Pages

My Fan Club...jomla join...

Jom Klik

Monday, October 31, 2016

JOM UBAH KEHIDUPAN ANDA BERSAMA TUPPERWARE BRANDS!

Salam November semua....

Ada yang masih mencari-cari peluang pekerjaan? Jom jana income bersama kami di Tupperware Brands.. this is real business..ramai yang dah berjaya mengubah hidup 360 darjah termasuk saya sendiri. Saya ingin membuka peluang agar lebih ramai yang berjaya mengubah kehidupan masing-masing.

Apa yang anda akan dapat apabila menyertai kami?

1. Of course income tambahan. Anda tentukan income anda sendiri. Nak 500? 1000? 10000? 30000? Anda yang tentukan. Nak lebih, usaha mestila kena lebih jugak kan? Tupperware tidak pernah gagal bayar komisyen atas usaha kami selama ini.

Image result for duit


2. Free VVIP Trip ke Oversea setiap tahun. Trip bersama Tupperware adalah trip VVIP, bukan trip bajet @ backpackers. Terlalu banyak surprise sepanjang percutian. We feel so special. Kalo dah pegi sekali mesti nak lagi.





3. Free Kereta dengan duit minyak - walaupun hanya kereta Honda, kami bangga membawa logo Tupperware yang melekat di kereta ke mana-mana sahaja. Ia adalah stokis bergerak kami. Dalam masa hanya 10 bulan anda boleh capai kereta FREE dari Tupperware!




4. Self Confidence - Tupperware akan mengajar anda bagaimana membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Bagaimana mahu buat demo, parti, rally dan sebagainya. Semuanya PERCUMA! Dari seorang yang takut bercakap di hadapan audiens, sekarang saya sudah menjadi seorang yang berani!


5. Hadiah Tupperware PERCUMA - Setiap bulan akan ada challenge dari HQ yang menawarkan hadiah Tupperware PERCUMA jika kita mencapainya. So senang je nak kumpul Tupperware FREE. Anda juga akan dapat banyak hadiah/penghargaan dari leader masing-masing jika mencapai sesuatu challenge.



KAMI SUDAH BUKTIKANNYA! KINI GILIRAN ANDA PULA!

Jika berminat, boleh whatssap Ninie ke 012-3007313. Jangan lupa Follow FB Nini Ezane ya.



www.tips-fb.com

Wednesday, October 19, 2016

Siapa Kami 4 Tahun Lepas? - SIRI 1


Dulu saya hanyalah seorang Computer Programmer di UiTM dengan gaji bersih tak sampai 2 ribu. Suami pula hanyalah seorang Kerani Akaun dengan gaji bersih tak sampai 1 ribu. Hidup di Shah Alam dengan 3 orang anak memang terasa sangat 'ketidakcukupan' dengan income sebanyak itu. Nasib baik rumah tidak perlu bayar sewa, api & air kerana kami tinggal di quarters pegawai kolej. Kalau tidak, ia lagi membebankan.

Mahu keluar dari masalah kewangan, kami mencuba pelbagai jenis bisnes dari menjual tudung sehinggalah menjual koyok kaki. Dari menjadi ajen Takaful hinggalah menjadi ajen Unit Trust. Dari MLM ke MLM, produk ke produk kami dah cuba.  Tapi masih belum jumpa sesuatu yang meyakinkan dan sesuai dengan kami. Sehinggalah akhirnya bertemu dengan Tupperware Brands.

Dulu saya pun tak mampu nak beli Tupperware. First time beli online. Tu pun bayar ansuran. Barang yang dapat tu simpan. Sayang nak guna sebab kita terasa nilai ringgit yang kita keluarkan untuk satu-satu barang Tupperware yang kita beli. Apabila mula aktif dalam bisnes ni, rupanya senang je nak dapat Tupperware FREE! Hadiah challenge dari HQ, dari Upline dan sebagainya. Dan akhirnya saya mula transform dapur sedikit demi sedikit dan akhirnya semua sudah bertukar ke produk Tupperware, tiada lagi barang  kaca di dapur saya😊.

Bermula dengan income sebanyak RM79.58 pada Jan 2012, saya kuatkan semangat dan terus mengorak langkah dalam bisnes plastik ini. Pada mulanya husband memang tak support sepenuhnya. Tapi dia adalah tolong bawak pegi stokis beli barang dan pos barang. Kalau saya nak pegi training, memang banyak kena bersoal jawab dahulu dan akhirnya dia akan kata, kalo nak pegi boleh, tapi kena cari jalan pegi sendiri! Untuk yang masih belum mengenali saya, dari dulu sampai sekarang memang saya tidak pernah drive sendiri untuk ke mana-mana. Semua hubby yg bawak. Lesen ada tapi mungkin kerana keadaan masih belum mendesak, tu yang menyebabkan saya tak drive sendiri. Lagipun hubby sentiasa ada di sisi. So, berbalik kepada cerita tadi, saya carila kawan-kawan sideline yang boleh tumpang untuk ke stokis Upline di Puchong. Kalo terlambat sikit balik memang kena bebel sebakul sebab dia kena jaga anak kat rumah...haha.. Tahan telinga jela masa tu..hehe..

Akhirnya lama-kelamaan dia mula faham apabila income mula meningkat naik dari 3 angka ke 4 angka. Setiap bulan income meningkat naik sehinggalah saya diberitahu telah achieve trip ke Hanoi, Vietnam siap dapat duit poket lagi. Masa tu hubby la yang kena pegi sebab saya pragnant 7 bulan anak yang ke 4.

Ok cerita pasal income, dulu saya selalu membayangkan bagaimanalah orang yang ada income 20K-30K sebulan. Mesti makan tak habis kan? Semua benda boleh beli. Nak beli apa-apa tak payah tengok harga dah. Beli je. Bestnya la kan. Untuk nak capai income macam tu, kalo dulu saya hanya fikirkan kena belajar tinggi-tinggi sampai PHD, sampai dapat title Dr, Proffesor dan Dato' dan sebagainya. Tu pun kena keja 20-30 tahun dulu baru dapat gaji sebanyak itu. Itupun kalo dapatlah. Kalo umur panjang dan kalo ada rezeki.

Tapi Alhamdulillah, 4 tahun bersama Tupperware saya sudah dapat income 3 kali ganda dari itu sebulan! Tak perlula saya tunjukkan bukti atau tunjukkan exact figure di sini, tetapi itulah kenyataannya. Sampai ke hari ini, memang rasa tidak percaya apabila melihat gaji masuk 2k-3k sehari. Siapa sangka kan? Dari seorang Programmer biasa saya dah mencapai ke tahap ini! Allah dah bagitau yang 9/10 dari rezeki adalah dari perniagaan.. dan Alhamdulillah saya dah buktikannya! Saya berjaya buktikan anak Melayu boleh berjaya! Saya dah buktikan anak Klate yang merantau di tempat orang pun boleh berjaya!

Dari income hanya 3k sekarang sudah 30 kali ganda! Apalagi yang anda mahukan dalam hidup? Kebebasan kewangan? Alhamdulillah saya sudah mampu mencapainya  dalam masa 4 tahun bersama Tupperware! Sudah memiliki kedai sendiri, memperolehi sebuah kereta Honda CRV percuma dengan duit minyak RM1500 setiap bulan, pendapatan hampir 6 angka sebulan, trip VVIP ke luar negara secara percuma 2 kali setahun, mampu tinggal di rumah bernilai hampir 1 juta, mampu membantu lebih ramai orang di luar sana yang memerlukan dan banyak lagi....

Saya tak nak berjaya sorang-sorang, saya nak bawa lebih ramai orang BERJAYA bersama-sama saya.. saya akan pimpin tangan anda sehingga berjaya sebagaimana anak-anak Tupperware saya yang lain yang sudah berjaya mencapai impian mereka.

Rebutlah peluang yang ada di depan mata di zaman kemelesetan ekonomi ini. Tetapi kejayaan tak datang sekelip mata ye. Dah banyak onak duri dan ranjau yang telah kami lalui untuk mencapai ke tahap ini. Jika anda orang yang KUAT SEMANGAT, BOLEH BAGI KOMITMEN, RAJIN BERUSAHA & FOKUS, andalah orangnya yang kami cari..

Sapa-sapa yang berminat boleh Follow FB Nini Ezane dan blog ni. serta boleh whatssup saya di talian 012-3007313. Tiada istilah terlambat untuk memulakan BISNES PLASTIK TERHEBAT ini!

Kawan-kawan boleh bantu saya SHARE kan post ini kepada ramai orang supaya lebih ramai yang tahu peluang-peluang yang ada dalam bisnes ini.


#leaderyangberjayaadalahleaderyangmelahirkanramaiorangberjaya
#fromzerotohero
#lifechanging
#tupperwarebrands www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...