Sape penah baca novel Ombak Rindu? Saya!!!!....Actually saya ni peminat novel dari zaman sekolah rendah, menengah, universiti sampailah dah beranak-pinak ni pun hobi tu masih ada...Kalo dulu saya pinjam je dengan kawan2, sedara-mara, tapi sekarang kena beli sendirilah sebab dah keja & ade duit sendiri, kan?
Antara novel glamer yang pernah saya baca dulu, Badai Semalam. Novel ni rasanya masa zaman saya sekolah rendah lagi. Kakak pinjam kawan dia punye kot. Pastu saya suka baca novel penyiasatan macam Enid Blyton dll...novel ni selalunye memang ada kawan saya kat sekolah rendah dulu rajin beli & kami pinjam kat library sekolah. Kalau nk imbas kenangan zaman kanak2 ni memang bestlah. Siap bertanding sapa paling banyak baca novel....tersenyum sendiri kalo diingat2....
Masuk sekolah menengah, saya dah stat baca novel cintan cintun....apalagi kalo bukan siri Budak Setan dari Ahadiat Akashah dan novel2 cinta yang lain...Rasanya dah berpuluh2 novel kot saya baca. Masing2 beli, pastu tukar2. Sampailah saya nak SPM, dah sibuk nak exam & aktiviti kokurikulum yang lain, dah tk sempat nak baca novel dah...then sambung balik masa cuti after SPM....
So, novel Ombak Rindu ni saya baca masa lepas SPM tulah kot...dah tak ingat tahun bila...citernye memang best. Mengisahkan Izzah yang dianiaya pakciknya dengan menjadikannya pelacur untuk melangsaikan hutang-piutangnya. Kemudian, Izzah diselamatkan oleh Hariz dan dijadikan 'isteri', tetapi pada pandangan mata kasar orang ramai, adalah sebagai perempuan simpanannya. So, konflik berlaku bila Hariz perlu berkahwin dengan Mila Amylia, seoranag model demi memenuhi kehendak ibunya, Datuk Sufiah! Bagaimana Izzah menghadapi segala cabaran dan liku2 hidupnya? Dapatkan novel ni di pasaran sekarang!!! Cheewah, promote plak...hehehe...
Actually, Ombak Rindu adalah salah satu novel kegemaran saya. Dan bila saya dapat tau yang novel ni akan difilemkan oleh Sutradara Osman Ali dan pelakonnya pulak Maya Karin yg memegang watak Izzah, Aaron Aziz sbg Hariz & Lisa Surihani sbg Mila Amylia....terus berdebar2 menunggu bilakah filem ni akan ditayangkan di pawagam! Tambahan pulak hasil arahan Osman Ali memang tidak mengecewakan....pernah tengok Anak Halal? Cun? semuanya itu hasil kerja & arahan Osman Ali....dan Osman Ali memang sinonim dengan Maya Karin. Setiap filem arahannya mesti ambik Maya Karin sebagai pelakonnya...memang dah serasi kot...
Apa2 pun, kita sama2 tunggu tayangan filem Ombak Rindu ni di pawagam pada 1 Disember nanti...tak sabar2 plak rasanya...
Anda peminat tudung? Dapatkan koleksi tudung Annisa di sini...
4 comments:
yup betul ombak rindu mmg best. baca novel dia je pun dah cukup buat hati berdebar2
ooo...ad pernah baca novel ni....ingat tak ingat dah jalan cerita dia....tapi novel ni memang best.....ad jarang baca novel....ad just akan baca bila adik ad yang macam wan....suka baca novel kata best....
wow..sis datang dgn promo ombak rindu..ombak rindu memang best....saya pon dah baca novel 2 tp dh lama sangat zman sekolah...
mamasyaza: memang best kan? setiap detik mmg penuh debaran...
ad: bacala semula ad..blh imbas blk kenangan lalu...hehehe...
rania :aah kan...mmg novel ni zmn kita sekolah2 dulu...nt lehla baca semula...
Post a Comment