasti dapat. Kegagalan silam bukan penentu kejayaan hidup kita esok hari.

Selepas itu, mama ditawarkan belajar kursus Bahasa Inggeris di Kolej EDI, Taman Melawati, KL. Sepatutnya kursus itu selama 6 bulan. Tapi, selepas 2 bulan, mama ditawarkan bekerja sbg Pen. Peg. Teknologi Maklumat di UiTM Shah Alam. Di situlah bermulanya kerjaya mama sebagai seorang Programmer di UiTM. 7 tahun bertugas di Bhg Hal Ehwal Pelajar banyak mengajar mama bagaimana untuk berurusan dengan orang-orang kenamaan, protokol, korporat dan sebagainya. Selepas 7 tahun, mama mintak tukar ke Pejabat Teknologi Maklumat. Di situ barulah mama betul-betul menjalankan tugas sebagai seorang Programmer sebenar, bermain dengan coding, syntax error dan sebagainya menjadikan mama sedar bahawa bidang ini bukan untuk mama. Bukan ini yang mama cari dalam kerjaya, bukan minat mama. So, perlahan-lahan mama buat bisnes online, dari blog pertama paradigmaresources.blogspot.com. Macam-macam mama jual, foot patch, baju tidur kanak2, kasut kanak2, cadar, jam dinding, tudung bawal, tudung maira, tudung znz dan banyak lagi. 

Akhirnya lepas 3 tahun baru mama jumpa dengan produk Tupperware Brands. Bila dah bermula dengan Tupperware, mama mula fokus kepada hanya 1 produk. Bila dah nampak banyak peluang kejayaan, hidup pun mula berubah, mama decide untuk lepaskan komitmen satu persatu. Bermula dengan berhenti sebagai pelajar part time degree, lepaskan jawatan sebagai Peg Pembangunan Pelajar di kolej dan akhirnya terpaksa lepaskan jawatan sebagai Pen. Peg. Teknologi Maklumat Kanan di UiTM yg sudah 12 tahun mama sandang! Memang ia satu keputusan yang sukar tapi untuk mendapatkan sesuatu, kita kena korbankan sesuatu.. mama bukan tak pernah gagal, banyak kali gagal dalam bisnes sebelum berjumpa dengan Tupperware, tapi mama tak pernah putus asa. Sentiasa mencari dan mencari, produk demi produk sehinggalah bertemu dengan yang betul-betul bertaut di hati.

Yang penting kita jangan cepat mengalah, jangan berhenti berusaha, istiqomah, konsisten dan fokus. Itulah yang mama nak Syahmi belajar. Mama dah 36 tahun hidup di muka bumi ini, dah melalui macam-macam pengalaman dan masalah, macam-macam ragam manusia, yang mengutuk, yang membenci, yang mengata, yang tak puas hati, semua ada. Tapi kita kena cekal dan teruskan usaha untuk mencapai kejayaan. Kena abaikan semua perkara-perkara negatif.

Dan hari ni Syahmi, mama dah buktikan yang mama boleh berjaya walaupun dulu pernah gagal, result SPM tak cantik sangat, tapi mama berjaya bina kembali hidup dan menjadi seperti hari ini. sudah tentu dengan sokongan penuh dari Papa dan dengan izin dari Allah SWT.

Allah sentiasa bersama hambanya yang sabar dan sentiasa berusaha untuk mencari keredhaan-Nya. Sentiasa berharap kepada-Nya seiring dengan usaha yang berterusan. Kesimpulannya, mama percaya Syahmi akan berjaya seperti mama & papa jugak satu hari nanti. Jadilah anak yg soleh yang boleh membahagiakan mama & papa. Jaga akhlakmu, jaga solat, jaga perasaan mama & papa Insyaallah hidupmu diberkati. Setiap langkahmu pasti dengan iringan doa dari mama & papa.

Sekian dulu untuk kali ini, sampai berjumpa lagi dalam next entry.. 
www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...