Pages

My Fan Club...jomla join...

Jom Klik

Wednesday, November 30, 2011

"Akhirnya Aku Jatuh Cinta"...

Mesti korang tertanya-tanye kan...nape dgn tajuk ni...sebenarnya ini tajuk forum sempena Maal Hijrah aritu anjuran Kolej Melati. Apa yg specialnya dengan tajuk ni ialah ia berjaya menarik crowd yg sgt ramai sehinggakan dewan kuliah tersebut terpaksa dibuka pintu bagi membolehkan pelajar mendengar dari luar jugak sebab kt dalam dewan dh penuh sampai ada yang bersila di atas lantai....

Actually forum ni menampilkan jemputan istimewa iaitu Ustaz Hafiz Ng, seorang mualaf dari stesen TV Al-Hijrah & seorang artis yang baru berhijrah, tak lain tak bukan, 'Catriona Bahrin Ross'....aku rasa itulah sebabnya ramai sangat crowd....dan..nak dijadikan cerita...Catriona tu kawan lama aku...satu sekolah dulu kt SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu, dari form 1 smpai form 3...masa form 4, dia dah pindah sekolah lain....so, kami terpisah & tak jumpa langsung smpailah malam forum tu...hampir 15 tahun lamanya....

Yang paling aku tak sangka, dia masih ingat aku walaupun dah berbelas2 tahun tk jumpa walaupun dulu kami tak rapat sangat sebab berlainan kelas...Alhamdulillah, dia sangat humble, masih sudi 'kecek klate' dgn aku & aku respect la dia skrg kerana tak putus2 dijemput penjadi panel dalam forum2 sempena Maal Hijrah samada di kaca tv @ pun di luar....

Dia pun tk lokek berkongsi ilmu dengan audiens, tentang cabaran2 yg terpaksa dilalui sejak berhijrah ni...Aku rasa aku pn tk akan sekuat itu kalo dok di tempat dia sekarang...

Anyway, adela beberapa kpg gambar yang sempat di 'snap'  malam tu.... so, layankan ajer ye...

Cat tengah sembang dgn  Ustaz Hafiz Ng...

Time moderator bercakap...

Sesi bertanya soalan...

tengokla tu..penuh sampai bersila kat bawah...

panel mendengar soalan...

Cat menjawab soalan...kelass jawapan dia...

persembahan nasyid dari Fak. Kejuruteraan Mekanikal...

pic bersama Cat...

panel bergambar bersama students...

bersama Felo yg hadir malam tu...
  
www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...