Pages

My Fan Club...jomla join...

Jom Klik

Monday, October 30, 2017

BAGAIMANA NAK BERJAYA KALAU SUAMI TAK SUPPORT?

Bagaimana nak berjaya kalau suami tak support? Inilah persoalan yang bermain di fikiran kebanyakan isteri yang tengah minat nak buat bisnes tapi tak mendapat sokongan suami. Actually untuk mencapai kejayaan dalam apa-apa jua yang kita buat, sokongan dan restu suami amatlah penting. Kalau kita sebagai anak, macam tak dapat restu ibu kitalah. Susah kan hidup kalau ibu tak restu? Begitu juga suami...

Sebenarnya mama juga mengalami situasi yang sama dulu. Setahun pertama, memang mama buat sorang-sorang je bisnes Tupperware ni. Papa memang tak pernah ambil tahu langsung pasal marketing plan, pasal sales, training apatah lagi. Dia cuma bantu jadi driver mama, bawak mama pegi stokis & pejabat pos sahaja sebab mama tak boleh drive sendiri. Dia hanya tunggu dalam kereta. Lambat sikit pasti mama kena marah😅.

Nak pegi training pun satu hal. Memang akan bergaduh dulu sebab dia taknak jaga anak. Tapi terpaksa jugak jaga. Dan dia bagi kata dua kat mama, kalau nak pegi jugak, cari jalan sendiri. Dia memang tahu mama tak boleh drive, so mungkin dia ingat mama takkan pergila. Tapi dia tak tau, semangat mama kental, mama cari jalan tumpang upline, downline ataupun sideline masa tu. Terima kasih kepada semua yang banyak berjasa kepada mama pada awal penglibatan mama dalam bisnes ni.

Ok, berapa lama mama ambik masa untuk bukak mata papa? Setahun tau. Setahun tu ada 12 bulan. Macamana caranya? Kita kena buat dulu sampai berjaya. Every month mama akan pastikan ada DIQ yang akan complete sebulan atau 2 bulan. So automatik, kita akan ter RANK UP. So, bila every month ada DIQ of course lah sale kita akan maintain, dan komisyen semakin meningkat naik. Secara tak langsung mama ter "ACHIEVE" TRIP PERCUMA BERSAMA TUPPERWARE KE HANOI, VIETNAM. Siap dapat duit poket lagi. So, papa la yang kena pegi sebab mama pragnant 7 bulan dah masa tu. Tak pegi rugila, trip percuma tu. Kalau tak pegi, duit poket pun burn tau.

So dalam keadaan terpaksa, papa pun pergilah trip tersebut dan meninggalkan mama yang tengah sarat bersama anak-anak. Di sanalah papa mula bukak mata bila jumpa dengan ramai gentleman  yang pegi mewakili isteri seperti papa juga. So baru dia tahu yang bisnes Tupperware ni bukan hanya untuk orang perempuan. Lelaki pun boleh berjaya jika nak. So balik dari trip tu memang papa bersemangat merancang strategi. Apa-apa event Tupperware, papa yang pegi sebab mama masih bekerja masa tu. Sehinggalah kami achieve Star Bootcamp pulak. Masa tu kami dah AED. So kali ni pun papa jugak yang pegi sebab mama baru melahirkan anak keempat. Balik dari Star Bootcamp tu memang semangat dia lain macam. Dengan income bersama Tupperware pun dah lebih RM3k masa tu. Kami mula plan bersama-sama untuk pergi lebih jauh dalam bisnes ni.

Bermula dari situlah kami mengorak langkah rank up ke Executive Director dan Senior Executive Director, dapat Honda CRV, dapat stokis, naik lagi ke Presidential Director dan banyak lagi kejayaan demi kejayaan kami seterusnya. Hidup terasa indah dan rezeki lebih berkat bila kita buat sesuatu yang direstui suami lebih-lebih lagi bila suami sentiasa dapat bersama-sama kita setiap waktu.

Beginilah indahnya dunia Tupperware Brands. Mengeratkan hubungan kami suami isteri dan berjaya mengajak lebih ramai pasangan muda untuk berjaya bersama-sama dengan kami. Alhamdulillah kami sangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan hari ini. Terbukti bisnes suami isteri akan lebih berjaya berbanding jika kita buat sorang-sorang. Lebih-lebih lagi jika suami ke hulu dan isteri ke hilir.

Mama harap lebih ramai lagi pasangan muda yang akan menyertai kami dalam bisnes yang hebat ini agar kita boleh berjaya bersama-sama di dunia dan di akhirat. Amin... Sekian sharing hari ni. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT jua.

www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...