Pages

My Fan Club...jomla join...

Jom Klik

Monday, March 28, 2011

JOM TONTON FILEM 'CUN'...kelakar habiss....

Cun! Kelakar habis. Ini lah dia filem Cun! yang bakal ditayangkan di pawagam pada 31 Mac 2011. Filem cereka berunsur komedi, cinta dan keluarga pasti menggamit setiap penonton di luar sana kerana apa yang pasti, filem ini dibintangi oleh Remy Ishak dan Maya Karin. Sememangnya the hottest star menyinarkan filem ini arahan pengarah, Osman Ali dibawah syarikat penerbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd dan Nuansa Sdn Bhd. Dari petikan myMetro mengenai filem ini “Seperti biasa Osman kreatif memilih lokasi. Berlatarkan kehijauan sawah padi dan gunung-ganang serta suasana damai desa, dia berjaya membawa penonton untuk sama-sama menikmati paparan alam depan mata sekali gus ‘hidup’ dalam dunia cereka komersil ketiganya itu. Tidak hairanlah mengapa filem ini terasa dekat dengan jiwa penonton“. Jadi saya yakin, filem Cun! mampu mengegarkan panggung wayang dibawah Osman Ali seperti mana filem-filem seniman lagenda tiada tandingannya.
Filem Cun! ini turut dibintangi oleh pelakon lain antaranya Faezah(Tom), Nadiyatul Nisaa(Manis), Kartina Aziz(Tok Chah), Ning Baizura(Candy) dan Jehan Miskin(Ryan Hidayat).
Sinopsis Filem Cun!
Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.
Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.
Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’
Trailer Filem Cun!
Jadi kesimpulannya sama-samalah kita mengetahui Bila Hero Kampung Jumpa Awek Glamer, semuanya meletup! cun! kelakar habis…Wassalam
Sumber dipetik daripada : SYAHRILHAFIZ
www.tips-fb.com

4 comments:

FadhDeela said...

pernah tgk trailer kat tv ari tu..

Meh sini: Tips: Hubungan Cinta Jarak Jauh!!

Sini juga: Hotel2 kat Port Dickson!!

niniezane said...

oo.. ye ke..dh kuar kt tv eh trailer dia? akak pn tk perasan...

♥ Che NamNam ♥ said...

citer neh tak meluas sgt diyer punyer promosi kann..taktau pon tetiba dah kat wayangg..:)

niniezane said...

erm tula pasal, akak pn naseb baek trbaca kt blog tu, kalo tk, tk tau pn ade citer neh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...