Pages

My Fan Club...jomla join...

Jom Klik

Tuesday, October 24, 2017

EPISOD 1 : BAGAIMANA MENUKARKAN KEKURANGAN MENJADI SATU KELEBIHAN?

Setiap orang dikurniakan kekurangan dan kelebihan yang berbeza-beza. Tapi tahukah anda jika kita memandang sesuatu kekurangan itu dari sudut positif, kita boleh tukarkan ia menjadi satu kelebihan.
Pada awal permulaan bisnes ini, kekurangan mama yang paling ketara adalah tak boleh bawak kereta sendiri. Mama ada lesen, bukan lesen P ya. Lesen besar lagi sebagaimana orang lain yang boleh drive sendiri ke sana-sini. Tapi kenapa mama tak bawak kereta sendiri ye? Mesti ramai yang tertanya-tanya kan. Dari dulu sampai sekarang memang mama tak pernah bawak kereta sendiri kecuali semasa belajar untuk ambik lesen dahulu sahaja.
So apakah peristiwa yang menyebabkan mama tak bawak kereta sendiri? Pernah accidentkah? Actually memang pernah. Lepas dapat lesen dulu, mama excited nak bawak kereta. So ambiklah kereta ayah. Masa tu ayah mama pakai Toyota lama je. Kereta lama, dah tentulah berat, tak smooth macam kereta baru. So nak tarik handbrake berat, nak tekan clutch berat, pendek kata semua beratlah.. haha.. Tu yang akhirnya mama terlanggar kereta yang tengah parking depan rumah orang..haha.. nasib baik dalam kampung sendiri. So arwah ayah mama pegi settlekan la dgn tuan punya kereta. Lepas terlanggar tu, mama drive kereta tu balik rumah, rasa lambatnya nak sampai rumah, berdebar-debar bawak kereta. Padahal dekat je. Lepas tu mama tak bawak dah keta. Sebab kalo mama bawak, takde sapa nak naik, haha. Diorang takut tak sampai..kikiki...
Lepas tu bila dah kawan dgn Papa, memang dia je yg drive ke mana-mana. Dari zaman bercinta sampailah dah berkahwin dan beranak-pinak. Lepas tu rezeki kami pulak dapat kerja dekat-dekat, so boleh pegi keja sama-sama. Jadi takde keperluan yang mendesak untuk mama bawak kereta sendiri. So bila dah lama sangat tak bawak kereta, keberanian tu pun dah jadi hilang. Lagipun Papa pun tak harap mama bawak kereta dia dari Wira Merah dulu sehinggalah sampai Honda CRV sekarang. So, begitulah ceritanya. Jadi bila mama nak ke mana-mana tempat yang Papa tak boleh nak bawak, mama akan cari jalan tumpang sapa-sapa. Zaman keja kt UiTM dulu bila papa kena pegi kursus kat luar, so mama terpaksa import adik ipar yg boleh drive datang duduk rumah utk jadi driver mama. Begitulah kisahnya sedikit sebanyak sejarah kenapa mama tak bawak kereta.
Sekarang lesen memang mama akan renew 5 tahun sekali. Sampai kadang-kadang tu dah terlupa ada lesen. Maklumlah kalo naik keta jadi Co Pilot je..haha.. Ok dalam bisnes Tupperware ni, tak boleh bawak kereta bukan satu penghalang untuk berjaya ya. Kalau kita anggap itu sebagai satu kelemahan, memang kita tak akan ke mana-mana. So dulu, untuk pergi training, mama akan cari jalan jugak untuk tumpang sama ada upline, downline ataupun sideline. Mama memang tak malu nak mintak tolong diorang ambik mama kat rumah. Sebab kita tahu satu masa nanti pasti diorang pun akan perlukan pertolongan kita jugak. So give and take. Terima kasih kepada semua yang pernah tumpangkan mama dulu dari zaman mama Consultant hinggalah ke 5SD.
Kadang-kadang bila difikirkan balik, ada bagusnya mama tak bawak kereta sendiri kerana disebabkan ini, hubungan mama & papa akan jadi lebih rapat sebab ke mana-mana pun kami akan pergi berdua. Dan kami ada banyak masa bersama untuk bersembang bincang pasal anak-anak & strategi bisnes. Jika mama boleh bawak kereta, mesti mama akan banyak bergerak sendiri so masa kami bersama pun akan berkurang. So setiap sesuatu yang Allah buat tu pasti ada hikmahnya. Kalau Dia tak bagi tu pun pasti ada sebabnya.
Cerita pasal kereta, sampai 12 tahun kami pakai Proton Wira Merah, tak tukar-tukar. Bukan sebab tak nak tukar, tapi sebab tak layak dan tak mampu nak tukar. Banyak kali apply loan kereta tapi tak lepas-lepas. Adik beradik, kawan-kawan, jiran-jiran beberapa kali sudah bertukar kereta dalam tempoh tu tapi kami masih pakai kereta yang sama. Tapi anda tahu tak apa hikmahnya? Selepas 12 tahun, berkat kesabaran kami, rupa-rupanya Allah nak bagi kereta percuma bernilai RM150k! Sebuah Honda CRV PERCUMA dari Tupperware Brands! Bukan itu sahaja, siap dapat duit minyak lagi RM1500 setiap bulan selama 3 tahun tanpa gagal. Syukur yang amat. Nampak tak? Hikmah di sebalik kesabaran selama 12 tahun. Begitulah kami, dari dulu hanya orang biasa-biasa. Sekarang sudah jadi LUAR BIASA. Ramai yang gelarkan kami Jutawan.. tapi kami tak pernah mengiktiraf kami dengan gelaran itu sebab mama rasa berat nak bawak gelaran tu. Tapi syukur Alhamdulillah, rezeki yang Allah limpahkan sekarang, kami mampu membantu lebih ramai orang untuk mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Mampu melahirkan lebih ramai orang berjaya dengan izin Allah SWT.
Sekian dulu sharing hari ni. Semoga bermanfaat dan dapat memberi pengisian untuk rohani dan jasmani.


www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...