Pages

My Fan Club...jomla join...

Jom Klik

Monday, October 30, 2017

BAGAIMANA NAK BERJAYA KALAU SUAMI TAK SUPPORT?

Bagaimana nak berjaya kalau suami tak support? Inilah persoalan yang bermain di fikiran kebanyakan isteri yang tengah minat nak buat bisnes tapi tak mendapat sokongan suami. Actually untuk mencapai kejayaan dalam apa-apa jua yang kita buat, sokongan dan restu suami amatlah penting. Kalau kita sebagai anak, macam tak dapat restu ibu kitalah. Susah kan hidup kalau ibu tak restu? Begitu juga suami...

Sebenarnya mama juga mengalami situasi yang sama dulu. Setahun pertama, memang mama buat sorang-sorang je bisnes Tupperware ni. Papa memang tak pernah ambil tahu langsung pasal marketing plan, pasal sales, training apatah lagi. Dia cuma bantu jadi driver mama, bawak mama pegi stokis & pejabat pos sahaja sebab mama tak boleh drive sendiri. Dia hanya tunggu dalam kereta. Lambat sikit pasti mama kena marahπŸ˜….

Nak pegi training pun satu hal. Memang akan bergaduh dulu sebab dia taknak jaga anak. Tapi terpaksa jugak jaga. Dan dia bagi kata dua kat mama, kalau nak pegi jugak, cari jalan sendiri. Dia memang tahu mama tak boleh drive, so mungkin dia ingat mama takkan pergila. Tapi dia tak tau, semangat mama kental, mama cari jalan tumpang upline, downline ataupun sideline masa tu. Terima kasih kepada semua yang banyak berjasa kepada mama pada awal penglibatan mama dalam bisnes ni.

Ok, berapa lama mama ambik masa untuk bukak mata papa? Setahun tau. Setahun tu ada 12 bulan. Macamana caranya? Kita kena buat dulu sampai berjaya. Every month mama akan pastikan ada DIQ yang akan complete sebulan atau 2 bulan. So automatik, kita akan ter RANK UP. So, bila every month ada DIQ of course lah sale kita akan maintain, dan komisyen semakin meningkat naik. Secara tak langsung mama ter "ACHIEVE" TRIP PERCUMA BERSAMA TUPPERWARE KE HANOI, VIETNAM. Siap dapat duit poket lagi. So, papa la yang kena pegi sebab mama pragnant 7 bulan dah masa tu. Tak pegi rugila, trip percuma tu. Kalau tak pegi, duit poket pun burn tau.

So dalam keadaan terpaksa, papa pun pergilah trip tersebut dan meninggalkan mama yang tengah sarat bersama anak-anak. Di sanalah papa mula bukak mata bila jumpa dengan ramai gentleman  yang pegi mewakili isteri seperti papa juga. So baru dia tahu yang bisnes Tupperware ni bukan hanya untuk orang perempuan. Lelaki pun boleh berjaya jika nak. So balik dari trip tu memang papa bersemangat merancang strategi. Apa-apa event Tupperware, papa yang pegi sebab mama masih bekerja masa tu. Sehinggalah kami achieve Star Bootcamp pulak. Masa tu kami dah AED. So kali ni pun papa jugak yang pegi sebab mama baru melahirkan anak keempat. Balik dari Star Bootcamp tu memang semangat dia lain macam. Dengan income bersama Tupperware pun dah lebih RM3k masa tu. Kami mula plan bersama-sama untuk pergi lebih jauh dalam bisnes ni.

Bermula dari situlah kami mengorak langkah rank up ke Executive Director dan Senior Executive Director, dapat Honda CRV, dapat stokis, naik lagi ke Presidential Director dan banyak lagi kejayaan demi kejayaan kami seterusnya. Hidup terasa indah dan rezeki lebih berkat bila kita buat sesuatu yang direstui suami lebih-lebih lagi bila suami sentiasa dapat bersama-sama kita setiap waktu.

Beginilah indahnya dunia Tupperware Brands. Mengeratkan hubungan kami suami isteri dan berjaya mengajak lebih ramai pasangan muda untuk berjaya bersama-sama dengan kami. Alhamdulillah kami sangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan hari ini. Terbukti bisnes suami isteri akan lebih berjaya berbanding jika kita buat sorang-sorang. Lebih-lebih lagi jika suami ke hulu dan isteri ke hilir.

Mama harap lebih ramai lagi pasangan muda yang akan menyertai kami dalam bisnes yang hebat ini agar kita boleh berjaya bersama-sama di dunia dan di akhirat. Amin... Sekian sharing hari ni. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT jua.

www.tips-fb.com

Tuesday, October 24, 2017

EPISOD 1 : BAGAIMANA MENUKARKAN KEKURANGAN MENJADI SATU KELEBIHAN?

Setiap orang dikurniakan kekurangan dan kelebihan yang berbeza-beza. Tapi tahukah anda jika kita memandang sesuatu kekurangan itu dari sudut positif, kita boleh tukarkan ia menjadi satu kelebihan.
Pada awal permulaan bisnes ini, kekurangan mama yang paling ketara adalah tak boleh bawak kereta sendiri. Mama ada lesen, bukan lesen P ya. Lesen besar lagi sebagaimana orang lain yang boleh drive sendiri ke sana-sini. Tapi kenapa mama tak bawak kereta sendiri ye? Mesti ramai yang tertanya-tanya kan. Dari dulu sampai sekarang memang mama tak pernah bawak kereta sendiri kecuali semasa belajar untuk ambik lesen dahulu sahaja.
So apakah peristiwa yang menyebabkan mama tak bawak kereta sendiri? Pernah accidentkah? Actually memang pernah. Lepas dapat lesen dulu, mama excited nak bawak kereta. So ambiklah kereta ayah. Masa tu ayah mama pakai Toyota lama je. Kereta lama, dah tentulah berat, tak smooth macam kereta baru. So nak tarik handbrake berat, nak tekan clutch berat, pendek kata semua beratlah.. haha.. Tu yang akhirnya mama terlanggar kereta yang tengah parking depan rumah orang..haha.. nasib baik dalam kampung sendiri. So arwah ayah mama pegi settlekan la dgn tuan punya kereta. Lepas terlanggar tu, mama drive kereta tu balik rumah, rasa lambatnya nak sampai rumah, berdebar-debar bawak kereta. Padahal dekat je. Lepas tu mama tak bawak dah keta. Sebab kalo mama bawak, takde sapa nak naik, haha. Diorang takut tak sampai..kikiki...
Lepas tu bila dah kawan dgn Papa, memang dia je yg drive ke mana-mana. Dari zaman bercinta sampailah dah berkahwin dan beranak-pinak. Lepas tu rezeki kami pulak dapat kerja dekat-dekat, so boleh pegi keja sama-sama. Jadi takde keperluan yang mendesak untuk mama bawak kereta sendiri. So bila dah lama sangat tak bawak kereta, keberanian tu pun dah jadi hilang. Lagipun Papa pun tak harap mama bawak kereta dia dari Wira Merah dulu sehinggalah sampai Honda CRV sekarang. So, begitulah ceritanya. Jadi bila mama nak ke mana-mana tempat yang Papa tak boleh nak bawak, mama akan cari jalan tumpang sapa-sapa. Zaman keja kt UiTM dulu bila papa kena pegi kursus kat luar, so mama terpaksa import adik ipar yg boleh drive datang duduk rumah utk jadi driver mama. Begitulah kisahnya sedikit sebanyak sejarah kenapa mama tak bawak kereta.
Sekarang lesen memang mama akan renew 5 tahun sekali. Sampai kadang-kadang tu dah terlupa ada lesen. Maklumlah kalo naik keta jadi Co Pilot je..haha.. Ok dalam bisnes Tupperware ni, tak boleh bawak kereta bukan satu penghalang untuk berjaya ya. Kalau kita anggap itu sebagai satu kelemahan, memang kita tak akan ke mana-mana. So dulu, untuk pergi training, mama akan cari jalan jugak untuk tumpang sama ada upline, downline ataupun sideline. Mama memang tak malu nak mintak tolong diorang ambik mama kat rumah. Sebab kita tahu satu masa nanti pasti diorang pun akan perlukan pertolongan kita jugak. So give and take. Terima kasih kepada semua yang pernah tumpangkan mama dulu dari zaman mama Consultant hinggalah ke 5SD.
Kadang-kadang bila difikirkan balik, ada bagusnya mama tak bawak kereta sendiri kerana disebabkan ini, hubungan mama & papa akan jadi lebih rapat sebab ke mana-mana pun kami akan pergi berdua. Dan kami ada banyak masa bersama untuk bersembang bincang pasal anak-anak & strategi bisnes. Jika mama boleh bawak kereta, mesti mama akan banyak bergerak sendiri so masa kami bersama pun akan berkurang. So setiap sesuatu yang Allah buat tu pasti ada hikmahnya. Kalau Dia tak bagi tu pun pasti ada sebabnya.
Cerita pasal kereta, sampai 12 tahun kami pakai Proton Wira Merah, tak tukar-tukar. Bukan sebab tak nak tukar, tapi sebab tak layak dan tak mampu nak tukar. Banyak kali apply loan kereta tapi tak lepas-lepas. Adik beradik, kawan-kawan, jiran-jiran beberapa kali sudah bertukar kereta dalam tempoh tu tapi kami masih pakai kereta yang sama. Tapi anda tahu tak apa hikmahnya? Selepas 12 tahun, berkat kesabaran kami, rupa-rupanya Allah nak bagi kereta percuma bernilai RM150k! Sebuah Honda CRV PERCUMA dari Tupperware Brands! Bukan itu sahaja, siap dapat duit minyak lagi RM1500 setiap bulan selama 3 tahun tanpa gagal. Syukur yang amat. Nampak tak? Hikmah di sebalik kesabaran selama 12 tahun. Begitulah kami, dari dulu hanya orang biasa-biasa. Sekarang sudah jadi LUAR BIASA. Ramai yang gelarkan kami Jutawan.. tapi kami tak pernah mengiktiraf kami dengan gelaran itu sebab mama rasa berat nak bawak gelaran tu. Tapi syukur Alhamdulillah, rezeki yang Allah limpahkan sekarang, kami mampu membantu lebih ramai orang untuk mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Mampu melahirkan lebih ramai orang berjaya dengan izin Allah SWT.
Sekian dulu sharing hari ni. Semoga bermanfaat dan dapat memberi pengisian untuk rohani dan jasmani.


www.tips-fb.com

EPISOD 3 : MENCAPAI KEBEBASAN MASA & KEWANGAN

Setelah melepaskan komitmen belajar, pegawai kolej dan kerja sebagai Pen. Peg. Kanan di UiTM, so bolehlah mama menumpukan perhatian kepada bisnes Tupperware kami yg sedang meningkat naik serta of courselah tumpuan kepada famili dan anak2 pun lebih sebab kita dah bekerja sendiri. Masa kerja kita aturkan sendiri. Nak keluar pukul berapa, nak balik pukul berapa. Takde sapa nak marah. Tapi bila bisnes sendiri, KALAU KITA KERJA LEBIH, KITA PASTI AKAN DAPAT LEBIHπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ
Di peringkat awal permulaan stokis kami dibuka, memang agak kelam kabut untuk menyusunatur kerja2 di stokis kerana kami masih baru. Banyak benda baru yg perlu dipelajari. Dengan staf yang sentiasa bertukar ganti. Tapi kami tetap cuba menyesuaikan diri.
Akhirnya bulan berganti bulan, tahun berganti tahun kini kami mempunyai satu team staf yg sangat mantap di EMS. So sekarang ni baru dapat menarik nafas lega kerana fokus mama hanyalah menjaga group/organisasi sahaja. Bab operation semua Papa & staf yg uruskan.
Sekarang setiap hari tetap bangun awal spt biasa dlm jam 5.30 - 6.00 pagi. Bangun Solat Subuh, kejutkan anak2 & siapkan breakfast. Lepas tu keluar hantar anak ke sekolah. Setiap hari memang kami keluar berdua hantar anak sebab Thaqif taknak pegi school kalau mama tak hantar diaπŸ˜….
Balik dari hantar anak, mama mula kemas rumah, settlekan kain baju, basuh, sidai, lipat dsb. Kalau masa kerja dulu kain baju ni kena tunggu weekend baru boleh settlekan. So bayangkanlah kain dh menimbun baru boleh melipat. Tu pun kalau tak keluar ke mana-mana.
So biasanya jam 10 pg baru kami siap2 untuk keluar ke stokis @ pun jumpa downline. Biasanya mama akan set appointment dgn downline setiap hari min 1 orang yg mama akan jumpa sama ada kt stokis @ pun kt luar.
Di stokis kami akan plan bersama staf strategi untuk meningkatkan sale untuk minggu tersebut. Setiap bulan, memang kami bagi target kat staf untuk dicapai. So mereka akan dapat bonus. Setakat ni hampir setiap bulan staf akan dapat bonus selain gaji mereka bila target tercapai. Alhamdulillah.
Dan sekarang hidup kami memang dah banyak berubah. Memang berubah 360 darjah. Nak beli apa, beli je. Nak pegi bercuti kt mana2, pegi je. Tak payah fikir panjang dah pasal duit.
Apa yg mama nk highlight kt sini, Tupperware memang telah mengubah hidup kami secara total. Bukan hidup kami sahaja, malah hidup semua downline kami yg berusaha bersungguh2 mengejar impian mereka. Kami sebagai leader memang telah cuba tunjukkan contoh terbaik agar boleh menjadi teladan kepada semua.
Ok rasanya itu sahaja sharing kali ni.. jumpa lagi dalam next episod... ANDA TERUJA? Jom follow kami rapat-rapat.
www.tips-fb.com

Monday, October 23, 2017

EPISOD 2 : MENCAPAI KEBEBASAN MASA & KEWANGAN

Setelah melalui rutin harian yg sangat padat, saya rasa tak mampu lagi nak buat semua benda serentak dalam satu masa. Saya perlu buat pilihan.. Bermula dgn income pertama bersama Tupperware sebanyak RM79.58, ia bertambah menjadi RM600, RM1000, RM1500 & naik lagi setiap bulan. Setiap 2-3 bulan sekali saya naik pangkat. Dalam masa yg sama dapat reward dari HQ & Upline. Saya rasa sgt seronok berada dlm bisnes yg sentiasa naik pangkat, naik gaji & sentiasa dapat penghargaan. Maka dgn itulah saya decide untuk melepaskan satu demi satu komitmen saya pada ketika itu. Suami memang memainkan peranan penting dalam proses saya membuat keputusan penting dalam hidup kami.

 Yang pertama saya decide untuk berhenti belajar part time degree. Masa tu saya masih ada 9 subjek utk dihabiskan yg mungkin ambik masa 1 thn setengah hingga 2 tahun. Saya ambik degree untuk masa depan yg lebih cerah di pejabat kerajaan. Tapi kalau saya boleh mencorakkan masa depan yg lebih baik bersama Tupperware, kenapa saya harus tunggu? Kebetulan masa tu memang saya sedang cuti bersalin anak ke 4, jadi saya ambil keputusan untuk terus berhenti. Lecturer tanya saya banyak kali betul ke keputusan yg saya buat ni sebab actually saya boleh je ambik cuti seberapa lama yg saya nak & bila dah bersedia baru sambung balik. Tapi masa tu hati sudah nekad, keputusan sudah bulat. Lagipun gaji bersama Tupperware sudah mencapai RM3K++ sebulan melebihi gaji kerja hakiki saya selama 10 tahun masa tu. Ok settle bab belajar.

Kemudian satu lagi keputusan yg besar perlu dibuat kerana ia melibatkan tempat tinggal tempat kami berteduh selama bertahun2. Saya tinggal di kuarters secara percuma kerana saya menjadi pegawai kolej. Tapi tugas sbg peg kolej amatlah besar & berat krn saya ada bnyk tugas2 lain jgk utk dilunaskan. Saya rasa tak mampu dah nak cope dgn semua tugas yg diberikan. Daripada saya buat kerja tapi hati tak berada di situ, baik saya lepaskan tanggungjwb kpd org yg lebih layak. Jadi untuk melepaskan tugas tersebut kami perlu keluar dari rumah itu dan menyewa sendiri di luar. Walaupun masa tu dah ada 2 buah rumah sendiri, di mana salah satunya kami bagi staf duduk. Dan satu lagi agak jauh iaitu di Meru. Disebabkan school anak di Sek 3 & 4, kami decide utk menyewa di Sek 7 Shah alam dgn byrn sewa RM2K sebulan. Anda rasa kami mampu tak? Alhamdulillah dgn Tupperware kami mampuπŸ˜™.

Bila dah lepaskan 2 komitmen besar, tinggallah 1 komitmen yg lagi besar iaitu kerja hakiki sbg Pen Peg Teknologi Maklumat Kanan. Memang saya amat sayangkan jawatan itu lebih2 lagi jawatan kanan tu mmg menjadi igauan semua orang. Bukan senang saya nak dapat. Tapi senang2 pulak nak lepaskan. Tapi masa tu gaji bersama Tupperware dah cecah RM30K, baru je bukak stokis & saya sangat diperlukan di stokis utk menguruskan sendiri perniagaan kami. Jadi saya decide utk ambik cuti tanpa gaji selama 8 bulan (maksimum kelayakan masa tu). Bila dah stat cuti, saya semakin sibuk. Dalam tempoh bercuti itulah kami rank up ke Presidential Director. Anda rasa kalau saya tak lepaskan semua komitmen tadi kami dapat naik PD secepat itu tak? Mesti tak kan.. so untuk mendapat sesuatu saya mesti korbankan sesuatu. Dan akhirnya bila cuti dah hampir habis, kami decide untuk melepaskan jawatan sbg penjawat awam di mana pada masa itu papa memang dah berhenti kerana ingin fokus dalam bisnes beliau sendiri.

Itulah sedikit sebanyak pengorbanan2 yg terpaksa kami lakukan demi untuk mencapai kejayaan hari ini. Mungkin ramai yg kenal kami sudah di tahap sekarang. So hari ni saya bercerita untuk anda tahu yg kami pun bermula dari bawah jugak. From Zero To HeroπŸ’ͺπŸ’ͺ
Bersambung Episod 3. Nak lagi tak?
www.tips-fb.com

EPISOD 1 : MENCAPAI KEBEBASAN MASA & KEWANGAN

Suatu masa dulu, saya pernah kerja 8-5. Balik kerja, pegi kelas malam 6.30 ptg - 10.30 mlm. Masa tu ambik part time degree. Balik kelas, kadang2 kena attend meeting dgn student. Maklumlah pegawai kolej. Balik meeting kadang2 kena hantar student sakit sampai kul 2-3 pagi. Esoknya kul 5.30 pg dah kena bangun siapkan breakfast & kelengkapan sekolah anak2. Maklumlah kami takde maid. Itulah saya dulu sebelum berjaya ke tahap sekarang. Memang seolah2 takde masa rehat, takde me- time.. masa nk tgk tv lagilah takde.. Tapi masa tu saya dah mulakan biz tupperware ni secara part time. 

Dalam kesibukan rutin harian tu, saya masih boleh cari masa untuk buat biz part time saya ni. Sebab apa? Sebab saya suka & saya minat... bila kita buat sesuatu yg kita suka kita takkan rasa penat walaupun tak cukup tidur & tak cukup rehat. Anda rasa berbaloi tak pengorbanan saya dulu untuk mencapai tahap sekarang ni? Nak saya sambung tak citer ni?
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...