Pages

My Fan Club...jomla join...

Jom Klik

Tuesday, October 24, 2017

EPISOD 3 : MENCAPAI KEBEBASAN MASA & KEWANGAN

Setelah melepaskan komitmen belajar, pegawai kolej dan kerja sebagai Pen. Peg. Kanan di UiTM, so bolehlah mama menumpukan perhatian kepada bisnes Tupperware kami yg sedang meningkat naik serta of courselah tumpuan kepada famili dan anak2 pun lebih sebab kita dah bekerja sendiri. Masa kerja kita aturkan sendiri. Nak keluar pukul berapa, nak balik pukul berapa. Takde sapa nak marah. Tapi bila bisnes sendiri, KALAU KITA KERJA LEBIH, KITA PASTI AKAN DAPAT LEBIH💪💪💪
Di peringkat awal permulaan stokis kami dibuka, memang agak kelam kabut untuk menyusunatur kerja2 di stokis kerana kami masih baru. Banyak benda baru yg perlu dipelajari. Dengan staf yang sentiasa bertukar ganti. Tapi kami tetap cuba menyesuaikan diri.
Akhirnya bulan berganti bulan, tahun berganti tahun kini kami mempunyai satu team staf yg sangat mantap di EMS. So sekarang ni baru dapat menarik nafas lega kerana fokus mama hanyalah menjaga group/organisasi sahaja. Bab operation semua Papa & staf yg uruskan.
Sekarang setiap hari tetap bangun awal spt biasa dlm jam 5.30 - 6.00 pagi. Bangun Solat Subuh, kejutkan anak2 & siapkan breakfast. Lepas tu keluar hantar anak ke sekolah. Setiap hari memang kami keluar berdua hantar anak sebab Thaqif taknak pegi school kalau mama tak hantar dia😅.
Balik dari hantar anak, mama mula kemas rumah, settlekan kain baju, basuh, sidai, lipat dsb. Kalau masa kerja dulu kain baju ni kena tunggu weekend baru boleh settlekan. So bayangkanlah kain dh menimbun baru boleh melipat. Tu pun kalau tak keluar ke mana-mana.
So biasanya jam 10 pg baru kami siap2 untuk keluar ke stokis @ pun jumpa downline. Biasanya mama akan set appointment dgn downline setiap hari min 1 orang yg mama akan jumpa sama ada kt stokis @ pun kt luar.
Di stokis kami akan plan bersama staf strategi untuk meningkatkan sale untuk minggu tersebut. Setiap bulan, memang kami bagi target kat staf untuk dicapai. So mereka akan dapat bonus. Setakat ni hampir setiap bulan staf akan dapat bonus selain gaji mereka bila target tercapai. Alhamdulillah.
Dan sekarang hidup kami memang dah banyak berubah. Memang berubah 360 darjah. Nak beli apa, beli je. Nak pegi bercuti kt mana2, pegi je. Tak payah fikir panjang dah pasal duit.
Apa yg mama nk highlight kt sini, Tupperware memang telah mengubah hidup kami secara total. Bukan hidup kami sahaja, malah hidup semua downline kami yg berusaha bersungguh2 mengejar impian mereka. Kami sebagai leader memang telah cuba tunjukkan contoh terbaik agar boleh menjadi teladan kepada semua.
Ok rasanya itu sahaja sharing kali ni.. jumpa lagi dalam next episod... ANDA TERUJA? Jom follow kami rapat-rapat.
www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...