Aku tk tau nk mula dr mana...tp start2 arwah skt lbh krg 2 bln lps...ms tu dia ngadu cpt penat, sakit dada...batuk2...jln skt, terasa lelah....tp masih gagah ke tpt keja, pantau pekerjanye wat keja...ade 1 rumah yg perlu disiapkan...tk jauh dr rumah....rumah yg sgt besar bg org2 kg mcm kami....4000 kaki persegi....betul ke eh? Kalau aku silap...tlg maafkan...tp itulah buah tgn terakhir arwah sblum beliau mula sakit2 yg lbh teruk....
Slps 2 minggu beliau mengadu sakit2, adik aku yg no 4 pulang ke kg, bertujuan membawanya ke hospital bg pemeriksaan lanjut...nk hrpkan dia pegi sendiri, mmg tk pegilah jwbnya, maklumlah org tua....dia ingat sakit skt2 shj....So, adik aku bwk dia ke Kota Bharu Medical Centre, sebuah private hospital di Kota Bharu. Bukannya apa, nk tggu Hosp Kerajaan, tkt lama sgt kena tgu...so, wat medical checkup kt sana, kena masuk wad 2 malam...bilnye...biaselah, ribu rabanla jgk...so, kami kongsi adik-beradik...bnykla ubat dibekalkan...2 minggu slps tu, sepatutnye ada rwtan susulan kt KBMC jgk, but kami decide utk arwah ke Hosp Kerajaan shj iaitu ke HRPZII di Kota Bharu memandangkan sepupu aku menjadi doktor di situ, senang dia nk pantau....dkt situ, masuk wad lbh kurang seminggu....ms tulah aku blk sorang2 ngan flight hr tu....
Dlm tempoh seminggu slps keluar wad, arwah mcm dh ok sket. Boleh gerak, gi toilet sendiri, makan pn masih lalu, cuma dia cpt penat kalo bergerak bnyk2...ms ni, doktor tk boleh sahkan lg yg beliau sakit ape...tapi suspek Kanser Paru2...kesan drpd penyakit TB semasa mudanya. Masa aku call, arwah ade mengadu tk boleh tidur, tk brp lalu makan...so, agak risau, tp tk dpt membantu ape2, hanya mendengar dan bg nasihat skit2 setakat yg aku tau...maklumlah dok jauh...
Dalam tempoh seminggu lepas itu, iaitu hujung minggu lps, 2 adik lelakiku yg no 5 & 7 balik dan maklumkan yg keadaan arwah dah teruk, tk lalu makan, badan dah kurus kering, tinggal tulang sahaja....kami adik-beradik dah mula risau...so, pd hari Wesak yg lepas, kami bersms & call adik-beradik pakat2 nk blk...CUTI KECEMASAN...We dah tenat!!!...
So, aku bertolak tgh mlm hari wesak tu...dan ms dlm perjalanan pg esoknye...adik aku bgtau yg arwah terpaksa dimasukkan ke wad semula kerana keadaan beliau dh terlalu lemah. Bapak saudaraku call ambulan utk dtg ambik & terus masuk ke Wad Kecemasan....sesampainya aku di hospital lbh kurang jam 12 tgh...beliau dh ditempatkan di Wad Mahsuri, tg 3, HRPZII...terus bergegas ke situ....saat setibanya aku di sana....perasaan sebak mula menyelubungi diri...keadaan arwah dh sgt berbeza drpd apa yg aku lihat semasa blk tempohari. Dgn bdn yg sgt kurus, hampir tinggal tulang shj, muka yg sgt cengkung, plg ketara, mata & hidung yg sgt berbeza....seolah2 aku tk kenal lg arwah...hanya Yaasin peneman di kala kesedihan dan sebak melihat keadaan beliau...
Rabu,18 Mei - Doktor mengatakan, keadaan pernafasan beliau dh tk cntik, hrp keluarga dpt bersedia sekiranya terjadi apa2 yg tk elok....air mata hmpir berguguran lg....malamnya abang sulungku sampai. Kami bergilir2 menjaga arwah. Pagi esoknya kakak sulungku pula tiba bersama keluarganya...terus menziarahi arwah pd jam 4 pg!!!
Khamis, 19 Mei - Abang & isterinya ke hospital menggantikan adik2 & ibuku yg menjaga beliau pd mlmnya...tgh hingga mlm pula, kakak & adik perempuanku yg no 4 pula menjaga bersama nenek saudara kami. Malam itu, kami buat sembahyang hajat di rumah. Pkl 11 mlm, abangku bersama isterinya ke hospital lg bg menggantikan kakak & adikku yg menjaga mereka dr tghari. Tetamu pn rmai yg dtg melawat beliau...saudara-mara, sahabat-handai, kenalan, semua dtg berziarah. Tp sayangnya beliau dh tk sedar & dh tk dpt bercakap lg pd waktu itu...
Jumaat, 20 Mei - Aku bersiap2 utk ke hospital menggantikan abangku bersama adik lelaki & ibuku pula. Kami sampai di sana jam 9.00 pg...Selepas abangku & isterinya balik, keadaan arwah dh tk brp stabil, bunyi pernafasannya semacam ada kahak di dalam tekaknya. Kami suruh nurse sedut, tp sebenarnya tiada apa2 yg dpt disedut. Hanya angin shj. Nurse ckp mngkin bunyi itu dr dlm dada beliau. Tk lama kemudian, aku lihat dia bernafas, tercungap2 tanpa mengeluarkan suara, dan matanya terbuka luas memandang ke atas. Aku dh rasakan sesuatu yg pelik sdg berlaku, terus panggil nurse di situ. Bila nurse check, tiada respon diberikan. Terus beberpa org nurse dtg membantu bersama beberapa org doktor....berbagai-abagai alat digunakan, check tekanan darah, check nadi, jantung, bg oksigen dsb...tp aku tgk semua mesin itu sudah tidak memaparkan sebarang bacaan lagi....tp mereka terus berusaha memberikan rawatan terbaik bg menyelamatkan ayahku...Akhirnya, beliau menghembuskan nafas yg terakhir di depan kami semua....Innalillahiwainnailaihiroojiuun....
Suasana sedih dan sebak menyelubungi seluruh wad itu dgn tangisan kami anak-beranak. Apa yg pasti, aku bertuah kerana dpt bersama beliau hingga ke saat yg terakhir bersama ibu dan adik lelakiku. Beliau meninggal juga pd hari yg baik, iaitu hari Jumaat, waktu yg baik iaitu sebelum Jumaat dan yg pasti di depan mata ibuku sendiri....
Kami semua redha dgn pemergiannya...dlm ms sebulan sahaja beliau betul2 sakit dan Allah telah mengambil nyawa beliau dlm keadaan yg begitu terhormat sekali... Mayat beliau telah dpt dibawa pulang sebelum Jumaat dan kami menyempurnakan jenazah beliau slps Asar.
Apa yg mengejutkan, begitu ramai org dtg untuk Solat Jenazah sehingga penuh seluruh rumah sehingga ke atas tangga...mungkin 100 org lebih. Duit sedekah yg hanya disediakan utk 70 org yg sepatutnya tidak cukup jd terlebih sbb rmai yg tdk mahu mengambilnya kerana mereka dtg dgn niat ikhlas utk solat jenazah utk arwah...Kami sgt bersyukur...proses memandi, mengafan & dan mengebumikan beliau juga berjalan lancar...
Pada malamnya, sebenarnya kami tidak menjemput org luar utk dtg tahlil krn berniat utk buat anak-beranak shj krn semua sudah letih utk memasak mkn yg bnyk...tetapi juga tidak disangka2, tetamu yg hadir ckup rmai sehingga memenuhi seluruh ruang rumah walaupun tidak berjemput dan makanan yg dimasak utk 50 org mmg betul2 mencukupi utk semua yg hadir...syukur Alhamdulillah...sesungguhnya Allah maha mengetahui....
Begitu juga dgn esoknya, org tidak putus2 dtg berziarah sehingga ibuku tidak smpat makan dan minum...spt ada kenduri pula...maklumlah arwah ramai kenalan dr jauh dan dekat....untuk majlis tahlil malamnya juga, seluruh rumah dipenuhi oleh jemaah lelaki yg mungkin mencapai 70 org. Laksa yg dirisaukan tidak cukup jd berlebih pula...
Kami bersyukur di atas rahmat yg Allah berikan sepanjang menyempurnakan jenazah arwah sehinggalah mengadakan tahlil. Kunjungan tetamu yg tidak putus2 dgn sumbangan ikhlas yg tidak berbelah bahagi... Syukur Alhamdulillah. Dalam tempoh 40 hari berkabung, nasib baik 2 adikku dalam tempoh cuti semester. Jd tiada masalah bg kami yg berkeluarga utk meninggalkan beliau. Lagi pula kami akan bergilir balik ke kampung bg menjenguk ibu.
Semoga roh arwah ayahanda W SEMAN W ALI, dicucuri rahmat oleh-Nya dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.....AMIN, AMIN YA RABBAL AALAMIN...AL-FATIHAH...
16 comments:
salam NINIE..salam takziah dari k.atie.Semoga roh ayahanda ninie ditempatkn dlm golongan org2 yg beriman.bykkan bersabar dlm menempuh ujian dr ALLAH ini.luangkn masa yg byk tuk ibu trcinta yg pasti amat terasa kehilangan insan yg selalu disampingnya berpuluh2 tahun.
shahdu ayu baca entry ini..
besar prngorbanan kalian pada ayahanda tercinta..
pergi beliau dgn keadaan yang sangat2 berpuas hati,,
semoga arwah ditempatkan dalam golongan org2 y beriman..
tabah ya....dan salam takziah utk ahli keluarga kamu atas pemergian ayahanda tercinta...
al fatihah, atas roh arwah w.seman w. ali..
salam..
takziah yer kak..
semoga rohnya ditempatkan bersama org yang beriman..amin
k atie : terima kasih bnyak k atie...Insyaallah, cdg nk bwk ibu dok ngan ninie lps berkabung...
ayu : terima kasih bnyk2 ye Ayu...Alhamdulillah, dia pegi dgn tenang...kami adik beradik semua dh blk..tk perlu nk tgu sape2 dh...
fara : terima kasih fara...Aminn...
takziah..semoga roh arwah ditempatkan di tempat org2 beriman
mamasue doakan semoga roh arwah ayah wan dicucuri rahmat dan semoga ia ditempatkan bersama-sama orang2 yang dikasihi Allah SWT.sentiasa doakan Al-fatihah selepas solat,sebelum tidur dan apabila kita terigtkan beliau,hanya itu shj yang menjamin kita sebagai anak yg solehah.
salam takziah..
saya ada baca pasal entry awak balik sorang2 ke kb tu..
moga roh arwah ditempatkan bersama2 orang yang beriman...ami
Al-Fatihah .Takziah buat wan sekeluarga.moga tabah menghadapi dugaan ini.mati itu pasti..
salam takziah daripada saya..semoga roh arwah dicucuri rahmat..
alfatihah..moga rohnya dicucuri rahmat...aminn
Salam Rosni, takziah...baru tahu pagi tadi..moga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman..~lela~
takziah kerne pemergian arwah ayah.moga di letakkn di antara org beriman
Salam takziah kak wan,semoga arwah ayah tenang dan ditempatkan dikalangan orang2 yang dimuliakan.Sedih sgt baca entry ni..sebak..semoga kak wan n keluarga tabah menghadapi dugaan.
takziah dari sy...bykan bersabar..
sy pun pernah mengalami situasi yg sama setahun lebih yg lalu ..mmg payah utk menerima hakikat ini..tapi itulah yg ditentukan olehNYA..setiap yg hidup pasti akan pergi jua.. ALFATIHAH.utk arwah..
terima kasih kpd semua yg mengucapkan takziah dan memberikan komen di sini...hanya Allah yg mampu membalas jasa baik korang...
Al-Fatihah untuk arwah...
salam takziah.
Al-Fatihah untuk arwah..
Post a Comment