Pages

My Fan Club...jomla join...

Jom Klik

Tuesday, May 3, 2011

Kedai Online - Medium Terbaik Menambahkan Pendapatan Anda...

Salam 1 Malaysia....saya kira semua sudah tahu istilah kedai online di alaf ini kerana majoriti sudah ada akaun Facebook, Twitter, blog dan sebagainya. Ramai yang sudah celik IT dan memanfaatkan kemudahan IT yang ada untuk menambahkan pendapatan sama ada secara sepenuh masa ataupun separuh masa. Anda tahu lot.my? Bagi anda yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia kedai online, lot.my adalah jawapannya!!!


Seperti saya sendiri, mula menubuhkan bisnes secara online sejak 2 tahun lalu. Setakat ini, saya boleh berbangga dengan pencapaian jualan kerana ia semakin meningkat dari hari ke hari. Pendek kata, ada jualan harian...seperti  ada kedai secara fizikal, walaupun hakikatnya hanya kedai maya yang saya miliki....Di lot.my anda boleh mempromosikan produk jualan anda secara PERCUMA!!! Ia umpama wardrobe  untuk anda menyimpan dan menyusun produk-produk anda agar mudah untuk dilihat pelanggan. Lot.my menyediakan kemudahan database bagi memberi ruang kepada anda mempromosikan produk anda secara PERCUMA bagi yang masih tiada blog atau alternatif lain untuk membuat promosi.


Berbalik kepada cerita saya, saya bermula dengan membangunkan blog untuk mempromosi barang-barang jualan saya. Apa yang berbeza, saya sudah mempunyai barang-barang jualan yang dijual secara offline sebelum kedai online ini menjadi popular. Saya juga bertuah kerana mempunyai suami yang banyak menyokong saya dan memberikan idea-idea bernas untuk saya menambahkan barang-barang jualan. Bermula dari hanya 2-3 produk, kini saya mempunyai 20 produk yang semuanya unik dan tidak ramai yang menjualnya di pasaran. Bermakna, pesaing saya tidak ramai!!!


Saya memilih untuk menjual produk yang unik dan susah untuk didapati di pasaran, contohnya seperti JAM DINDING, BAJU TIDUR KANAK2, KASUT KANAK2 ADIDAS & NIKE, ALAS SETERIKA AJAIB, CHEESE TART dan sebagainya. Sekiranya ramai pesaing pun, saya akan memastikan harga yang saya tawarkan adalah lebih murah berbanding harga pasaran. Jadi, walaupun ramai yang menjual produk yang sama di luar sana, pelanggan masih tetap membelinya daripada saya kerana mereka boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih murah. Kualiti produk juga perlu dijaga bagi memastikan pelanggan membuat pembelian ulangan. Kebanyakan peniaga-peniaga kedai online di luar sana juga ramai yang mebeli secara borong daripada saya, bermakna saya sudah ada rangkaian pengedar saya sendiri walaupun ia tidak diumumkan secara rasmi kerana saya masih tidak mempunyai label produk sendiri.


Perancangan masa  depan saya, bagi memantapkan lagi kedai online saya ini, saya akan berusaha untuk menambahkan lagi bilangan produk yang unik dan jarang terdapat di pasaran. Saya juga akan melebarkan promosi produk dan blog saya dalam platform internet yang lain sepeti Facebook, iklan2 di portal pengiklanan sama ada secara percuma atau berbayar, iklan di blog peribadi yang sentiasa dikunjungi ramai dan terutamanya iklan di lot.my!!!


Kepada anda di luar sana yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan bisnes online ini. saya syorkan anda bermula dari bawah....bina keyakinan berniaga dengan menjual produk kecil-kecilan terlebih dahulu, membina blog, mula membuat promosi dan akhirnya anda akan dikenali ramai sekiranya anda menjaga dan melayan pelanggan sebaik mungkin dan sekiranya mereka berpuashati dengan servis anda, pastinya mereka akan membuat pembelian ulangan dan menghebahkannya kepada rakan-rakan mereka pula. Sesungguhnya, promosi secara mulut ke mulut adalah lebih berkesan kerana pelanggan yang berpuashati pasti akan menceritakan perkara yang baik-baik sahaja mengenai produk anda dan ia akan tersebar dari mulut ke mulut. Secara tidak langsung, pelanggan anda akan bertambah. Jangan lupa membuka akaun anda di lot.my bagi memudahkan anda membuat promosi.


Jangan sombong bila anda sudah berada di atas. Layan pelanggan sebaik mungkin. Tidak kira dia siapa, Tidak kira pembeliannya dengan jumlah yang kecil atau besar. Walaupun mungkin kali pertama pelanggan tersebut hanya membeli dengan jumlah yang kecil, kita tidak tahu kemungkinan akan datang dia akan kembali dengan pembelian secara borong dan sebagainya apabila dia sudah berpuashati dengan produk yang anda tawarkan!!!


Ingatlah kita semua bermula dari bawah dan jangan lupa memperbanyakkan sedekah dan memberi zakat bagi memberkati lagi rezeki yang Allah berikan tersebut.  Sekian sahaja coretan saya. Semoga semua yang membaca artikel ini mendapat manfaat daripadanya. Wassalam. Jangan lupa lawati kedai online saya di http://paradigmaresources.blogspot.com/. Saya juga ada mempunyai akaun di lot.my melalui url berikut http://paradigmaresources.lot.my. Tetapi ia masih dalam proses pembangunan.


Artikel ini ditulis sebenarnya untuk masuk peraduan "Saya nak menangi iPad dari @Lotdotmy http://lot.my/contest". So, kawan2 pun boleh kalau nak menang iPad seperti saya dengan join peraduan ni.Cepat, jangan terlambat, tarikh tutup 31 Mei 2011.



MAKLUMAT LANJUT DAPATKAN DI SINI



www.tips-fb.com

3 comments:

Sarah Syazwani said...

yee betul..sarah nyer kedai on9 senyap je dah..x sempat nk promote..huhu

Eliss said...

meniaga ni berkaitan bakat jugak kot. eliss tadak bakat :p

niniezane said...

Sarah : nape tk promote...leh majukan lg kdai tu...

Elis : tk jgk elis, kena berani mencuba...mana tau elis pn boleh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...