Semua mesti dah tau tentang intipati Bajet 2013 kan? Yang pastinya banyak gak yang menarik dan best-best dan ade kena-mengena dengan aku...hehehe.. Maklumla staf gomen, mestilah terkena tempiasnya, kan. Tak banyak, sikit. Tapi yang paling aku suka bila gomen ada highlight jugak kemudahan untuk orang2 ICT dan orang2 yang berbisnes online macam aku ni....Yahooo...dah lama aku tunggu peluang ni...harap2 dengan bantuan dari kerajaan ni, dapat mengembangkan lagi bisnes yang ade ni... Insyaallah...
So, jom sama-sama kita tengok apa yang menarik, buatku tertarik dan very the bomb dalam bajet kali ni...dipetik dari blog Denaihati... tqvm...
1. Bonus untuk Penjawat Awam sebanyak satu bulan setengah yang dibayar 3 kali Aidilfitri 2012, Disember 2012 dan Januari 2013.... Alhamdulillah...dapat lagi 1 bulan bonus....
2. BR1M 2.0 RM500 untuk ketua isirumah yang berpendapatan kurang RM3,000 dan RM250 untuk individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000. Cara tuntutan BR1M 2.0 masih sama dengan BR1M.
3. Bantuan persekolahan RM100 seorang untuk anak-anak yang bersekolah....Alhamdulillah, boleh dapat RM200 tahun depan...
4. Boucar buku RM250 untuk Pelajar Pengajian Tinggi dinaikan RM50 berbanding dengan budget 2012....Alhamdulillah, dapat lagi voucher buku..memang sangat membantu untuk studet macam aku... TQVM kerajaan Malaysia...
5. Rebet hutang PTPTN diskaun sebanyak 20% dan 10% untuk pembayar yang membayar secara konsisten....dah settle lama dah...
6. Diskaun 50% tambang komuter untuk yang berpendapatan kurang RM3,000.....takde kena-mengena dengan aku setakat ni...
7. Kelayakan pembayar cukai dikurangkan 1 mata dan ini akan mengeluarkan ramai daripada kelayakan pembayar cukai pendapatan. Ini secara tak lansung akan meningkatkan jumlah pendapatan yang diperolehi.... baru 2 bulan aku start kena bayar cukai berjadual...harap-harap lepas ni dah takde...
8. Kelayakan Skim Rumah Pertama dinaikan kepada RM5,000 dan syarat simpanan 3 bulan dan bekerja enam bulan dihapuskan...yang ni tak berapa nak paham...leh sape2 tolong terangkan?
9. Pembinaan 123,000 rumah mampu milik kepada yang layak....yang ni sangat best sebab Shah Alam termasuk dalam list kawasan yang akan dibangunkan rumah tersebut...
10. Insentif RM1000 untuk usahawan online wanita..... Alhamdulillah...layakkah aku?
11. Geran khas untuk usahawan muda ICT dan Yayasan yang membantu melatih usahawan muda ICT....Alhamdulillah...berpeluangkah aku?
12. Rebet RM200 smartphone 3G kepada belia berusia 21 – 30 tahun dengan gaji kurang RM3,000. Ini peluang yang baik kepada belia memaksimakan penggunaan smartphone untuk menghasilkan pendapatan sampingan seperti monitor saham BSKL, live blogging, monitor harga emas dan perak, monitor bisnes online dan sebagainya.... yang ni aku dah tak layak...tapi sape2 yang layak dan taknak guna rebet ni, boleh offer kat aku...hehe
Rasanya ini aje kot yang ade kena-mengena dengan aku... Alhamdulillah... kalo dapat semua, rezeki anak-anak...Insyaallah... Rasanya inilah bajet yang paling menggembirakan rakyat... TQVM to Kerajaan Malaysia kerana prihatin dengan kebajikan rakyat macam aku ni... Korang pula camne? ade banyak tak terkena tempias Bajet 2013 ni?
